Pembedahan Invasif Minimum
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pembedahan Invasif Minimum

INVASIF, TIDAK INVASIF ATAU INVASIF MINIMUM? TAHU PILIHAN-PILIHAN ANDA

 

Menjalani apa-apa prosedur pembedahan boleh membimbangkan anda, tetapi mengetahui apa yang boleh dijangkakan semasa dan selepas proses tersebut boleh membantu menyediakan anda. Pengalaman dan cara setiap proses akan mempengaruhi anda bergantung pada kaedah dan teknologi yang digunakan bagi mendiagnosis atau merawat penyakit atau kecederaan spesifik. Umumnya, prosedur berlainan ini dijalankan dalam satu atau gabungan tiga cara –invasiftidak invasif atau invasif minimum.

Prosedur perubatan bukan pembedahan dianggap sebagai tidak invasif. Pemeriksaan fizikal dan ujian pengimejan diagnostik seperti Ultrabunyi dan rawatan pemulihan seperti pengawalan kiropraktik adalah contoh-contoh prosedur tidak invasif. Prosedur ini dianggap tidak invasif kerana kulit tidak perlu dibelah seperti dalam pembedahan.

Dalam prosedur pembedahan, surgeri terbuka utama dianggap amat invasif kerana pakar bedah perlu membuat insisi panjang pada badan.

Namun, perkembangan teknologi terkini telah menghasilkan pilihan ketiga iaitu pembedahan kurang invasif, yang mana dapat disediakan melalui Pembedahan Invasif Minimum (MIS). Proses ini menggunakan insisi yang kecil dan dijalankan oleh pakar bedah MIS yang khusus. Manfaat kepada pesakit termasuk kurang sakit selepas pembedahan dan waktu pemulihan lebih cepat.

 

PEMBEDAHAN INVASIF MINIMUM – LEBIH KECIL, LEBIH BAI

MIS telah mengubah dunia pembedahan dan membawa lebih banyak manfaat kepada pesakit. MIS dijalankan menerusi Pembedahan Am, dan meliputi skop pengkhususan yang menyeluruh seperti Ginekologi, Ortopedik dan Urologi. Instrumen dan kaedah prosedur adalah berlainan, tetapi teknologi terkini yang digunakan memastikan kerosakan minimum pada struktur dan hasil yang sama dengan hasil surgeri terbuka. Antara prosedur MIS yang biasa dijalankan adalah Laparoskopi dalam Pembedahan Am dan Artroskopi dalam Ortopedik. Prosedur ini turut dirujuk sebagai Pembedahan Lubang Kunci.

Semasa MIS dijalankan, kamera kecil (endoskop, laparoskop atau artroskop) akan dilekatkan pada tiub nipis panjang, dan dimasukkan menerusi salah satu insisi kecil. Imej yang dipancarkan pada monitor memberi pakar bedah pandangan besar kawasan surgeri. Di bawah kendalian pakar MIS alat-alat surgeri yang canggih akan dimasukkan ke dalam badan menerusi insisi kecil berukuran kira-kira 0.5–1.5 cm, dan menggunakan bantuan kamera, rawatan akan dapat dijalankan tanpa merosakkan tisu-tisu dengan teruk.

MIS menawarkan berbagai manfaat yang tidak boleh diperolehi melalui prosedur pembedahan konvensional, termasuk kurang sakit dan cepat pulih selepas surgeri.

 

 

Perkhidmatan Pembedahan Invasif Minimum (MIS) di GKL

Penggunaan MIS dalam Pembedahan Am & Ortopedik merangkumi sebahagian daripada perkhidmatan awal hospital setelah penubuhannya pada 1996.

Evolusi MIS dalam Pembedahan Am

Pakar bedah umum telah menjalankan kolesistektomi laparoskopik yang pertama 20 tahun lalu, diikuti apendisektomi laparoskopik. Sekarang ini, rangkaian prosedur turut merangkumi kolektomi, nefrektomi dan surgeri torakoskopi dibantu video (VATS).

Evolusi MIS dalam Ortopedik

Pembedahan artroskopik yang mula-mula dijalankan adalah pembedahan lutut seperti prosedur meniskus dan rekonstruksi Ligamen Krusiat Depan (ACL). Ini kemudiannya telah dilanjutkan untuk merangkumi prosedur artroskopik bahu, diikuti prosedur bagi buku lali, selain siku dan pergelangan tangan. Pakar bedah tulang belakang turut menjalankan prosedur MIS seperti diskektomi endoskopik dan nukleoplasti.

Nota:

  • Kolektomi – pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian kolon.
  • Diskektomi – pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian cakera intervertebra.
  • Nefrektomi – pembedahan untuk membuang satu atau kedua-dua buah pinggang.
  • Nukleoplasti – pembuangan tisu daripada cakera hernia untuk melegakan tekanan pada saraf yang terjejas.

 

Terokai Jenis MIS dalam Rawatan yang Berlainan

Kolesistektomi Laparoskopik

Kaedah berkesan bagi membuang pundi hempedu

Surgeri pembuangan pundi hempedu yang dikenali sebagai Kolesistektomi Laparoskopik. Kelebihan utama bagi kolesistektomi laparoskopik adalah insisi sekecil 1 cm sudah memadai untuk mengeluarkan pundi hempedu.

Artroskopi Bahu

 

Mendiagnosis, merawat dan mencegah dengan kesukaran minimum

Teknologi Invasif Minimum yang digunakan dalam Artroskopi Bahu memastikan ketepatan dan keberkesanan dalam mendiagnosis dan merawat kecederaan bahu seperti rawan koyak, bahu beku, dan ketegangan atau keradangan biseps. Pembedahan Invasif Minimum ini turut digunakan sebagai langkah mencegah untuk menghentikan kerosakan lanjutan pada sendi dalam bahu.

Apendektomi Laparoskopi

Kaedah terkini dalam pembuangan Apendiks

Apendisitis atau keradangan apendiks perlu dirawat melalui pembedahan. Hari ini, pembedahan Apendektomi Laparoskopik dianggap sebagai prosedur yang amat efisien untuk membuang apendiks. Prosedur pembedahan yang canggih ini menggunakan laparoskop, iaitu kamera tiub halus bagi menangkap imej dalaman abdomen yang telah dikembungkan dengan gas, untuk mengesan dan mencapai apendiks dengan lebih baik.

 Artroskopi Lutut

Kaedah yang tepat untuk memulihkan lutut dengan cepat

Artroskopi Lutut adalah pilihan utama untuk merawat kecederaan lutut dan masalah sendi. Berbanding dengan pembedahan konvensional di mana sebahagian besar struktur lutut akan dipotong, pembedahan artroskopi dapat mengurangkan kerosakan pada tisu-tisu. Ini boleh mengurangkan rasa sakit selepas pembedahan dan mencepatkan pemulihan. Artroskopi lutut digunakan untuk merawat berbagai masalah lutut seperti meniskus koyak, artritis dan penyakit berkaitan kerosakan rawan dan ligamen.

Laparoskopi Hernia

 

Pembedahan Hernia lanjutan dapat meredakan trauma

Berbanding dengan mereka yang menjalani surgeri konvensional, kebanyakan orang yang menjalani laparoskopi hernia dapat kembali menjalankan aktiviti ringan dalam waktu yang singkat. Insisi kecil akan dibuat di bawah pusat untuk memasukkan laparoskop dan instrumen kecil lain untuk memperbaiki proses pembedahan. Jika hernia didapati pada kedua-dua belah abdomen, ia boleh dirawat melalui satu prosedur laparoskopik sahaja.

Artroskopi Buku Lali

 

Pembedahan yang tepat untuk merawat buku lali dengan berkesan

Artroskopi Buku Lali adalah prosedur pembedahan Invasif Minimum yang menggunakan insisi lubang kunci bagi mendiagnosis dan merawat masalah berkaitan buku lali. Ia menggunakan teknologi yang terkini di mana kamera gentian optik dan alat-alat surgeri kecil akan dimasukkan ke dalam sendi buku lali untuk merawatnya dengan berkesan. Artroskopi buku lali biasanya dijalankan untuk merawat artritis, sakit serta tekanan pada buku lali, dan untuk membaiki ligamen koyak. Prosedur ini mengurangkan kerosakan pada saraf, saluran dan tisu-tisu di sekeliling buku lali.

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital