Makmal
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Makmal

Jabatan Makmal terletak di Aras 2 Hospital. Makmal kami dijalankan oleh kakitangan profesional yang terlatih untuk menggunakan instrumen moden dan menjalankan ujian makmal yang menyeluruh bagi mendiagnosis, mengurus dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Perkhidmatan yang disediakan oleh makmal kami termasuk ujian rutin dan ujian khusus dalam:

  • Patologi anatomi, termasuk sitologi dan histologi
  • Biokimia
  • Transfusi darah
  • Mikrobiologi klinikal
  • Hematologi

Setelah ujian dijalankan di makmal dan keputusan yang lengkap disahkan, salinan cetak keputusan akan dihantar kepada pihak yang memintanya.

Patologi Anatomi

Kami menyediakan perkhidmatan histopatologi dan sitologi umum yang menyeluruh bagi pesakit di hospital, di samping pesakit luar yang dirujuk dari hospital swasta dan klinik swasta yang lain. Ujian khas yang ditawarkan termasuk hirisan beku, Sedutan Jarum Halus, Imunopendarfluor, pewarna khas dan Imunohistokimia.

Biokimia

Patologi kimia adalah cabang patologi yang menganalisis dan mentafsirkan ujian biokimia untuk tujuan diagnosis dan pengurusan penyakit. Ia turut dikenali sebagai kimia klinikal, biokimia klinikal atau biokimia perubatan. Pengujian biokimia yang biasa merangkumi lipid, enzim, metabolit yang termasuk glukosa serum, urea, hormon endokrin, ubat-ubatan terapeutik, dll.

Transfusi Darah

Perkhidmatan transfusi darah yang ditawarkan merangkumi pengelompokan kumpulan darah, saringan antibodi dan pemadanan bersilang.

Hematologi

Selain Biokimia, makmal ini turut menyokong perkhidmatan 24 jam kami dengan menyediakan pengiraan darah, keputusan penggumpalan, smer darah periferi dan morfologi sumsum tulang. Kami mengambil perhatian terhadap sejarah klinikal dan diagnosis yang diberikan.

Mikrobiologi Klinikal

Skop pengujian mikrobiologi merangkumi pengkulturan dan pengenalpastian bakteria serta fungus, selain pengujian kerentanan antibiotik.

Perkhidmatan Flebotomi

Perkhidmatan flebotomi disediakan untuk pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan berdaftar. Borang permintaan daripada pengamal perubatan berdaftar diperlukan untuk perkhidmatan ini. Pusat Flebotomi terletak bersebelahan dengan Makmal.

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat: 9 pagi - 5 petang

Sabtu: 9.30 pagi - 1 tengah hari

Tutup pada Hari Ahad & Cuti Umum

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital