Kanser Paru-paru
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Kanser Paru-paru


Lung cancer is one the most common cancers in the world and is the most lethal cancer in Malaysia after breast cancer. Lung cancer is the abnormal growth of lung cells that results in a malignant tumour.

Kanser paru-paru ialah kanser paling lazim di dunia dan juga kanser paling berbahaya di Malaysia selepas kanser payudara. Kanser paru-paru ialah pertumbuhan sel paru-paru abnormal yang menyebabkan tumor malignan dihasilkal.

Kanser paru-paru mungkin tidak menunjukkan apa-apa tanda dan simptom pada peringkat awal. Pengesanan awal boleh membantu dalam memperbaik kadar kelangsungan hidup individu yang menghidap kanser paru-paru.

 

Apakah Faktor Risiko Kanser Paru-paru?

  • Merokok
  • Pendedahan kepada asap rokok sekunder
  • Sejarah keluarga yang menghidap kanser paru-paru
  • Pendedahan kepada asbestos atau karsinogen-karsinogen lain
  • Pendedahan kepada pencemaran udara

 

Apakah Simptom-simptom Kanser Paru-paru?

  • Batuk berterusan
  • Sputum berdarah
  • Sakit dada atau sesak nafas
  • Suara serak atau kehilangan suara

 

Bagaimanakah Kanser Paru-paru Didiagnos?

  • Mengesan tumor paru-paru di imbasan X-ray dada
  • Imbasan CT
  • Bronkoskopi
  • Biopsi paru-paru

Jika anda mengalami simptom kanser paru-paru, doktor boleh meminta untuk melakukan ujian pengimejan paru-paru anda termasuk X-ray dada dan imbasan CT. Biopsi aspirasi dilakukan dengan jarum melalui bronkoskopi atau jarum melalui dinding dada.

 

Apakah Jenis Rawatan bagi Kanser Paru-paru?

Rawatan bagi kanser paru-paru bergantung kepada jenis dan keseriusan penyakit itu termasuklah:

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Imunoterapi


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital