Pusat Penjagaan Kritikal
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pusat Penjagaan Kritikal

Gleneagles Kuala Lumpur menyediakan Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan Unit Penjagaan Kritikal (CCU) yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan bagi pesakit yang diserang penyakit yang mengancam nyawa secara tiba-tiba. Unit ini terletak di tingkat Satu blok hospital dengan 20 katil di mana pesakit boleh mendapatkan rawatan 1-ke-1 daripada kakitangan penjagaan.

Unit Penjagaan Rapi (ICU) kami dilengkapi peranti dan peralatan pemantauan teknikal dan canggih, yang diuruskan oleh kakitangan yang terlatih dan berkemahiran untuk mengenal pasti dan menangani situasi kardiak atau kecemasan yang lain.

ICU/CCU dilengkapi peralatan invasif dan tidak invasif yang terkini, untuk memastikan penjagaan khusus yang penting untuk pemulihan keadaan kritikal seperti Kardiovaskular Dewasa dan Pediatrik, Pembedahan Saraf, Renal, Trauma, serta kes-kes Perubatan dan Pembedahan.

Kami turut menyediakan Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) di tingkat Satu bagi pesakit yang masih perlu dipantau, diawasi, dirawat dan dijaga, tetapi tidak lagi berada di bawah penjagaan kritikal atau rapi.

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital