Penyakit Berjangkit
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Penyakit Berjangkit

Mikroorganisma patogen seperti bakteria, virus, parasit dan kulat boleh menyebabkan penyakit berjangkit dengan penyakit itu boleh merebak secara langsung atau tidak langsung daripada seseorang kepada orang lain. Sepsis, influenza, tuberkulosis, hepatitis adalah antara penyakit berjangkit biasa yang mengganggu populasi seluruh dunia.

Pencegahan Jangkitan

Untuk meminimumkan risiko jangkitan, anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri, cth: mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Elakkan berkongsi item peribadi seperti berus gigi, sikat, pisau cukur, tuala, gelas minuman dan perkakas makan. Selain itu, dapatkan vaksinasi dan amalkan seks yang selamat untuk mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit. 

Tanda-tanda dan Simptom-simptom

Tanda dan simptom penyakit berjangkit bergantung kepada organisma yang menyebabkan jangkitan, tetapi demam dan keletihan adalah tanda dan simptom penyakit berjangkit yang paling biasa. Selain itu, tanda-tanda dan simptom-simptom umum adalah cirit-birit, sakit otot dan batuk.

Anda harus segera dapatkan rawatan perubatan jika anda:

  • Mengalami demam berpanjangan (lebih daripada 5 hari) atau demam tanpa sebab dengan atau tanpa sakit kepala
  • Mengalami batuk berpanjangan (lebih 7 hari).
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Mempunyai masalah penglihatan secara tiba-tiba
  • Mengalami ruam atau bengkak
  • Pernah digigit binatang
Sindrom Rengsa Usus (IBS)

Ini adalah gangguan gastrousus kronik yang menjejaskan usus besar dan menunjukkan berbagai simptom seperti:

  • Hilang selera makan
  • Kembung perut
  • Cirit-birit dan/atau sembelit yang bersela
  • Sakit abdomen yang dilegakan dengan membuang air besar
Divertikulitis

Divertikula ialah poket-poket kecil yang terbentuk dalam lapisan dinding usus. Jika dijangkiti, bahagian ini berkembang kepada divertikulitis dan biasanya disebabkan oleh kekurangan serat makanan dalam diet seseorang.

Simptom-simptom termasuk:

  • Sakit abdomen teruk
  • Demam
  • Loya
  • Lesu
  • Najis berdarah/gelap
Penyakit Radang Usus (IBD)

Dua punca utama bagi IBD adalah penyakit Crohn dan kolitis berulser iaitu kolitis berulser menjejaskan lapisan paling dalam pada usus besar dan rektum dan menyebabkan radang serta ulser dan kudis yang kronik. Penyakit Crohn cenderung untuk menyerang berbilang kawasan berlainan di seluruh saluran pencernaan, biasanya di bahagian hujung atau permulaan usus kecil (ileum). Penyakit ini juga boleh menjejaskan seluruh dinding usus iaitu kawasan yang terjejas boleh merebak ke kawasan kolon yang sihat.

Simptom IBD mungkin dikaitkan dengan:

  • Sistem imun terlampau aktif lalu menyebabkan keradangan
  • Pencetus virus atau bakteria
  • Pencetus persekitaran
  • Faktor genetik

Lain-lain simptom IBD boleh merangkumi:

  • Lesu
  • Hilang berat badan
  • Sakit abdomen
  • Cirit-birit
  • Pendarahan rektum bersela
Hemoroid

Lebih dikenali sebagai buasir, hemoroid berlaku apabila vena membengkak dalam dubur dan rektum bawah anda, yang biasanya disebabkan oleh meneran semasa membuang air besar.

Simptom mungkin dikaitkan dengan:

  • Benjolan atau benjolan-benjolan pada dubur yang kecil, sensitif dan/atau sakit
  • Sakit, gatal-gatal dan/atau ketidakselesaan di sekeliling kawasan dubur
  • Pendarahan tidak sakit semasa membuang air besar
Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

Penyakit ini disebabkan oleh refluks asid yang kerap berulang, iaitu asid perut mengalir ke atas ke arah tekak disebabkan kelonggaran tidak normal pada gegelang otot sfinkter esofagus bawah.

Simptom biasa bagi GERD termasuk:

  • Pedih ulu hati selepas makan (rasa terbakar dalam dada atau tekak)
  • Rasa masam dalam mulut

Anda boleh melegakan GERD dengan:

  • Mengelak memakai tali pinggang atau pakaian yang mencerut perut
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengelakkan alkohol dan rokok
  • Mengurangkan saiz hidangan makanan
  • Mengelakkan makanan yang mencetuskan simptom-simptom GERD
  • Tunggu sebentar sebelum baring selepas makan
  • Meninggikan kepala dan tengkuk anda semasa tidur
Kanser Kolorektal

Lebih dikenali sebagai kanser kolon atau rektum, penyakit ini cenderung untuk berkembang apabila sel-sel dalam sesuatu kawasan mula membiak di luar kawalan.

Kebanyakan daripada kanser ini bermula sebagai polip kecil yang belum berkanser. Meskipun kebanyakan pesakit tidak menunjukkan simptom pada peringkat ini (asimptomatik), lama-kelamaan polip ini boleh menjadi kanser. Bergantung pada saiz dan kedalaman pertumbuhan kanser, prognosis mungkin berbeza dan peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Awasi simptom-simptom kanser kolorektum ini:

  • Kekejangan atau kesakitan gastrousus
  • Bergas dan kembung
  • Perubahan dalam membuang air besar (sembelit atau cirit-birit)
  • Najis berdarah/gelap
  • Hilang berat badan
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah
  • Lesu

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital