Oncology Centre | Best Cancer Hospital in Kuala Lumpur
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Klinik Onkologi

Ditubuhkan pada 1997, Pusat Onkologi – Kanser Gleneagles (GOC) terletak di tingkat bawah Blok A, Gleneagles Kuala Lumpur. Pusat Onkologi – Kanser kami mengambil pendekatan holistik untuk membantu dan menasihati pesakit tentang aspek-aspek kanser seperti pilihan rawatan, kesan sampingan daripada rawatan, perubahan gaya hidup, serta penjagaan sebelum dan selepas rawatan.

Pusat Onkologi Gleneagles memastikan standard perkhidmatan dan penjagaan perubatan yang tertinggi bagi pesakit kami. Kami ingin memastikan pengalaman yang menyenangkan bagi pesakit kami semasa mereka berada di sini, melalui perkhidmatan hospitaliti kami. Kami juga berusaha untuk memenuhi keperluan pesakit dan keluarga mereka sepanjang penghospitalan mereka. Pesakit dan keluarga mereka turut diberi penerangan yang jelas berhubungan diagnosis masalah kesihatan mereka, dan pilihan rawatan yang tersedia untuk membantu mereka membuat keputusan yang terbaik.

 

Teknologi
  Sistem Pembedahan da Vinci
Sistem Pembedahan da Vinci adalah platform surgeri yang membolehkan pembedahan rumit dijalankan menggunakan kaedah invasif minimum.
 
Pembedahan menggunakan teknologi da Vinci telah mengubah kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Sistem pembedahan da Vinci menggunakan teknologi robotik bagi membantu pakar bedah menjalankan surgeri yang rumit dengan penuh ketelitian. Ini dapat mengurangkan komplikasi, memendekkan waktu pemulihan dan memperbaiki proses pembedahan.
 
Di Gleneagles Kuala Lumpur, Sistem Pembedahan da Vinci Si digunakan untuk membantu pakar-pakar kami menjalankan prosedur Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Kolorektum dan Pembedahan Kepala & Leher.
 
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
  Elekta Synergy
Terapi radiasi (atau radioterapi) adalah rawatan kanser menggunakan dos radiasi tinggi untuk membunuh sel-sel kanser dan mengecutkan tumor. Terapi radiasi akan membunuh atau melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan merosakkan DNAnya. Sel-sel kanser yang mana DNAnya telah rosak dan tidak dapat dibaiki akan berhenti membahagi atau mati. Apabila sel-sel rosak mati, ia akan dipecahkan dan dikeluarkan daripada badan.

 Di Pusat Onkologi kami, Elekta Synergy digunakan untuk terapi radiasi. Elekta Synergy memastikan ketepatan, kelajuan dan kualiti.
Penyakit dan kanser yang dirawat di Pusat Onkologi kami adalah:
Kami merawat semua jenis kanser seperti:
  • Kanker otak
  • Kanker payudara
  • Kanker serviks & kanker ginekologis yang lain
  • Kanker Kepala & Leher
  • Kanker darah seperti leukemia
  • Kanker paru-paru
  • Kankerpediatrik
  • Kanker prostat
  • Kanker tiroid
  • Kanker hati
  • Kanker perut
  • Kanker esofagus
  • Lain-lain
 
Rawatan holistik yang mungkin melibatkan:
  • Pembedahan untuk membuang kanker
  • Terapi radiasi
  • Kemoterapi
  • Terapi hormon
  • Terapi disasarkan
  • Imunoterapi
  • Kaunseling
 
Pasukan berbilang disiplin kami merangkumi: 
  • Doktor / Pakar Bedah Utama
  • Ahli Onkologi Klinikal
  • Ahli Hematologi
  • Doktor Penjagaan Paliatif
  • Pakar Radiologi
  • Ahli Psikologi Klinikal
  • Ahli Patologi
  • Ahli Farmasi
  • Pakar Diet
  • Jururawat Onkologi
  • Ahli Fizik Perubatan
  • Jurufisioterapi
 

Pengesanan awal dan pencegahan

Pusat Onkologi Gleneagles menawarkan pemeriksaan pesakit yang komprehensif, yang dijalankan di Pusat Saringan Kesihatan kami di Aras 5, Blok B.

Kami menyediakan konsultasi individu, yang dijalankan oleh doktor, jururawat, pakar diet dan pakar lain yang berkelayakan. Program kesihatan individu yang ditawarkan berfungsi untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko yang boleh menjejaskan kesihatan individu lelaki, wanita, mahupun warga emas.

Sebagai Pasukan Perubatan, kami sentiasa berusaha untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di rantau ini. Pusat kami sentiasa memperbaiki kemudahan, standard dan teknologi di sini untuk mempertingkatkan perkhidmatan bagi pesakit kami. Kami turut menawarkan kumpulan pakar dan peralatan terkini untuk menyediakan rawatan bagi semua pesakit.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila telefon
+603-4141 3058atau +603-4141 3529
Lokasi Pusat Onkologi:Aras Bawah, Blok A
Gleneagles Kuala Lumpur

 

 

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital