Pembedahan Invasif Minimum
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Pembedahan Invasif Minimum

PEMBEDAHAN INVASIF MINIMUM

Pembedahan invasif minimum dijalankan oleh pasukan konsultan kami yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam berbilang pengkhususan termasuk Pembedahan Am, Ortopedik dan Tulang Belakang. Hari ini, kami akan menunjukkan anda cara pembedahan telah berkembang sepanjang 30 tahun lepas. Jangan takut untuk melihat, mempelajari dan mengalami cara kemajuan teknologi boleh membantu hidup anda menjadi lebih baik. 

APAKAH ITU PEMBEDAHAN INVASIF MINIMUM?

Menjalani apa-apa prosedur pembedahan boleh membimbangkan anda, tetapi mengetahui apa yang boleh dijangkakan semasa dan selepas proses tersebut boleh membantu menyediakan anda. Pengalaman dan cara setiap proses akan mempengaruhi anda bergantung pada kaedah dan teknologi yang digunakan bagi mendiagnosis atau merawat penyakit atau kecederaan spesifik. Ringkasnya, prosedur berlainan ini dijalankan dalam satu atau gabungan tiga cara – invasif, tidak invasif atau invasif minimum.

Prosedur perubatan bukan pembedahan dianggap sebagai tidak invasif. Pemeriksaan fizikal dan ujian pengimejan diagnostik seperti Ultrabunyi dan rawatan pemulihan seperti pengawalan kiropraktik adalah contoh-contoh prosedur tidak invasif. Prosedur ini dianggap tidak invasif kerana kulit tidak perlu dibelah seperti dalam pembedahan.

Dalam prosedur pembedahan, surgeri terbuka utama dianggap amat invasif kerana pakar bedah perlu membuat insisi panjang pada badan.

Namun, perkembangan teknologi terkini telah menghasilkan pilihan ketiga iaitu pembedahan kurang invasif, yang mana dapat disediakan melalui Pembedahan Invasif Minimum (MIS). Proses ini menggunakan insisi yang kecil dan dijalankan oleh pakar bedah MIS yang khusus. Manfaat kepada pesakit termasuk pengurangan sakit selepas pembedahan dan waktu pemulihan lebih cepat.

MIS telah mengubah dunia pembedahan dan membawa lebih banyak manfaat kepada pesakit. MIS dijalankan menerusi Pembedahan Am, dan meliputi skop pengkhususan yang menyeluruh seperti Ginekologi, Ortopedik dan Urologi. Instrumen dan kaedah prosedur adalah berlainan, tetapi teknologi terkini yang digunakan memastikan kerosakan minimum pada struktur dan hasil yang sama dengan hasil surgeri terbuka. Antara prosedur MIS yang biasa dijalankan adalah Laparoskopi dalam Pembedahan Am dan Artroskopi dalam Ortopedik. Prosedur ini turut dirujuk sebagai Surgeri Lubang Kunci.

Semasa MIS dijalankan, kamera kecil (endoskop, laparoskop atau artroskop) akan dilekatkan pada tiub nipis panjang, dan dimasukkan menerusi salah satu insisi kecil. Imej yang dipancarkan pada monitor memberi pakar bedah pandangan besar kawasan surgeri. Di bawah pengendalian pakar MIS, alat-alat surgeri yang canggih akan dimasukkan ke dalam badan menerusi insisi kecil berukuran kira-kira 0.5–1.5 cm, dan menggunakan bantuan kamera, rawatan dapat dijalankan tanpa merosakkan tisu-tisu dengan teruk.

MIS menawarkan berbagai manfaat yang tidak boleh diperolehi melalui prosedur pembedahan konvensional, termasuk mengurangkan kesakitan dan mencepatkan pemulihan selepas surgeri.

Di bawah skop Pembedahan Am, di mana Pembedahan Invasif Minimum semakin kerap dijalankan untuk memperbaiki penjagaan dan rawatan pesakit, Laparoskopi adalah salah satu prosedur pembedahan yang paling kerap digunakan di hospital-hospital sedunia.

Dalam proses Laparoskopi, instrumen pembedahan dan kamera akan dimasukkan ke dalam badan melalui satu atau beberapa insisi halus. Di sini, pemeriksaan abdomen dan pelvis akan dijalankan menggunakan laparoskop, iaitu tiub yang disambungkan kepada kamera kecil dan monitor. Prosedur ini dijalankan secara meluas dalam berbilang bidang, seperti proses mengeluarkan apendiks dan pundi hempedu, selain merawat kanser kolon dan kanser perut. Laparoskopi dapat memendekkan penginapan di hospital dengan meredakan trauma kepada badan, dan mengurangkan kesakitan serta masa pemulihan.

Pakar bedah ortopedik mula memperkenalkan proses Pembedahan Invasif Minimum pada 1970-an. Sejak itu, pembedahan Artroskopik, iaitu prosedur untuk merawat masalah dan gangguan sendi melalui insisi yang kecil, telah menjadi amalan standard dalam pembedahan ortopedik.

Penggunaan instrumen terkini telah membantu memperbaharui cara Artroskopi merawat lutut, bahu, pinggul, siku, buku lali dan pergelangan tangan. Sama ada anda memerlukan rawatan rawan atau ligamen, insisi Artroskopik akan dibataskan ke kawasan masalah spesifik bagi mengurangkan kerosakan tisu, dan bengkak serta kejang sendi yang dialami selepas pembedahan terbuka.

Instrumen utama bagi prosedur ini adalah artroskop, iaitu kamera fibro optik yang dimasukkan ke dalam sendi melalui insisi yang halus, untuk membolehkan pakar melihat dalaman sendi dalam pandangan yang dibesarkan, melalui sebuah monitor – inilah kelebihan Artroskopi berbanding surgeri ortopedik konvensional. Dengan teknik invasif minimum Artroskopi, pesakit dengan kecederaan sukan atau gangguan fizikal lain dapat berfungsi kembali dalam waktu yang singkat.

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital