Perkhidmatan Bersalin
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111
Perkhidmatan Bersalin
01/11/2023 - 31/12/2024

Bermulanya kehidupan yang baru bagi mereka yang bakal menjadi ibu, kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Keajaiban Kehidupan Bermulanya Di Sini

Perkhidmatan Penjagaan Bersalin di Gleneagles Hospital Penang

Perkhidmatan yang Berkualiti dalam Penjagaan Bersalin

Bermulanya kehidupan yang baru bagi mereka yang bakal menjadi ibu, kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Di Gleneagles Hospital Penang, kami mempunyai pakar-pakar yang berkemahiran serta berpengalaman tinggi iaitu di dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik. Untuk bakal-bakal ibu, anda pasti akan dapat pengalaman yang berhargai, rawatan yang selamat dan juga berkualiti dari pasukan rawatan kami.

Di sini, kami juga mempunyai jururawat terlatih yang peramah serta berpengalaman yang telah dilatih khusus dalam penjagaan neonatal, kebidanan dan penyusuan serta memberikan penjagaan yang optimum untuk bayi yang baru lahir.

Kelebihan daftar pakej bersalin di Gleneagles Hospital Penang, anda akan diberikan perkhidmatan serta pengalaman di bidang Obstetri & Ginekologi dan Pediatri berikut:

Perkhidmatan penjagaan Pediatrik berdedikasi selepas bersalin

Kelahiran bayi adalah pengalaman yang dinantikan bagi setiap pasangan ibu bapa. Di Gleneagles Hospital Penang, pakar-pakar Pediatrik yang mahir sentiasa tersedia untuk berkhidmat di dalam rawatan perubatan, pembedahan dan pemulihan yang berkualiti tinggi untuk bayi serta kanak-kanak sehingga usia 12 tahun.

Setiap kanak mempunyai keperluan tersendiri. Di sini, kami mempunyai 3 pakar-pakar Pediatrik dan 1 pakar Bedah Pediatrik & Pediatrik Urologi yang menggunakan teknologi moden untuk rawatan perubatan dalam rawatan intensif neonatal, pediatrik am dan perubatan tingkah laku untuk memastikan setiap kanak diberikan rawatan dan penjagaan yang sesuai.

Galeri


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital