Penafian

Penafian

PENAFIAN LAMAN WEB PANTAI HOLDINGS SDN BHD DAN KUMPULAN SYARIKATNYA ("KUMPULAN PANTAI"):

Maklumat dan bahan yang terkandung dalam laman web ini atau yang boleh diakses melaluinya telah diwujudkan untuk tujuan penyampaian maklumat dan pendidikan semata-mata. KUMPULAN PANTAI sama sekali tidak mewajarkan atau mewakili, sama ada secara tersurat atau tersirat ketepatan, kesemasaan atau kelengkapan apa-apa maklumat yang terkandung atau dirujuk dalam laman ini dan KUMPULAN PANTAI tidak menanggung apa-apa liabiliti atas sebarang kesilapan atau ketinggalan daripada kandungan laman ini mahupun apa-apa risiko penggunaan laman web ini oleh anda.

Rujukan kepada rawatan, produk, atau perkhidmatan khusus tidak diambil kira atau dianggap sebagai saranan atau sokongan oleh KUMPULAN PANTAI. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan mahupun digunakan bagi tujuan diagnostik atau perawatan. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk pegawai kesihatan bertauliah. Dalam apa jua keadaan sekalipun, KUMPULAN PANTAI tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk tindakan yang mengakibatkan sebarang kegagalan prestasi, sistem, kegagalan pelayan (‘server’) atau perhubungan, ralat, ketinggalan, gangguan, pelanggaran peraturan keselamatan, virus komputer, kod hasad, kerosakan, kelewatan dalam pengendalian atau penyampaian, ralat penyampaian atau ketiadaan capaian yang berkait dengan tindakan anda mengakses laman web ini dan/atau menggunakan perkhidmatan dalam talian walaupun KUMPULAN PANTAI telah dimaklumkan tentang kebarangkalian berlakunya mana-mana kejadian ini.

Sekiranya mana-mana bahagian laman web ini memberikan anda peluang untuk menyertai atau membaca kandungan sesuatu forum, sila ambil maklum bahawa sebarang komunikasi yang dibuat dalam forum itu mewakili pendapat individu yang membuat kenyataan tersebut dan tidak boleh dianggap sebagai pendapat KUMPULAN PANTAI.  KUMPULAN PANTAI tidak bertanggungjawab terhadap atau menanggung sebarang liabiliti bagi apa jua kandungan yang dihantar dalam sesuatu forum oleh mana-mana individu dalam forum tersebut dan sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan forum berkenaan untuk menghantar, memuat naik, atau menyampaikan maklumat atau gambar yang berbaur fitnah, menceroboh privasi atau tindakan lain yang menyalahi undang-undang. KUMPULAN PANTAI berhak untuk memantau sebarang maklumat yang dihantar atau diterima melalui mana-mana forum. KUMPULAN PANTAI, atas budi bicaranya dan tanpa makluman terlebih dahulu, boleh pada bila-bila masa menyemak, membuang atau menyekat apa-apa bahan yang dihantar atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah tersebut.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital