Nefrologi
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Nefrologi

nephrology

Dengan pengkhususan dalam cabang perubatan dalaman yang menguruskan fungsi dan penyakit berkaitan buah pinggang, ahli nefrologi mendiagnosis dan merawat penyakit buah pinggang seperti kegagalan ginjal, batu karang dan hipertensi.

Saringan Buah Pinggang

Mereka yang berisiko tinggi disebabkan penyakit sedia ada seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang, dinasihati untuk menjalani ujian saringan secara tetap. Jika didiagnosis pada peringkat awal, mendapatkan rawatan awal boleh memberi hasil yang positif sebelum apa-apa simptom menjadi ketara dan perkembangan penyakit juga mungkin dapat diperlahankan.

Saringan ini boleh merangkumi:

Ukuran Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi meningkat mungkin menandakan disfungsi buah pinggang (tanda awal bagi kegagalan buah pinggang).

 

Di Hospital Gleneagles, saringan dijalankan menggunakan peralatan moden, oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang berdedikasi dan terlatih, dalam persekitaran yang selesa. Setelah keputusan ujian anda disahkan, doktor pilihan anda akan membincangkannya dengan anda, dan menasihati anda tentang rawatan yang terbaik bagi pemulihan anda.

Ujian Darah untuk Kreatinina

Kerosakan fungsi buah pinggang biasanya dikesan melalui penambahan kreatinina dalam darah.

Ujian Urin untuk Protein

Kehadiran protein dalam urin menandakan masalah dalam fungsi penapisan buah pinggang.

Kemudahan Rawatan Nefrologi di Hospital Gleneagles

Kami mengalu-alukan anda untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang berkualiti di Hospital Gleneagles.

Objektif kami adalah untuk menyediakan hasil yang terbaik melalui teknik diagnostik dan pemulihan yang canggih, dan disesuaikan bagi memenuhi keperluan individu bagi setiap pesakit yang berlainan.

Hospital Gleneagles dilengkapkan dengan teknologi pengimejan yang terkini, serta berbagai instrumen diagnostik yang lain.

Gaya hidup yang sihat adalah wajib untuk kebaikan kesihatan umum dan pencegahan simptom-simptom kerosakan buah pinggang. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pasukan berbilang disiplin kami yang merangkumi pakar nefrologi dan ahli penjagaan kesihatan profesional yang berdedikasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan nefrologi kami, sila lawati Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.

Pilihan Rawatan bagi Masalah dan Penyakit Buah Pinggang

Keadaan buah pinggang terutamanya yang kronik (CKD) sering berpunca daripada gaya hidup. Perubahan gaya hidup sering disarankan sebelum perubatan perlu diambil, dan semasa peringkat lanjutan dalam dialisis. Doktor anda mungkin menyarankan beberapa terapi untuk membantu memulihkan buah pinggang anda.

Dialisis

Biasanya, mesin akan digunakan untuk menggantikan fungsi buah pinggang apabila penyakit buah pinggang kronik telah mencapai peringkat lanjutan.

Perubatan

Sesetengah perubatan boleh merawat punca-punca seperti diabetes atau hipertensi, untuk membantu melegakan simptom dan memperlahankan perkembangan penyakit.

Perubahan Gaya Hidup

Untuk memastikan kesihatan buah pinggang yang optimum bagi anda, perubahan gaya hidup mungkin disarankan untuk mengawal dan melegakan sebarang simptom.

Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Didiagnosis

Biopsi

Sel-sel daripada buah pinggang dikeluarkan untuk pemeriksaan teliti dan untuk menentukan keaadan penyakit.

Uian Darah dan Urin

Untuk membantu mengesan keabnormalan dalam fungsi buah pinggang, paras penurasan akan dianalisis, dan protein dalam urin akan diperhatikan.

Sejarah Keluarga

Biasanya, penyakit buah pinggang adalah jenis keturunan, dan sejarah keluarga akan ditelitikan untuk mengesan kecenderungan genetik.

Ultrabunyi

Gelombang bunyi digunakan untuk menghasilkan imej yang boleh dilihat oleh pakar supaya keadaan fizikal buah pinggang anda dapat diperiksa.

Penyakit Buah Pinggang dan Simptom-simptom

Karsinoma Sel Renal

Penyakit ini adalah kanser buah pinggang yang paling biasa dalam orang dewasa, dan cenderung menyerang kumpulan umur 50 hingga 70 tahun.

Simptom-simptom ketara tidak kelihatan pada peringkat awal tetapi ia akan muncul apabila kanser bertambah besar, dan ini merangkumi darah dalam urin, sakit pinggang, benjolan ketara pada kawasan buah pinggang, hilang berat badan, dan lesu.

Penyakit buah pinggang kronik hingga peringkat akhir

Simptom-simptom bagi keadaan ini mungkin berbeza. Namun, simptom-simptom yang paling biasa termasuk bengkak muka dan anggota, muntah, lesu, gatal teramat, tiada selera, kulit pucat, nafas berbau, jangkitan saluran kencing dan inkontinens urinari.

Nefropati Diabetes (DN) atau Penyakit Buah Pinggang Diabetes

Penyakit ini dikenali sebagai kehilangan fungsi buah pinggang kronik dalam pesakit diabetes, dan sering melarat kepada komplikasi serius yang boleh merangkumi kegagalan ginjal.

Simptom yang paling biasa adalah protein dalam urin, dan simptom-simptom lain boleh merangkumi tekanan darah tinggi, semakin kerap membuang air kecil, dan buku lali bengkak.

Keabnormalan Bendalir dan Elektrolit

Simptom ini sering dikaitkan dengan penyakit buah pinggang, dan didapati dalam individu yang mengalami muntah dan cirit-birit berlanjutan, serta mereka yang sudah menghidap penyakit buah pinggang.

Bergantung pada jenis elektrolit yang tidak seimbang, simptom-simptom boleh merangkumi penahanan bendalir, bengkak dan sakit pada muka dan anggota badan, selain dehidrasi, kehausan, lemah, pening dan pengsan.

Penyakit Buah Pinggang Polisistik (PKD)

PKD adalah penyakit genetik yang menyebabkan pertumbuhan sista di dalam buah pinggang, dan ia boleh menyerang kanak-kanak dan orang muda dewasa, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah keluarga dengan PKD.

Simptom paling biasa adalah tekanan darah tinggi, dan simptom-simptom lain termasuk jangkitan saluran kencing, batu karang, darah dalam urin, dan sakit pinggang.

Kecederaan Buah Pinggang Akut

Sesiapa sahaja boleh mendapat kecederaan buah pinggang akut yang menyebabkan kehilangan sementara fungsi buah pinggang secara tiba-tiba, tetapi ia sering didapati dalam orang berumur, yang sakit dan mungkin masih dirawat di hospital.

Simptom yang paling biasa adalah pengeluaran urin berkurangan, dan lain-lain simptom termasuk bengkak pada kaki, buku lali atau tapak kaki, lesu, sesak nafas, keliru, loya atau sakit dada.

Proteinuria

Penyakit ini sering didapati dalam individu yang menghidap diabetes dan/atau tekanan darah tinggi, dan boleh menandakan penyakit buah pinggang jika protein didapati dalam urin.

Lain-lain simptom termasuk urin berbuih, serta muka dan/atau anggota sembap dan/atau bengkak, yang menandakan penahanan bendalir.

Glomerulonefritis

Apabila saluran darah dalam buah pinggang meradang, darah tidak dapat ditapis dengan berkesan, dan keadaan akut penyakit ini boleh terhasil daripada jangkitan seperti sakit tekak streptokokus atau lupus. Jenis yang kronik biasanya adalah jenis keturunan.

Simptom yang paling biasa adalah kehadiran protein atau darah dalam urin, dan simptom lain termasuk muka sembab dan pengeluaran urin berkurangan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital