Goitre
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Goitre


Goitre ialah pembengkakan leher disebabkan pembesaran kelenjar tiroid.

Apakah Itu Goitre?

Goitre ialah pembengkakan leher disebabkan pembesaran kelenjar tiroid.

 

Sebab dan Faktor Risiko

Di bawah kawalan hormon merangsang tiroid (TSH) dari pitituari, kelenjar tiroid menghasilkan hormon-hormon tiroid tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3).  Hormon-hormon tiroid menjejaskan metabolisma, pengeluaran haba serta tumbesaran dan perkembangan.

Gangguan tiroid seperti kelenjar endokrin boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Goitre – pembengkakan kelenjar
  • Hipertiroidisme – peningkatan penghasilan hormon tiroid
  • Hipotiroidisme – pengurangan fungsi tiroid

Kebarangkalian nodul mempunyai kanser adalah rendah – kira-kira 5%, tetapi risiko ia mempunyai kanser adalah lebih tinggi jika saiz nodul membesar atau pesakit sebelum ini terdedah kepada radiasi pengionan dsb.

 

Simptom

  • Pembengkakan di bahagian hadapan leher yang bergerak ke atas semasa menelan. Pembesaran tersebut boleh mempengaruhi semua bahagian kelenjar (resap) atau dilihat atau dirasai sebagai benjolan (nodul – satu atau beberapa / multinodular).
  • Pesakit yang menghidap goitre boleh mempunyai fungsi tiroid yang normal (eutiroid) dan disebabkan kekurangan iodin, mengalami hipertiroidisme (cth. penyakit Graves atau goitre toksik resap, goitre multinodular toksik) atau menjadi hipotiroid (cth. tiroiditis Hashimoto).

 

Diagnosis

  • Pemeriksaan pembengkakan
  • Ujian darah untuk paras TSH
  • Imbasan ultrabunyi
  • Sitologi pengaspiratan jarum halus atau fine needle aspiration cytology (FNAC), jika perlu

 

Rawatan

Tidak semua nodul, sama ada satu atau beberapa nodul memerlukan pembedahan melainkan terdapat kemungkinan tinggi kanser atau menyebabkan simptom tekanan terhadap organ lain di leher.



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital