Penyakit Jantung Kongenital
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Penyakit Jantung Kongenital


Penyakit jantung kongenital adalah penyakit jantung yang wujud sejak lahir.  Ia adalah disebabkan oleh perkembangan jantung janin yang tidak lengkap atau tidak normal semasa trimester pertama kehamilan.


Penyakit jantung kongenital adalah penyakit jantung yang wujud sejak lahir.  Ia adalah disebabkan oleh perkembangan jantung janin yang tidak lengkap atau tidak normal semasa trimester pertama kehamilan.

Penyakit jantung kongenital adalah kecacatan kongenital yang paling biasa. 28% daripada semua kecacatan kongenital utama terdiri daripada kecacatan jantung.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat kira-kira 500,000 kelahiran anak di Malaysia setiap tahun. Kejadian penyakit jantung kongenital dianggarkan lebih kurang 5,000 setahun. Ini bermakna, setiap 100 bayi yang baru lahir, ada seorang akan mengidap penyakit jantung kongenital.

Kejadian penyakit kongenital yang dilaporkan sangat berbeza di antara kajian di seluruh dunia. Dengan anggaran kejadian 8 per 1000 kelahiran, maka terdapat lebih kurang 1.5juta kes penyakit jantung kongenital seluruh dunia.

Sebilangan besar penyebab penyakit jantung kongenital tidak diketahui. Penyebab yang boleh dikenalpasti termasuk keturunan, genetik atau keadaan ibu yang tertentu. Kajian menunjukkan bahawa seseorang mempunyai risiko untuk mengidap penyakit jantung kongenital yang sedikit tinggi kalau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit jantung kongenital. Penyakit genetik seperti Down’s syndrome, DiGeorge syndrome, Turner syndrome, Marfan syndrome sering berkaitan dengan penyakit jantung kongenital. Ibu yang mengidapi penyakit rubella atau kencing manis semasa mengandung juga meningkat risiko anak mendapati penyakit jantung kongenital. Ibu yang mengguna ubat-ubat seperti lithium atau ubat sawan, merokok, menyalahguna dadah atau mangambil alcohol semasa mengandung juga meningkatkan risiko anak mengidapi penyakit jantung kongenital. Dengan demikian, adalah penting untuk menjalani saringan jantung janin atau bayi baru lahir jika ada ciri-ciri risiko tersebut. Saringan jantung janin boleh dibuat pada usia kehamilan di antara 18 hingga 20 minggu.

Gejala-gejala penyakit jantung kongenital bergantung kepada jenis dan keparahan kecacatan jantung. Kecacatan jantung yang kecil seperti jantung berlubang kecil selalu tiada gejala and hanya dapat dikesan semasa membuat pemeriksaan jantung di masa kemudian. Sebaliknya, kecacatan jantung yang kompleks selalu dikesan awal dengan gejala-gejala seperti kebiruan warna bibir atau kuku, masalah pernafasan, masalah penyusuan, kekurangan berat badan.

Rawatan penyakit jantung kongenital juga bergantung kepada jenis dan keparahan kecacatan jantung. Kebanyakan kecacatan jantung yang kecil boleh sembuh sendiri tanpa rawatan. Manakala kecacatan yang rumit atau kompleks memerlukan samada pembedahan satu peringkat atau berperingkat. Setengah kecacatan jantung boleh diubati dengan cara kateterisasi jantung.

Langkah pencegahan bagi penyakit jantung kongenital sebenarnya tidak diketahui. Akan tetapi, langkah berjaga-jaga boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko bayi mengidapi masalah jantung. Amalan hidup ibu mengandung yang baik and sihat termasuk tidak  merokok, tidak mengambil alcohol, tidak menyalahguna dadah, mengambil vaccine rubella sebelum mengandung, mematuhi nasihat doctor and menerima rawatan untuk kencing manis dan sawan.

Malaysian Heart Health Association (MyHeart) bekerjasama dengan Gleneagles Hospital Kuala Lumpur untuk melancarkan kempen kesedaran tentang penyakit jantung kongenital di kalangan masyarakat umum demi membantu kanak-kanak yang mengidapi penyakit jantung kongenital mendapatkan dana untuk rawatan pembedahan mereka dengan segara.

 

Ditulus oleh

Dr Lim Miin Kang

Pakar Kardiologi Pediatrik

Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

 


Doctor Profile
Lim Miin Kang
Pengkhususan
Pediatrik (Kesihatan Kanak-kanak)
Kardiologi Pediatrik
Lokasi
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital