Kelahiran dan Kanser
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Kelahiran dan Kanser


Antara risiko -risiko yang boleh berlaku adalah keguguran, kecatatan(jika mengambil ubat pada awal kandungan),kerencatan ketumbuhan, bersalin pra-matang, kematian dalam kandungan.

Dr Vijayan

Kelahiran & Kanser 

  • Apabila seseorang pesakit barah  itu mengandung, apakah risiko dan komplikasi dalam kelahiran anak?

Antara risiko-risiko yang boleh berlaku adalah keguguran, kecatatan(jika mengambil ubat pada awal kandungan),kerencatan ketumbuhan, bersalin pra-matang, kematian dalam kandungan.

  • Bagi pesakit pula, sejauh mana dalam kondisi pesakit barah ini boleh bertahan dan biasanya apakah saranan dalam membantu bayi dan ibu?

Pesakit barah yang mengandung boleh bersalin pada jangka masa yang ditentukan, iaitu mengikuti tarikh bersalin yang diberi, jika tiada tanda-tanda komplikasi semasa mengandung ataupun masalah kesihatan yang lain. Pesakit akan diberi rawatan susulan berdasarkan keadaan pesakit.

  • Sejauh mana dengan rawatan untuk si ibu dan apakah pengambilan ubat boleh memberi kesan kepada kandungan?

Pembedahan dikatakan rawatan paling selamat bagi beberapa jenis kanser, manakala kemoterapi dijalankan sebelum pembedahan untuk mengecutkan saiz kanser bagi memudahkan pembedahan.

Secara amnya, trimester kedua dikatakan waktu paling selamat untuk pembedahan berikutan risiko keguguran dan kelahiran pramatang adalah rendah. Dalam situasi ini, doktor tidak saja akan mempertimbangkan kaedah mana yang paling selamat, malah pembedahan mana yang paling wajar untuk jenis kanser yang dihadapi seperti mastektomi (pembuangan payudara) atau lumpektomi (pembuangan bahagian yang berkanser) dalam kalangan pesakit kanser payudara.

Kemoterapi ketika trimester pertama cuba dielak kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Namun, kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua dilaporkan selamat untuk pesakit hamil.

Hanya ubat kemoterapi tertentu diguna berdasarkan rawatan lalu yang berjaya dilakukan dalam kalangan pesakit kanser yang hamil dan melahirkan bayi yang sihat. Doktor akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.

Oleh kerana tidak banyak kajian penggunaan radioterapi dalam kalangan penghidap kanser hamil, seboleh-bolehnya doktor tidak mengesyorkan rawatan ini berikutan dos radiasi yang digunakan untuk rawatan kanser adalah lebih tinggi berbanding untuk kegunaan diagnosis.

Dr Vijayan

 

  • Berapakah kemungkinan ibu itu peluang menjalani kehidupan dengan anak atau sebaliknya?

Penghidap kanser sewaktu hamil, doktor perlu mempertimbangkan manfaat apa saja rawatan kanser kepada ibu dengan sebarang risiko yang boleh menjejaskan perkembangan bayi. Pilihan rawatan bergantung pada keseluruhan masalah kesihatan pesakit, jenis, lokasi, saiz dan tahap kanser serta tahap kandungan. Malah, permintaan pesakit dan anggota keluarganya juga perlu diambil kira. Oleh itu, adalah penting membuat perbandingan pilihan rawatan terbaik terhadap risiko yang mungkin menimpa bayi yang semakin membesar.

Penangguhan rawatan bagi penghidap kanser sewaktu hamil bergantung pada jenis dan tahap kanser serta tahap kandungan. Keputusan untuk menangguhkan rawatan juga perlu dibuat bersama rundingan pasukan perubatan. Sebaliknya, rawatan akan disegerakan dalam kes tertentu sekiranya penyakit itu mengancam nyawa pesakit.

Penghidap kanser yang menjalani rawatan kemoterapi tidak digalak menyusukan bayi mereka berikutan ubat kemoterapi boleh berpindah kepada bayi menerusi susu ibu. Begitu juga rawatan terapi sasaran atau terapi hormon apabila kesan ubat juga boleh meresap ke dalam susu ibu.

Namun demikian, pesakit kanser boleh memberikan susu badan jika melakukan rawatan radioterapi yang tidak membabitkan payudara atau sebelah payudara saja.

  • Apakah bentuk nasihat segi permakanan dan langkah penjagaan kesihatan pesakit kanser ketika mengandung?

Boleh makan seperti biasa dan berehat, dan pastikan makan makanan berkhasiat dan mengambil vitamin yang dibekalkan dengan kadar yang betul.

  • Dalam kes dirawat Dr. Vijayan, boleh kongsikan suatu dua kes mengenai pengalaman pesakit kanser sedang mengandung?

Kanser yang biasa ditemui dalam wanita hamil juga sama dengan pesakit lain yang lebih muda seperti kanser payudara, kanser serviks (pangkal rahim), kanser tiroid, limfoma dan melanoma. Bagaimanapun, kanser yang paling kerap ditemui dalam kalangan wanita hamil adalah kanser payudara iaitu kira-kira satu dalam 3,000 kehamilan.

  • Bagi bayi dalam kandungan pula, sejauh mana mereka juga terkesan dengan penyakit?

Segelintir kanser mungkin merebak ke plasenta yang menghubung dan menyalurkan makanan daripada ibu kepada bayi, namun kebanyakan kanser tidak merebak terus kepada janin. Begitupun, rawatan kanser yang lebih dikhuatiri kerana ia berpotensi menjejaskan janin dalam kandungan.

Biasanya diagnosis kanser dalam kalangan wanita hamil lewat usia dilakukan berikutan beberapa simptom kanser dianggap gejala biasa berkaitan dengan kehamilan. Contohnya, penghidap yang hamil mungkin mengalami payudara bengkak, loya dan muntah-muntah, perut kembung, sakit kepala dan sembelit. Tanda-tanda kanser boleh terlepas pandang disebabkan simptom kehamilan.

  • Apakah kekerapan untuk saringan bagi wanita pesakit kanser mengandung bagi memantau kondisi anak atau ibu?

Jika benjolan ditemui pada payudara atau leher, pesakit hamil boleh menjalani imbasan ultrasonografi yang tidak membabitkan radiasi. Di sesetengah hospital, pesakit menjalani mammogram untuk memeriksa bonjolan kerana ia dikatakan selamat berikutan terdapat lapisan perlindungan untuk mengurangkan radiasi terhadap janin.

Ujian biopsi juga dikatakan selamat untuk pesakit hamil yang disyaki mendapat kanser nodul limfa atau kelenjar tiroid, manakala ujian pap smear untuk kanser serviks .

Katanya, imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi memeriksa abdomen atau pelvis seboleh-bolehnya cuba dielakkan ke atas pesakit hamil kerana radiasi berion yang digunakan mungkin menjejaskan janin. Bagaimanapun, imbasan CT pada kepala dan leher boleh diteruskan dengan lapisan perlindungan dipasang pada bahagian abdomen.

Alat pemeriksaan lain yang menggunakan radiasi berion seperti tomografi pancaran positron (PET), tetapi ada juga peralatan yang tidak menggunakan radiasi berion seperti pengimejan resonans bermagnet (MRI) yang dikatakan selamat.

 

Dijawab oleh

Dr. Vijayan Padmanathan

Perunding Obstetrik dan Ginekologi

Hospital Gleneagles Kuala Lumpur


Doctor Profile
Vijayan Padmanathan
Pengkhususan
Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Pembedahan Laparoskopik
Lokasi
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital