Masalah Kulit Kanak-Kanak
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Masalah Kulit Kanak-Kanak


Boleh terangkan segi kesihatan kulit kanak-kanak, apakah masalah sering dihadapi kanak-kanak ketika ini?


Masalah Kulit Kanak-Kanak

Dermatologi

Segi kesihatan kulit kanak-kanak, apakah masalah sering dihadapi kanak-kanak ketika ini?

Penyakit kulit yang sering dihidapi kanak-kanak termasuk Ekzema, Infeksi kuman dan gigitan serangga.

Adakah ia genetik atau faktor persekitaran banyak menyumbang?

Untuk Atopic Ekzema, ia adalah keradanagan pada kulit. Ia disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran. Kebanyakan pesakit mempunyai kekurangan sejenis gene yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Kadang kala, pesakit atau ahli keluarga juga mempunyai penyakit atopy yang lain termasuk lelah, resdung dan allergic conjunctivitis. Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal penyakit atopic Ekzema. Pesakit dinasihati untuk mandi setelah berpeluh kerana peluh boleh menerukkan eczema. Air terutamanya air panas juga menyebabkan kulit kering. Pesakit dinasihati supaya jangan mandi terlampau lama atau sering menyelap kulit dengan kain basah. Setelah kulit dicuci, seharusnya disapu dengan krim pelembap. Cuaca yang terlampau sejuk juga boleh mengerringkan kulit. Pesakit dinasihati supaya mengawal suhu pendingin udara di antara 24-26 darjah celcius. Pesakit juga harus elak dari persekitaran yang behabuk.

Tahap rintang penyakit terutama kanak-kanak berkait dengan kulit, adakah tahap daya tahan kanak- kanak lebih tinggi?

Secara keseluruhan, kanak-kanak mempunyai daya ketahanan kulit yang rendah berbanding dewasa. Oleh yang demikian, kanak- kanak lebih berisiko tinggi untuk menghidapi jangkitan kuman sama ada bakteria, fungus ataupun virus. Antara penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria adalah Bullous impetigo. Pesakit yang menghidapi Bullous Impetigo mempunyai gelembung- gelembung air di atas kulit dan kudis berwarna emas. Cara rawatan adalah menggunakan antibiotik. Untuk penyakit kulit fungus, cara rawatan adalah menggunakan anti-fungus. Ramai kanak-kanak menjangkiti kuman fungus daripada kucing. Sekiranya tidak dirawati, ia boleh menyebabkan parut terutatmanya di atas kulit kepala. Penyakit kulit virus yang sering dihidapi oleh kanak-kanak adalah Viral wart dan Molluscum contagiosusm. Viral wart adalah disebabkan oleh Human Papilloma Virus. Virus ini boleh dijangkiti melalui sentuhan. Cara rawatan adalah menggunakan semburan cecair nitrogen dan kadang kala rawatan laser. Molluscum Contagiosum adalah disebabkan oleh Pox virus dan juga boleh dijangkiti melalui sentuhan. Walaupun tidak membawa maut, ianya boleh meninggalkan parut di atas kulit. Cara rawatan adalah menggunakan electrocautery.

Apakah gejala penyakit kulit serius dan bahagian mana sering dihadapi atau gejala awal?

Ekzema yang tidak dikawal boleh merebak menjadi Erythroderma di mana lebih daripada 90% daripada kulit pesakit mengalami keradangan. Fungsi- fungsi kulit akan terjejas pada pesakit erythroderma. Kulit pesakit tidak dapat mengawal suhu badan dengan baik. Pesakit mungkin akan mengigil walaupun cuaca panas. Selain itu, pesakit mungkin boleh dijangkiti kuman dan demam. Tahap protein di dalam darah juga akan berkurangan dan menyebabkan kaki bengkak. Sekiranya dibiarkan, ia boleh membawa maut.

Apakah langkah pencegahan terutama masalah kulit kanak-kanak?

Langkah pencegahan masalah kulit kanak-kanak yang paling penting ialah melembapkan kulit dengan pembersih pelembap dan pelembap. Tidur yang mencukupi bersama pemakanan sihat juga penting untuk menguatkan daya ketahanan kulit kanak- kanak. Senaman adalah penting tetapi ingatlah setelah senaman dan menyejukkan badan, mandi dengam pembersih pelembap.

Jika tidak ditangani, apakah kemungkinan komplikasi penyakit terbabit?

Atopic Ekzema bukan sahaja menjejaskan fizikal pesakit tetapi menjejaskan kualiti hidupnya. Ia boleh menjejaskan pengajian sekolah dan keyakinan diri yang membawa kepada gangguan psikiatri. 

Ditulis oleh

Dr. Peter Ch'ng Wee Beng

Pakar Perunding Dermatologi

Hospital Gleneagles Kuala Lumpur


Doctor Profile
Peter Ch'ng Wee Beng
Pengkhususan
Dermatologi
Lokasi
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital