Penyakit Arteri Karotid

Penyakit Arteri Karotid

 

Darah dibawa kepada otak dan kepala melalui sepasang salur darah bernama arteri karotid. Penyakit Arteri Karotid disebabkan oleh pengumpulan mendapan yang dipanggil plak, pada permukaan dalaman arteri. Plak ini boleh menghalang aliran darah kepada otak, dan menyebabkan strok atau Serangan Iskemia Sementara (TIA), yang juga dikenali sebagai "strok mini", yang mana akan berlaku jika terdapat darah beku yang menyekat arteri yang membekalkan darah kepada otak. 

20%-30% daripada semua kes strok berpunca daripada Penyakit Arteri Karotid. Rawatan bagi Penyakit Arteri Karotid mungkin merangkumi perubahan gaya hidup, perubatan dan bagi keadaan tertentu, surgeri.

 

Punca-punca

 

Punca-punca bagi Penyakit Arteri Karotid:

- Punca boleh ubah suai 

- Obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, dan kolesterol tinggi, yang boleh meningkatkan risiko bagi penyakit arteri karotid 

- Merokok, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat

- Punca tidak boleh ubah suai

- Umur (wanita lebih daripada 75 tahun berisiko lebih tinggi berbanding lelaki dalam kumpulan umur yang sama, dan lelaki di bawah 75 tahun lebih mudah diserang penyakit arteri karotid berbanding wanita dalam kumpulan umur yang sama)

- Sejarah keluarga bagi penyakit ini 

- Penghidap Penyakit Arteri Koronari (pengerasan arteri yang membekalkan darah kepada jantung) lebih kerap diserang Penyakit Arteri Karotid

 

Simptom-simptom
Penyakit Arteri Karotid mungkin tidak menunjukkan simptom. TIA boleh berlaku jika pengumpulan plak tidak dikesan, dan ini boleh meningkatkan risiko mendapat strok dengan ketara. 

Simptom-simptom TIA adalah sementara, dan boleh berlanjutan antara beberapa minit sehingga beberapa jam, dan mungkin merangkumi: 

- Kesukaran menelan

- Kesukaran bercakap

- Kebas, sesemut atau lemah pada sebelah muka atau badan, atau pada satu lengan atau kaki

- Tiba-tiba pening atau keliru 

- Tiba-tiba lemah koordinasi, imbangan, dan kesukaran berjalan

- Tiba-tiba hilang atau kabur penglihatan

- Tiba-tiba sakit kepala teruk

-Rawatan bantuan kecemasan mesti didapatkan untuk mengelakkannya berkembang menjadi strok

 

Rawatan

 

Doktor anda akan memeriksa keadaan anda dan membincangkan rawatan yang terbaik bagi anda. Saranan yang dicadangkan mungkin merangkumi: 

- Perubahan gaya hidup

- Mengurangkan pengambilan alkohol

- Mengamalkan diet yang sihat

- Mengawal tekanan darah dan diabetes anda, serta penyakit jantung yang lain

- Berhenti merokok

- Bersenam secara kerap

- Perubatan untuk mengurangkan risiko bagi strok dan komplikasi penyakit jantung yang lain, selain perubatan melarutkan bekuan 

- Surgeri untuk mengumbah arteri dan mencegah strok pada masa depan

 

Komplikasi dan Penyakit yang Berkaitan

 

Komplikasi paling biasa bagi penyakit arteri karotid adalah strok. Strok boleh menyebabkan:

- Kematian

- Lemah otot dan lumpuh

- Kerosakan otak kekal

 

Pakar kami

Perubatan Dalaman

Kardiologi Intervensi

Kardiologi

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital