Hipotiroidisme
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Hipotiroidisme


Hipotiroidisme ialah pengurangan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid.

 

Apakah itu Hipotiroidisme?

Hipotiroidisme ialah pengurangan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid.


Sebab dan Faktor Risiko

Di bawah kawalan hormon merangsang tiroid (TSH) dari pitituari, kelenjar tiroid menghasilkan hormon-hormon tiroid tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3).  Hormon-hormon tiroid menjejaskan metabolisma, pengeluaran haba serta tumbesaran dan perkembangan.

Gangguan tiroid seperti kelenjar endokrin boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Goitre – pembengkakan kelenjar
  • Hipertiroidisme – peningkatan penghasilan hormon tiroid
  • Hipotiroidisme – pengurangan fungsi tiroid

Penyebab paling lazim bagi hipotiroidisme ialah penyakit autoimun. Ia juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan tiroid atau rawatan iodin radioaktif (RAI) tiroid. Hipotiroidisme sekunder berlaku disebabkan penyakit pituitari. Ujian darah dengan hormon tiroid yang rendah dan TSH yang tinggi mengesahkan diagnosis hipotiroidisme primer.

 

Simptom

  • Peningkatan berat badan
  • Tidak tahan sejuk
  • Keletihan
  • Fungsi mental yang lemah
  • Peningkatan kolesterol serum

 

Rawatan

Rawatan untuk hipotiroidisme selalunya adalah dengan penggantian L-tiroksina sepanjang hayat. Dos dilaraskan untuk mencapai dos yang menormalkan hormon tiroid dan paras TSH.



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital