Kemalangan & Kecemasan
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Kemalangan & Kecemasan

Jika berlaku kecemasan, telefon kami di +607 - 560 1111.

Jika anda perlukan perkhidmatan ambulans, telefon +607 - 560 1000

Jabatan A&E di Gleneagles Medini mengendalikan kes kecemasan dan kemalangan. Ia diuruskan dan dijalankan oleh kakitangan profesional sepenuh masa yang terlatih dalam penjagaan kecemasan, dan menyediakan kemudahan penjagaan yang komprehensif.

Gleneagles Medini juga adalah hospital rujukan lanjutan yang menyediakan perkhidmatan penuh termasuk pediatrik, obstetrik dan perubatan umum. Kami menawarkan kemudahan bagi pengkhususan tertentu, seperti penjagaan kardiak dengan peralatan terkini dan unit penjagaan rapi.

Jabatan ini turut menjalankan klinik 24 jam untuk menyediakan bantuan perubatan, jika perlu. Pengurus Jururawat dan Pegawai Perubatan Tetap sentiasa bertugas sepanjang masa. Ia terletak di tingkat bawah bangunan hospital utama, betul-betul bersebelahan dengan lobi.

Jabatan A&E kami dilengkapi dengan:

  • Kawasan saringan
  • Bilik Konsultasi Persendirian
  • Kawasan Pemerhatian
  • Kawasan resusitasi
  • Bilik Prosedur Ortopedik
  • Teater pembedahan kecil (OT)
  • Jabatan pengimejan bersebelahan
  • Bilik khas untuk merawat masalah berkaitan mata
  • Pemeriksaan Darah Komprehensif
  • Ruang menunggu yang selesa
  •  

    Cari Mengikut
    Semua Kemudahan
    Pusat Kecemerlangan
    Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
    Kemudahan Umum
    Hubungan kecemasan
    Gleneagles Hospital Medini Johor
    Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
    Pilih Hospital