Neurosurgery
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Neurosurgery

Pembedahan saraf merangkumi pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan masalah dan penyakit sistem saraf. Pembedahan merangkumi surgeri pada otak, korda spina, saraf periferi dan sistem serebrovaskular ekstrakranium.

Hospital Gleneagles menyediakan berbagai pilihan rawatan bagi pembedahan saraf. Selain merawat tumor benigna dan maligna pada berbilang kawasan otak dan korda spina, jabatan Pembedahan Saraf kami turut merawat penyakit lain seperti malformasi kranium dan spina kongenital, penyakit hidrosefalus dalam orang dewasa dan kanak-kanak, penyakit serebrovaskular, di samping rangsangan otak, pendarahan intrakranium dan infarksi.

Jenis Penyakit dan Rawatan

- Trauma pada otak dan kepala (fraktur tengkorak tertekan, hematoma intrakranium)

- Penyakit tulang belakang seperti prolaps hernia cakera spina (serviks, dorsal dan lumbar) serta sempitan liang spina, laminektomi dan fiksasi, rawatan kesakitan termasuk epidural dan suntikan sendi faset serta penanaman peranti elektrik untuk menguruskan kesakitan

- Trauma pada tulang belakang termasuk fraktur dan fiksasi

- Rawatan saraf periferi seperti sindrom terowong karpus, neurolisis saraf ulnar dan kecederaan luka saraf dengan pemindahan saraf

Jenis Peralatan Pakar

 

- Elektroensefalografi  (EEG)
- Kajian konduksi saraf  (NCS)
- EMG
- Potensi bangkitan visual (VEP)

- Pembedahan Robotik Pisau Gamma (Baca lebih lanjut tentang Pembedahan Robotik Pisau Gamma DI SINI)

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital