Stenosis Spina
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Stenosis Spina


Stenosis spina merupakan penyempitan salur spina (ruang dalam tulang belakang) yang mungkin mengenakan tekanan pada saraf sepanjang tulang belakang.

 

Apakah itu Stenosis Spina?

Stenosis spina merupakan penyempitan salur spina (ruang dalam tulang belakang) yang mungkin mengenakan tekanan pada saraf sepanjang tulang belakang.

 

Apakah yang Menyebabkan Stenosis Spina?

Sebab utama stenosis spina ialah degenerasi tulang disebabkan oleh penuaan. Apabila usia kita semakin bertambah, diska vertebra dan intervertebral cenderung untuk runtuh disebabkan oleh degenerasi. Vertebra yang runtuh mungkin demah dan menyebabkan ranap dan keradangan pada cakram intervertebral. Keradangan kronik pada sendi kecil juga menyebabkan tulang membentuk taji yang menekan saraf tunjang dan akar saraf tulang belakang yang menyebabkan stenosis spina.

Penyebab lain stenosis spina termasuklah:

  • Tumor
  • Serpihan tulang akibat tulang patah
  • Abses
  • Skoliosis disebabkan oleh degenerasi usia lanjut
  • Penebalan ligamen dalam tulang belakang

 

Simptom

  • Sakit kaki
  • Lumpuh kaki
  • Kekebasan pada kaki
  • Kaki lemah
  • Ketidakupayaan untuk berjalan
  • Tidak dapat bergerak

 

Diagnosis

  • Imbasan MRI
  • Imbasan X-ray

 

Siapakah yang Berisiko?

  • Warga tua
  • Pekerja yang terbeban dengan kerja berat disebabkan keperluan kerja
  • Mereka yang duduk dengan postur yang salah untuk tempoh yang lama
  • Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami stenosis spina

 

Rawatan

Rawatan stenosis spina terdiri daripada rawatan konservatif dan rawatan pembedahan. Rawatan konservatif adalah lebih sesuai untuk pesakit yang mengalami simptom ringan. Pesakit yang mengalami simptom teruk sehingga menjejaskan kualiti hidup perlu mempertimbangkan pembedahan untuk merawat punca keadaan mereka.

Rawatan konservatif:

  1. Ubat dan terapi fizikal – mengambil analgesik, ubat antiradang atau mengurangkan bengkak disekalikan dengan terapi fizikal boleh mengurangkan pembengkakan akar saraf tulang belakang dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

  2. Suntikan / infiltrasi steroid – Steroid boleh mengurangkan keradangan dan pembengkakan yang menyebabkan akar saraf tulang belakang tertekan. Bagaimanapun, suntikan steroid hanya mengurangkan kesakitan buat sementara waktu dan tidak menyelesaikan punca stenosis spina.

  3. Modulasi radiofrekuensi – Alat perubatan bersaiz jarum dimasukkan ke dalam tulang belakang lumbar untuk menghapuskan kesakitan pada saraf. Kaedah ini adalah lebih berkesan berbanding suntikan / infiltrasi steroid dan memberikan kelegaan dengan lebih lama.

 

Rawatan pembedahan:

  1. Penyahmampatan – Pembedahan ini bertujuan untuk membuang akar pada akar saraf tulang belakang. Jika stenosis spina adalah disebabkan oleh taji tulang, reseksi taji akan dilakukan; Jika ia disebabkan oleh penebalan ligamentum flavum, ligamentum flavum akan dibuang. Kebaikan pembedahan penyahmampatan adalah ia merupakan prosedur berisiko rendah dan kefleksibelan tulang belakang lumbar dikekalkan selepas pembedahan. Pembedahan penyahmampatan boleh dilakukan melalui teknik terbuka mini, sistem tubul berbantu video atau teknik endoskopik.

  2. Cantuman spina – Pembedahan ini bertujuan untuk mengikat dua tubuh vertebra dengan menanam skru atau sangkar pada sendi tulang belakang, menggantikan cakram intervertebral dan mengikat sendi. Kemajuan terkini memungkinkan ikatan skru perkutaneous sebagai sebahagian daripada pembedahan invasif yang minimum.

 



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital