Kemalangan & Kecemasan
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Kemalangan & Kecemasan

KEADAAN ANDA MUNGKIN LEBIH SERIUS DARIPADA YANG DIRASAI

Kadang kala, ketidakselesaan atau kesakitan yang dirasai boleh menandakan sesuatu yang lebih serius.

Badan kita akan memberi amaran apabila ia rasa sakit, tidak selesa atau terkejut, di mana-mana sahaja kita berada atau pada bila-bila waktu.

Mendapatkan bantuan perubatan segera apabila simptom mula muncul boleh membantu mencegah kesakitan bertambah teruk, membalikkan sesetengah simptom, mahupun menyelamatkan nyawa.

Bila untuk menghubungi atau pergi ke A&E

Biasanya, kunjungan ke pusat Kemalangan & Kecemasan hanya akan dibuat apabila mengalami kecemasan kesihatan yang serius.

Berikut adalah beberapa contoh biasa yang memerlukan rawatan perubatan kecemasan:

  • Keadaan pesakit pada waktu itu tidak selamat atau sesuai untuk dinilaikan
  • Pesakit mengalami keadaan yang mengancam nyawa yang boleh bertambah teruk jika bergerak
  • Keadaan mungkin kelihatan tidak serius tetapi memerlukan perhatian segera dan pemeriksaan lanjutan

     

    Apakah yang akan berlaku di A&E

    1. SARINGAN

    Apabila anda tiba di A&E, keadaan anda akan diperiksa oleh jururawat. Biasanya, ini termasuk memeriksa suhu, tekanan darah, nadi dan pernafasan. Keadaan anda kemudiannya akan dikelaskan menurut gred standard ini:


    2. PENDAFTARAN

    Butiran pengenalan dan maklumat insurans anda perlu diberikan sama ada sebelum atau selepas saringan anda dijalankan.

     

    3. BERJUMPA DENGAN DOKTOR & RAWATAN

    Setelah selesai saringan, doktor akan berjumpa dengan anda dan menentukan pemeriksaan atau rawatan lanjutan yang terbaik untuk anda. Jika sebarang ujian diperlukan seperti ujian darah, ujian makmal atau imbasan radiologi, ia akan dijalankan.

     

    Siapakah yang akan ditemui di A&E

    Pasukan A&E kami merangkumi doktor dan jururawat yang terlatih menurut standard antarabangsa, daripada kumpulan kakitangan ACLS kami yang sentiasa bersedia untuk menyediakan perkhidmatan menyelamat nyawa.


    Perkara yang perlu dibawa bersama dengan anda ke A&E

    Kesibukan dan panik semasa kecemasan boleh menyebabkan kita terlupa membawa dokumen penting. Berikut adalah senarai semak ringkas perkara yang perlu dibawa bersama anda:

    • Pengenalan yang sah seperti NRIC ATAU pasport anda, jika anda bukan warga Malaysia
    • Kad perubatan yang mungkin perlu disokong oleh kad kredit
    • Senarai ubat-ubatan jangka panjang, terutamanya bagi penyakit kronik, hipertensi dan diabetes

       

      Simpan nombor-nombor hubungan ini untuk tujuan kecemasan.

      Jabatan Kemalangan & Kecemasan 24 Jam:

      Kemalangan & Kecemasan:: +603-4141 3180

      Talian Ambulans (Jabatan A&E): +603-4141 3131

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital