Pusat Ortopedik
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pusat Ortopedik

Pusat Pemulihan Ortopedik, Spina & Sukan Gleneagles Kuala Lumpur mengambil pendekatan holistik dalam menyediakan penjagaan kesihatan rangka otot yang menyeluruh bagi pesakit. Kami bertekad untuk mendapatkan hasil yang optimum bagi semua pesakit. Pasukan kami berpengalaman dan terlatih dalam rawatan penyakit dan kecederaan rangka otot yang merangkumi sakit bahu biasa, buku lali terkehel, fraktur tangan dan kaki, cakera teranjak dan ligamen terkoyak.

Sebagai salah satu institusi penjagaan kesihatan pengkhususan ortopedik yang terkemuka di Malaysia, kami memiliki kearifan dan kepakaran untuk membantu memulihkan penyakit dan kecederaan ortopedik bagi setiap pesakit. Pemulihan penyakit dan kecederaan rangka otot akan mengambil masa jadi, penjagaan kami akan dilanjutkan di luar hospital juga. Pakar kami akan mencadangkan rawatan pemulihan yang sesuai termasuk fisioterapi untuk membantu mengembalikan kegunaan anggota dan badan anda.

Perkhidmatan, Prosedur & Pasukan Kami

Kami merawat semua Masalah Ortopedik & Sukan biasa yang melibatkan
  • Kepala & Leher
  • Tangan & Bahu
  • Belakang & Tulang Belakang
  • Lutut
Perkhidmatan & rawatan ortopedik yang tersedia di pusat kami
Bedah Trauma Umum & Lanjutan
  • Pembetulan fraktur melalui pembedahan invasif minimum
  • Rekonstruksi tisu lembut 
Pembedahan Tangan & Mikrosurgeri Rekonstruksi
  • Masalah Tangan Umum
    • Sindrom terowong karpus
    • Sindrom terowong kubital
    • Jari picu
    • Tenosinovitis De Quervain
    • Sista ganglion
    • Jangkitan Tangan
  • Artritis Tangan dan Pergelangan Tangan
    • Trauma & Gangguan Pergelangan Tangan
    • Sakit pergelangan tangan akut dan kronik
    • Fraktur radial distal
    • Fraktur tulang karpal termasuk fraktur skafoid
    • Ketakstabilan pergelangan tangan
  • Pembedahan Tangan & Pergelangan Tangan Invasif Minimum
    • Artroskopi pergelangan tangan
    • Pelepasan terowong karpus endoskopik
  • Trauma Tangan
    • Penyambungan semula jari atau tangan terputus
    • Kecederaan hujung jari
    • Kecederaan tendon, saraf dan sendi
    • Fraktur tangan
  • Anomali Tangan Kongenital
    • Polidaktili
    • Sindaktili
  • Rekonstruksi Anggota Atas
    • Lumpuh anggota atas seperti kecederaan pleksus brakial, strok
    • Rekonstruksi mikrosurgeri bagi anggota atas seperti pembedahan lipatan, pemindahan jari kaki
    • Pembedahan penggantian sendi jari tangan
Pembedahan Rekonstruksi
  • Pembedahan penggantian sendi, termasuk pinggul dan lutut
  • Penggantian sendi puliharaan tulang seperti penggantian permukaan
  • Pembedahan membetulkan kecacatan
  • Penggantian sendi dengan augmentasi tulang
 
Pembedahan Tulang Belakang
  • Pembedahan Skoliosis
  • Pembedahan penggantian cakera
  • Pembedahan cantuman spina dan cakera
  • Pembedahan tumor spina
 
Pembedahan Sukan
  • Rekonstruksi artroskopik bagi ligamen krusiat depan dan belakang
  • Pembaikan meniskus artroskopik
  • Pembaikan rawan
  • Rekonstruksi bahu artroskopik
  • Pembedahan artroskopik bagi buku lali, pergelangan tangan dan siku
 
Onkologi Ortopedik
  • Pembedahan menggantikan endoprostetik dan penyelamatan anggota
  • Tumor benigna, tumor malignan, tumor tulang, tumor tisu lembut dan luka metastatik

Perkhidmatan Pemulihan

Perkhidmatan Pemulihan turut membentuk sebahagian Pusat ini di mana pesakit boleh menjalani terapi Fizikal dan Kerja di bawah program pemulihan mereka. Di sini juga pengimejan rangka otot boleh dijalankan, jika perlu.

Jika anda ingin bermain pada prestasi yang terbaik, anda mesti menjaga badan anda. Pusat Perubatan dan Pemulihan Sukan GKL adalah pusat sehenti yang membantu pemulihan anda supaya anda bersedia menangani cabaran yang seterusnya. Kami menyediakan pesakit dengan kemudahan yang canggih dan kepakaran dalam rawatan perubatan sukan dan penjagaan pemulihan yang terkini.

Pasukan kami mengambil pendekatan holistik dalam perubatan sukan untuk membantu mengoptimumkan hasil rawatan anda. Menerusi program pemulihan disesuaikan yang betul, kami telah membantu ramai pesakit memulihkan pergerakan mereka melalui program yang membina dan berorientasikan matlamat. Jika anda mengalami tegangan atau kesakitan berulang kerana terlalu lasak beraksi, pasukan di pusat perubatan dan pemulihan sukan kami terlatih sepenuhnya untuk membantu pemulihan anda menurut keupayaan anda. Perkhidmatan pemulihan fisioterapi kami merangkumi:

 

  • Pergerakan dan pengawalan sendi
  • Rawatan Leher dan Sakit Belakang
  • Elektroterapi
  • Pita dan Strap
  • Pita Kinesio
  • Terapi Senaman
  • Pengurusan Postur
  • Pemulihan Sukan dan Kerja
  • Terapi Akuatik
Untuk maklumat lanjut, sila telefon +603-4141 3368 atau +603-4141 3369
Lokasi Pusat Pemulihan Ortopedik, Tulang Belakang & SukanAras 5, Blok B
Gleneagles Kuala Lumpur

 

 

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital