Rancang Lawatan Anda
Maklumat
Gleneagles Hospital Penang adalah sebuah hospital yang sentiasa menjaga kepentingan dalam mencegah jangkitan demi kesejahteraan pesakit-pesakit kami. Kami juga ingin memastikan bahawa agar semua pengunjung mengikuti garis panduan yang telah dinyatakan seperti di bawah:
- Sentiasa menjaga kebersihan tangan dengan betul seperti mencuci tangan menggunakan sabun dan air, atau menggunakan dispenser pembersih tangan yang terletak di seluruh hospital.
- Sentiasa memakai topeng muka di dalam premis hospital untuk mengelakkan sebarang penyebaran jangkitan.
- Hanya mainan plastik keras yang boleh dicuci dan disterilkan sahaja yang dibenarkan di kawasan penjagaan pesakit. Manakala, mainan yang lembut adalah amat dilarang untuk mengelakkan berpotensinya mendapat jangkitan di dalam hospital.
- Untuk mengelak jangkitan yang mungkin akan berlaku, sebarang bunga dan pokok adalah dilarang di kawasan penjagaan pesakit kerana ia boleh membawa risiko kesihatan kepada pesakit-pesakit.
Waktu Melawat
Wad
Isnin – Ahad - 1.00 TGH – 2.00 PTG / 6.00 PTG – 8.00 MLM
Garis Panduan bagi Pelawat:
Demi kepentingan pesakit kami, pelawat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan di ruangan ICU. Mencegah jangkitan membentuk salah satu matlamat terpenting di Gleneagles Hospital Penang. Meskipun bukan semua jangkitan dapat dicegah, banyak yang dapat dielakkan dengan mematuhi perkara berikut:
-Menjaga kebersihan tangan. Kebersihan tangan mudah dijaga dengan membasuh tangan anda menggunakan sabun dan air atau dengan pensanitasi tangan berasaskan alkohol. Hospital kami dilengkapi dispenser pensanitasi tangan di koridor utama dan di luar bilik-bilik pesakit.
- Mencegah jangkitan daripada merebak. Jika anda, keluarga atau kawan-kawan anda mengalami batuk, selesema, demam atau ruam, sila minta mereka datang melawat hanya setelah pulih.
- Anda diminta supaya Jangan menghantar bunga kepada pesakit di ICU. Ini tidak dibenarkan memandangkan ICU adalah kawasan yang harus dipastikan bebas daripada sebarang punca pencemaran.
- Blok B, Tingkat Bawah
- Blok B, Tingkat Bawah
- Blok B, Tingkat Bawah
- Blok A, Tingkat Bawah
- Blok A, Tingkat Bawah
Pesakit Luar
Proses Pendaftaran
Sila pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan dan/atau Pasport
- Dokumen rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.
- Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda
Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Pusat Layanan Pesakit Antarabangsa di +604–222 9090 atau +604–222 9099.
Pesakit di hospital
Proses Pendaftaran Kemasukan Wad
Sila teruskan ke Kaunter Pendaftaran Kemasukan Wad di Lobi, Tingkat Bawah untuk menjalani proses kemasukan wad.
Sila pastikan anda membawa dokumen-dokumen tersebut:
- Kad Pengenalan dan / atau Pasport
- Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.
- Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda
- Surat Kemasukan Wad daripada doktor
- Senarai ubat yang anda diambil dengan dosnya
Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +604–2229 090 atau +604–2229 099.
Dokumen Asal
- NRIC atau Sijil Kelahiran (jika bawah umur 12 tahun) atau Pasport (bagi bukan warga Malaysia)
- NRIC atau Pasport Pasangan / Ibu atau Bapa
- Surat Kemasukan daripada Doktor
- Laporan kesihatan perubatan sebelumnya
- Surat Jaminan daripada majikan atau syarikat insurans anda (jika berkenaan)
- Senarai perubatan yang sedang diambil, dan dos baginya.
Barangan Peribadi
- Pijama atau baju tidur
- Selipar tidak licin
- Kelengkapan dandanan diri
Bagi Ibu Mengandung
- Baju tidur dengan bukaan depan untuk memudahkan menyusu
- Kelengkapan dandanan diri
- Tuala wanita
- NRIC atau Pasport ibu mengandung dan bapa
Bagi Bayi Baru Lahir
- 2 pasang sarung tangan
- Sepersalinan pakaian bayi untuk dipakai semasa keluar hospital
- Pembalut atau selimut bayi
Jam keluar hospital adalah antara 11.30 pg dan 3.00 ptg, Isnin hingga Sabtu. Kadar penuh akan dikenakan pada hari kemasukan, tetapi caj tidak akan dikenakan pada hari keluar, dengan syarat pesakit meninggalkan hospital sebelum 2.00 ptg. Jika anda ingin keluar hospital pada hari Ahad atau cuti umum, kami meminta anda untuk mengaturkan pembayaran bil anda pada hari sebelumnya.
Semua pembayaran akaun perlu diselesaikan sebelum anda meninggalkan hospital. Pesakit dengan surat jaminan daripada syarikat insurans yang diluluskan oleh hospital tidak perlu menyelesaikan bil mereka sendiri (kecuali bayaran tambahan yang tidak diliputi, jika ada). Sebelum meninggalkan hospital, dapatkan slip keluar daripada pejabat akaun, untuk diberikan kepada jururawat wad, bagi memudahkan prosedur keluar hospital.
Proses Keluar Hospital
- Konsultan yang bertugas akan mengesahkan proses keluar anda.
- Tempoh menunggu bil diproses dan preskripsi disediakan untuk pengambilan adalah kira-kira 2 1/2 jam
- Apabila bil anda telah siap, kakitangan wad akan memberitahu anda atau ahli keluarga anda
- Anda atau ahli keluarga anda perlu pergi ke Jabatan Akaun di Aras 6 untuk menyelesaikan bil anda. Slip keluar hospital akan dikeluarkan untuk anda
- Anda perlu menyerahkan slip keluar ini di Kaunter Farmasi bersebelahan dengan Jabatan Akaun untuk mengambil perubatan anda
- Pulang ke wad anda untuk mengambil barang-barang, sijil perubatan, ringkasan keluar hospital di samping keputusan pemeriksaan yang diperlukan, daripada jururawat
Janji temu
Pada hari janji temu, sila kemukakan kad janji temu OPD anda di kaunter menyambut tetamu sebelum beredar ke bilik klinik Konsultan masing-masing
Deposit berdasarkan anggaran / jangkaan perbelanjaan perlu dibayar semasa kemasukan. Bagi pesakit korporat dan pesakit dengan insurans, mereka boleh menyerahkan surat jaminan yang diluluskan oleh pengurusan hospital, sebagai ganti untuk deposit. Sepanjang penghospitalan, anda akan diberitahu tentang apa-apa deposit tambahan yang diperlukan. Bil-bil hospital perlu dibayar pada waktu keluar hospital. Bil-bil anda boleh dibayar dengan wang tunai, cek atau kad kredit:
- Semua cek perlu dipalang dan dikeluarkan atas nama Pulau Pinang Clinic Sdn. Bhd.
- Hospital menerima semua kad kredit utama.
Insurans Kesihatan dan Perubatan Bergabung Antarabangsa
Kad Insurans
Prosedur pengendalian bagi kad-kad insurans adalah:
- Kemasukan
1. Pesakit mengemukakan kad insurans yang diiktiraf oleh hospital
2. Pesakit mengisikan borang insurans yang relevan & membayar RM300 atau bayaran bersama yang berkenaan
3. Hospital akan menghantarkan diagnosis pesakit kepada syarikat insurans melalui faks
4. Syarikat insurans akan menghantarkan Surat Jaminan atau Surat Penolakan# kepada hospital melalui faks
(Nota #: Pesakit akan diberitahu dan hospital akan mendapatkan deposit terus daripada pesakit)
Keluar hospital
1. Hospital akan menghantarkan bil kepada syarikat insurans melalui faks.
2. Syarikat insurans akan menghantarkan Surat Jaminan ke hospital melalui faks
3. Pesakit perlu membayar caj berlebihan & caj bagi item dalam notis pembayaran yang tidak diliputi, jika ada
Jika anda ingin menggunakan polisi insurans anda untuk penjagaan kesihatan dan perubatan di Gleneagles Pulau Pinang, hubungi wakil insurans anda untuk meminta Surat Jaminan (GL) sah yang ditujukan kepada:
Meja Perkhidmatan Insurans
Gleneagles Penang
1, Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia
Setelah GL awal diperolehi, sila hantarkannya kepada kami melalui faks di +604-2262 994. Untuk bantuan lanjut tentang cara meminta Surat Jaminan (GL), sila hubungi Meja Perkhidmatan Insurans di +604-2229 111
Untuk kemudahan anda, perkhidmatan rencam disediakan di pintu masuk utama hospital. Pekerja rencam kami akan mengiringi pesakit ke bilik yang ditetapkan, untuk diserahkan kepada jururawat wad.
Mereka juga boleh menjawab pertanyaan tentang konsultan dan kemudahan hospital. Pekerja rencam juga boleh mengaturkan peminjaman kerusi roda percuma pada kadar "jangka pendek, hari sama" untuk digunakan dalam kawasan hospital.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan teksi atau teksi premium ke mana-mana destinasi di sekitar mahupun di luar bandar, pekerja rencam kami boleh membantu anda.
Jenis-jenis Bilik
Pencegahan dari terjatuh adalah bahagian penting dalam rawatan hospital bukan sahaja rawatan yang selamat tetapi juga klinikal dan kos efektif.
Video pendidikan ini mengetengahkan pesakit mengenai pencegahan dari terjatuh menggariskan pendekatan yang mudah difahami dalam cadangan pencegahan dari terjatuh di Gleneagles Hospital Penang.
