Litotripsi Intravaskular Gelombang Kejutan (IVL)
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Litotripsi Intravaskular Gelombang Kejutan (IVL)


Apabila arteri koronari tersumbat iaitu keadaan yang menyebabkan serangan jantung dan sakit dada berlaku, angioplasti belon dan sten merupakan pilihan rawatan yang terbaik.

Apabila arteri koronari tersumbat iaitu keadaan yang menyebabkan serangan jantung dan sakit dada berlaku, angioplasti belon dan sten merupakan pilihan rawatan yang terbaik. Namun, jika arteri mempunyai deposit kalsium, ia akan menghalang belon daripada mengembang dengan betul. Sekiranya belon tidak dapat mengembangkan saluran darah, sten tidak dapat dipasang dengan sempurna. Keadaan ini boleh atau akan menyebabkan kegagalan dan arteri koronari tersumbat semula.

Terdapat banyak cara untuk menangani masalah yang dikenal pasti sebagai halangan besar dalam memastikan kejayaan angioplasti ini, termasuk gerudi (Rotablator) dan pendilatan tekanan tinggi.

Gleneagles Hospital Penang kini menawarkan Litotripsi Intravaskular Gelombang Kejutan (IVL) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan untuk pesakit-pesakit jantung.

Litotripsi Intravaskular Gelombang Kejutan (IVL) melibatkan penggunaan gelombang kejutan tekanan tinggi dan gelombang kejutan tekanan sementara yang kemudiannya akan memecahkan kalsium di dalam arteri tanpa merosakkan tisu-tisu di sekelilingnya. Gelombang kejutan ini merupakan versi mini teknologi gelombang kejutan yang digunakan untuk menghancurkan batu karang agar ia dapat disalurkan dengan selamat melalui air kencing tanpa menyebabkan sebarang halangan atau kesakitan.

Dalam terapi Gelombang Kejutan Koronari, kateter belon khas yang dipasang elektrod dimasukkan ke dalam arteri koronari dengan menggunakan teknik katerisasi standard. Sebaik sahaja kateter berada dalam kedudukan, gelombang kejutan tenaga yang dikawal dilepaskan betul-betul ke mana ia diperlukan. Langkah ini dilakukan secara selamat dan di bawah visualisasi langsung. Sebaik sahaja gelombang kejutan yang mencukupi telah dihantar, kalsium akan retak dan ini membolehkan arteri mengembang secara normal mengikut diameternya yang maksimum.

Ini seterusnya akan membolehkan angioplasti belon diteruskan seperti biasa dan sten diimpaln secara optimum.

Teknologi ini telah menarik perhatian dunia kardiologi dengan penggunaannya yang selamat dan hasilnya yang berkesan.

Kami di Gleneagles Hospital Penang berpendapat bahawa dengan  mengikuti perkembangan teknologi terkini dalam rawatan jantung, kami berupaya memberikan terapi bertaraf dunia yang berkesan dan tercanggih sekali gus memastikan nilai untuk wang.



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital