Jangkitan Saluran Kencing
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Jangkitan Saluran Kencing


Jangkitan Saluran Kencing (UTI) ialah jangkitan yang boleh menjejaskan mana-mana sistem urinari seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra.

Apakah itu Jangkitan Saluran Kencing?

Jangkitan Saluran Kencing (UTI) ialah jangkitan yang boleh menjejaskan mana-mana sistem urinari seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra.

 

Apakah yang Menyebabkan UTI?

UTI berlaku disebabkan oleh bakteria yang masuk melalui uretra lalu bergerak ke pundi kencing ataupun buah pinggang dan menyebabkan jangkitan. Bakteria penyebab yang paling lazim ialah E. coliEnterococcusPseudomonasKlebsiella dan Proteus.

Punca-punca lain UTI mungkin disebabkan oleh kehadiran batu karang yang menghalang aliran urin kerana keabnormalan anatomi yang tersembunyi atau kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing.

 

Apakah Simptom-simptom UTI?

Simptom-simptom UTI adalah berbeza mengikut pesakit kerana simptom-simptom ini tidak jelas dan tidak spesifik. Namun, simptom-simptom UTI yang lazim termasuk:

  • Demam
  • Muntah-muntah
  • Keinginan kuat untuk kencing
  • Urin berbau
  • Rasa pedih atau sakit semasa kencing


Bagaimanakah UTI Didiagnos?

  1. Pemeriksaan klinikal
  2. Urinalisis
  3. Kultur & kesensitifan urin
  4. Pengimejan diagnostik – untuk menentukan punca UTI
    • X-Ray
    • Ultrabunyi
    • Imbasan CT
    • Imbasan MRI
  5. Jika UTI berulang, doktor mungkin akan melaksanakan:
    1. Urodinamik – Menaksir bagaimana pundi kencing dan uretra menyimpan dan mengeluarkan urin serta tekanan dalam pundi kencing.
    2. Sistoskopi – Tiub halus berlensa (sistoskop) dimasukkan ke dalam uretra untuk memeriksa pelapik pundi kencing dan uretra bagi melakukan biopsi jika perlu.


UTI dalam Kalangan Kanak-kanak

Semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang menghadapi jangkitan UTI perlu diselidik dengan teliti. Kemungkinan besar kanak-kanak yang menghadapi jangkitan UTI mempunyai keabnormalan anatomi yang tersembunyi di saluran kencing mereka. Oleh itu, UTI dalam kalangan kanak-kanak memerlukan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai. Pembedahan pembetulan kadang-kadang diperlukan.

 

Apakah Rawatan untuk UTI?

Memandangkan jangkitan adalah disebabkan oleh bakteria, para doktor biasanya merawat UTI dengan antibiotik. Rawatan adalah berbeza mengikut simptom-simptom yang dialami oleh individu. Pesakit dinasihatkan untuk menjalani rawatan penuh untuk memastikan jangkitan disembuh sepenuhnya kerana simptom-simptom UTI boleh lenyap sebelum jangkitan tersebut dihapuskan.



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital