Kanser Tekak: Simptom, Diagnosis, Rawatan, Pencegahan | Hospital Gleneagles

Kanser Tekak: Simptom, Diagnosis, Rawatan, Pencegahan

Kanser tekak menggambarkan kanser yang bermula di farinks (tekak) atau laring (peti suara). Tekak terbahagi kepada larinks dan farinks, yang boleh dibahagikan pula kepada nasofarinks, orofarinks dan hipofarinks.

Kanser nasofaring berada di kedudukan kelima antara semua kes kanser baharu di Malaysia dengan insiden 4.6% pada 2020. Ini diikuti oleh kanser laring (1.2%), hipofarinks (0.3%) dan orofarinks (0.29%).

Jenis kanser tekak

Terdapat 2 jenis kanser utama: kanser farinks dan kanser larinks.

Kanser farinks

  • Kanser nasofarinks: Bahagian atas farinks
  • Kanser orofarinks: Bahagian tengah farinks
  • Kanser hipofarinks: Bahagian bawah farinks

Kanser larinks

  • Kanser supraglotik: Bahagian atas larinks, termasuk epiglotis (tisu rawan yang mencegah makanan daripada memasuki tekak anda)
  • Kanser glotik: Bahagian larinks dengan peti suara
  • Kanser subglotik: Bahagian bawah larinks, di bawah peti suara

Faktor risiko bagi kanser tekak

Faktor risiko berikut akan menambah risiko anda untuk mendapat kanser tekak.

  • Lelaki
  • Usia melebihi 65 tahun
  •  Merokok
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Diet yang kekurangan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Jangkitan papilomavirus manusia (HPV)
  • Virus Epstein-Barr (EBV)
  • Ahli keluarga dekat yang menghidap kanser tekak
  • Pendedahan pekerjaan: racun serangga, asbestos, plastik dan wap asid sulfurik

Tanda dan simptom kanser tekak

Kebanyakan simptom tidak ketara pada tahap awal kanser tekak dan ini bergantung pada jenis kanser tekak. Antara simptom biasa bagi kanser tekak termasuk:

  • Suara serak
  • Sakit atau kesukaran menelan
  • Ketulan pada bahagian tekak
  • Sakit tekak atau batuk kronik
  • Sakit telinga
  • Sakit tekak/leher
  • Batuk berdarah
  • Hilang berat badan tanpa sebab

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas secara berterusan, dapatkan nasihat perubatan dengan segera.

Diagnosis kanser tekak

Diagnosis dibuat berdasarkan pelbagai penyiasatan, termasuk pemeriksaan fizikal menyeluruh mulut, tekak dan leher dan ujian darah mungkin diminta.

Ujian lain yang dijalankan untuk diagnosis adalah:

  • Laringoskopi dengan endoskop dimasukkan jauh ke dalam kerongkong pesakit untuk melihat bahagian dalam tekak dengan lebih jelas.
  • Nasendoskopi untuk memeriksa laring dengan memasukkan tiub kecil yang fleksibel dengan cahaya dan kamera video (endoskop) ke dalam salah satu lubang hidung dan kemudian ke bahagian belakang tekak.
  • Biopsi mengeluarkan sampel tisu kecil untuk pemeriksaan makmal.
  • Kajian pengimejan untuk menentukan tahap penyebaran kanser, termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI), tomografi pancaran positron (PET), imbasan tomografi berkomputer (CT) dan gabungan imbasan PET-CT.

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis pemeriksaan dan prosedur diagnostik yang dilakukan untuk mendiagnosis kanser tekak.

Pilihan rawatan bagi kanser tekak

Pilihan rawatan untuk kanser tekak bergantung pada jenis kanser, kedudukan dan saiz tumor, serta tahap kanser.

Rawatan utama yang digunakan adalah pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan terapi sasaran.

  • Jenis pembedahan yang berbeza dilakukan untuk membuang kawasan yang terjejas:
    • Reseksi endoskop dibuat dengan memasukkan tiub berongga dengan kamera dan lampu yang dikenali sebagai endoskop dimasukkan ke dalam tekak untuk membuang tumor.
    • Faringektomi membuang sebahagian atau keseluruhan farinks.
    • Laringektomi separa membuang laring yang terjejas. Pesakit masih boleh bercakap kerana bahagian laring dikekalkan, tetapi suara serak selepas pembedahan dijangka.
    • Laringektomi penuh dibuat dengan membuang keseluruhan laring dikeluarkan apabila kanser telah merebak. Stoma (lubang kekal) akan dibuat di leher untuk bernafas selepas pembedahan. Mungkin sukar untuk bercakap secara normal kerana pita suara dibuang, namun terdapat beberapa cara untuk belajar bercakap semula.
  • Radioterapi menggunakan radiasi bertenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan mematikan sel-sel kanser. Rawatan ini digunakan untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan kanser tahap lanjut.
  • Kemoterapi menggunakan ubat pembunuh kanser yang mujarab. Boleh dilakukan sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor, melambatkan kadar penyebaran kanser dan bersama dengan radioterapi.
  • Terapi yang disasarkan bertujuan untuk menghalang perkembangan kanser tekak lanjutan. Sebagai contoh, cetuximab menghentikan tindakan protein yang lebih lazim dalam sel kanser tekak.
  • Imunoterapi menggunakan ubat khusus untuk meningkatkan sistem imun semula jadi badan untuk melawan sel-sel kanser. Rawatan ini kebanyakannya dikhaskan untuk mereka yang menghidap kanser tekak lanjutan yang tidak responsif kepada rawatan standard.

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis teknologi rawatan untuk merawat kanser tekak.

Pencegahan kanser tekak

Petua dan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan risiko kanser tekak termasuk:

  • Berhenti merokok
  • Hadkan pengambilan alkohol
  • Lindungi diri anda daripada HPV melalui vaksin
  • Amalkan diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan

Pengesanan Melindungi!

Tiada ujian saringan rutin untuk kanser orofarinks, laring dan hipofarinks tersedia. Namun begitu, pengesanan awal kanser orofarinks mungkin boleh dilakukan melalui pemeriksaan mulut rutin oleh doktor atau doktor gigi, manakala kanser larinks dan hipofarinks mungkin ditemukan lebih awal melalui perubahan suara atau simptom jelas lain.

Atur janji temu di Hospital Gleneagles

Jika anda mengalami sebarang simptom kanser tekak, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Perkhidmatan Onkologi di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.

Hospital Gleneagles bekerjasama dengan ahli onkologi untuk membantu pesakit sepanjang rawatan kanser. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital