Vaccine

Vaksin COVID-19

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin COVID-19

Mendapatkan vaksin adalah salah satu langkah terpenting untuk melindungi diri anda dan mereka yang tersayang daripada COVID-19. Ia turut diberikan untuk mencapai imuniti kelompok demi kebaikan orang ramai. Ketahui jenis-jenis vaksin COVID-19, fakta-fakta, maklumat keselamatan, penerima yang layak, soalan-soalan lazim dan banyak lagi.

Di Hospital Gleneagles, kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami.
Apa itu vaksin COVID-19?

Vaksin COVID-19 membantu badan kita membina imuniti terhadap virus COVID-19 dengan merangsang sistem imun kita untuk melawan SARSCoV-2 (sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2) bila-bila masa kita terdedah kepadanya.

Berbagai platform seperti penjujukan genetik RNA, sektor virus, menyahaktifkan virus dan unit sampingan protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin-vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia adalah cara terbaik untuk melindungi anda daripada COVID-19.

Vaksin COVID-19 adalah dikawal dan mematuhi Akta-akta berikut:

  • Akta Racun 1952 (Akta 366) dan peraturannya
  • Akta Jualan Dadah 1952 (Akta 368) dan peraturannya
  • Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
  • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)

Kajian telah menunjukkan bahawa mengambil vaksin COVID-19 boleh mengurangkan risiko anda dijangkiti dan menyebarkan virus yang menyebabkan COVID-19. Vaksin juga membantu mengurangkan risiko penyakit teruk dan kematian akibat jangkitan COVID-19 dalam kalangan orang yang telah divaksinasi dengan lengkap.

Jangkitan COVID-19 boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius, walaupun dalam kalangan kanak-kanak. Buat masa ini, tiada cara yang diyakini untuk meramalkan siapa yang akan mendapat penyakit tahap ringan atau teruk, atau siapa yang mungkin mengalami masalah kesihatan jangka panjang selepas dijangkiti COVID-19.

Oleh itu, pastikan anda dan keluarga anda telah divaksinasi dengan lengkap. Ambil dos penggalak apabila anda layak dan pertimbangkan untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk divaksinasi apabila vaksin ada tersedia untuk mereka.

corona-kv-thumbnail

booster-kv-thumbnail

below-12-kv-thumbnail

dt-kv-thumbnail

COVID-19: Penjagaan dan Sokongan
antibody-kv-thumbnail
purchase vaccine

ppv-kv-thumbnail

Memahami Vaksin-vaksin COVID-19

Antara vaksin koronavirus utama yang digunakan sekarang ini termasuk Moderna, Pfizer BioNTech, Sinovac Biotech dan Oxford AstraZeneca.

Meskipun vaksin-vaksin ini melindungi kita daripada COVID-19 yang bergejala, masih tidak jelas jika ia mampu menghentikan penyebaran virus SARS-CoV-2, iaitu punca bagi COVID-19. Jadi, meskipun anda telah mengambil vaksin COVID-19, anda masih patut terus berjaga-jaga untuk melindungi diri anda dan mereka di sekeliling anda.

Jenis-jenis vaksin mRNA Vektor virus Virus tak teraktif

Sumber maklumat: AKADEMI SAINS MALAYSIA

  • Teknologi dan vaksin COVID-19
  • Kedua-dua vaksin Moderna dan Pfizer BioNTech menggunakan teknologi mRNA (pengutus RNA) dan vaksin-vaksin mRNA ini belum pernah diluluskan penggunaannya untuk mana-mana penyakit. Namun, FDA telah memberikan kelulusan kecemasan untuk menggunakannya.

    Bagi vaksin-vaksin mRNA, kepingan kod genetik virus tersebut akan disuntik ke dalam badan untuk merangsang sistem imun yang akan membolehkan badan melindungi dirinya daripada koronavirus.

    mRNA dalam badan akan diuraikan sepenuhnya dalam masa 48 jam. Oleh kerana ia tidak memasuki nukleus manusia, maka ia tidak akan menjejaskan DNA manusia. Kedua-dua vaksin mRNA Moderna dan Pfizer memerlukan 2 dos untuk memberikan perlindungan yang mencukupi, dan dos-dos perlu diberikan dalam selang masa 3 dan 4 minggu.

    Vaksin-vaksin Oxford AstraZeneca dan Sinovac Biotech menggunakan virus penghantar terubah suai (yang biasanya menyebabkan gejala seperti selesema) untuk memperkenalkan protein virus SARS-CoV-2 ke dalam sistem imun, seterusnya membentuk pelindung terhadapnya. Virus penghantar ini akan dilemahkan atau diubah suai supaya orang tersebut tidak akan mendapat selesema bila disuntik dengan vaksin ini.

Mengapakah vaksinasi COVID-19 adalah penting?

Program imunisasi COVID-19 kebangsaan oleh kerajaan Malaysia membentuk langkah penting untuk menghentikan pandemik ini. Manfaat daripada program imunisasi termasuk;

  • Mencegah seseorang daripada dijangkiti COVID-19 atau sakit teruk akibat daripada COVID-19.
  • Menghentikan penyebaran COVID-19 kepada orang lain.
  • Untuk mencapai imuniti kelompok di mana sejumlah besar populasi telah dilindungi daripada virus dengan mengambil vaksin, bagi menyukarkan penyebaran penyakit tersebut.
  • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)
Vaksinasi COVID-19 – Selamat untuk Wanita Hamil dan Ibu yang Menyusu Anak?

Kemas kini: Pada 25 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa hanya vaksin Pfizer yang dibenarkan untuk wanita yang hamil antara 14 dan 33 minggu, atau mereka harus menunda vaksinasi sehingga selepas bersalin. Vaksin AstraZeneca dan vaksin Sinovac tidak disarankan pada waktu ini. Bagi ibu yang menyusu anak, kedua-dua vaksin Pfizer dan AstraZeneca adalah sesuai untuk mereka. Pada masa ini, vaksin Sinovac tidak disarankan untuk wanita hamil disebabkan kekurangan data klinikal. Ibu yang menyusu anak dan ingin bertukar kepada vaksin Sinovac perlu bertanya dengan doktor pakar mereka terlebih dahulu sebelum divaksinasi.

Vaksin Ibu yang Hamil Ibu yang Menyusu

Sumber maklumat: Kementerian Kesihatan Malaysia

Badan kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia menggalakkan orang awam yang layak, untuk divaksinasi. Ini kerana, jika semakin ramai orang telah divaksinasi, kemungkinan berlakunya jangkitan akan menurun. Ini seterusnya akan menyukarkan lagi penyebaran virus, dan komuniti akan bertambah selamat jika lebih ramai orang telah divaksinasi.
Tetapi, bagaimana jika anda hamil atau sedang menyusu anak? Adakah mendapatkan vaksin COVID-19 (benar-benar) selamat?

Adakah selamat untuk anda dapatkan vaksin jika anda hamil?
Buat masa ini, data untuk menilaikan keselamatan vaksin-vaksin COVID -19 bagi wanita hamil dan ibu yang menyusu anak adalah amat terhad disebabkan kekurangan pengujian klinikal semasa menghasilkan vaksin COVID-19. Bagaimanapun, berdasarkan data keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin semasa di pasaran, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mendapati sebarang sebab untuk percaya akan adanya risiko spesifik yang lebih buruk daripada manfaat mengambil vaksin bagi wanita hamil. Malahan, beberapa kajian yang dijalankan tidak mendapati sebarang kesan mudarat terhadap pertumbuhan janin.

Selain itu, wanita hamil dan ibu yang menyusu anak juga pernah mengambil vaksin-vaksin lain seperti tetanus toksoid, influenza dan pertusis sebagai contoh. Jika anda masih ragu-ragu, kami cadangkan anda berjumpa dengan OB-GYN anda untuk mendapatkan nasihat dan membincangkan kesesuaian anda untuk mengambil vaksinasi COVID -19.

Adakah selamat untuk anda dapatkan vaksin jika sedang menyusu anak?
Meskipun hanya terdapat sedikit data tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin COVID -19 bagi wanita hamil atau ibu yang menyusu anak, tiada risiko vaksin COVID-19 terhadap ibu yang menyusu anak yang telah dikenal pasti.
Ini kerana vaksin-vaksin yang berada dalam pasaran sekarang ini adalah vaksin tak bereplikasi. Vaksin-vaksin tak bereplikasi boleh menghasilkan respons imun tetapi, tidak akan membiak dalam sel-sel perumah – ini bermakna vaksin itu tidak mungkin dapat disampaikan kepada anak anda melalui susu badan.

Jadi, adakah vaksinasi (benar-benar) selamat bagi wanita hamil dan ibu yang menyusu anak?
  • Wanita hamil atau ibu yang menyusu anak digalakkan untuk mempertimbangkan mengambil vaksin COVID -19 khususnya jika anda bekerja dalam barisan hadapan contohnya, pekerja penjagaan kesihatan atau anda ada masalah perubatan. Namun, keputusannya harus dibuat secara bersama oleh ibu dan perundingnya. Beliau patut mendapatkan kelulusan daripada perunding sebelum mempertimbangkan mendapatkan vaksin COVID-19.
  • Meskipun terdapat data terhad tentang potensi kesan-kesan daripada vaksin Covid-19 kepada ibu hamil dan ibu yang menyusu anak, Kementerian Kesihatan akan membenarkan mereka disuntik jika kebaikan divaksinasi melebihi risikonya. Bagaimanapun, keputusan untuk membenarkan atau melarang ibu-ibu ini mengambil suntikan vaksin mesti dibuat oleh seorang pakar, selepas risiko berpotensi baginya telah dinilaikan

Salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah wanita yang hamil dan juga daripada golongan yang disarankan menerima vaksin Covid-19, seperti pekerja penjagaan kesihatan, boleh memilih untuk divaksinasi selepas berbincang dengan doktor mereka.

Rujukan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (Dikemas kini pada Februari 2021) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Dikemas kini pada Februari 2021)

“Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi”. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diakses daripada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/panduan/panduan-vaksinasi-untuk-ibu-mengandung-dan-ibu-menyusukan-bayi

Vaksin COVID-19 – Selamat untuk orang yang ada masalah jantung?

Bolehkah individu yang mempunyai penyakit kardiovaskular atau masalah jantung mengambil vaksin COVID-19?
Ringkasnya, ya. Malahan, pesakit jantung amat digalakkan mengambil vaksin COVID-19 kerana ia boleh membantu melindungi mereka daripada dijangkiti virus itu. Ini sebabnya.

Menurut kajian, pesakit jantung berisiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan jika dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang tiada sejarah masalah jantung. Sebab itulah pesakit jantung termasuk dalam kumpulan orang yang diutamakan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bersama dengan penghidap penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan lain-lain.

Jadi, jika anda mempunyai masalah jantung, atau jika ahli keluarga anda adalah pesakit jantung, anda patut membawa atau menasihati ahli keluarga anda untuk mengambil vaksin COVID-19 – tindakan anda ini akan dapat melindungi diri anda dan juga mereka yang tersayang daripada COVID-19.

Kami faham jika anda bimbang tentang keselamatan vaksin COVID-19, khususnya jika anda atau mereka yang tersayang mempunyai masalah perubatan yang sedia ada. Adakah ia akan memburukkan lagi penyakit itu atau menyebabkan kesan-kesan sampingan yang lebih teruk?

Adakah penghidap penyakit kardiovaskular atau sakit jantung akan mengalami apa-apa kesan sampingan?
Vaksin COVID-19 mRNA yang ada di pasaran sekarang ini telah menunjukkan yang ia selamat untuk diambil oleh pesakit jantung. Ini kerana mereka yang ada masalah perubatan sedia ada seperti diabetes, masalah jantung, hipertensi dan kolesterol tinggi telah menjalani ujian klinikal awal. Maknanya, vaksin-vaksin telah dicuba dan diuji oleh orang yang mempunyai masalah perubatan yang sama dengan anda dan vaksin tersebut telah didapati bermanfaat bagi mereka.

Dari segi kesan sampingan, kebanyakan vaksin berkemungkinan untuk menghasilkan kesan sampingan. Penting untuk difahami bahawa kedua dua vaksin mRNA PfizerBioNTech dan Moderna ada membawa kesan-kesan sampingan biasa seperti sakit, kemerahan atau bengkak pada kawasan otot bahu di mana suntikan telah dicucuk, selain kelesuan, sakit kepala, sakit otot, rasa sejuk, demam dan loya. Gejala ini biasanya akan hilang dalam sehari dua. Jika gejala berpanjangan, sila bertanya dengan pakar kesihatan profesional untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Tetapi, jika anda ada sejarah reaksi alergi kepada sebarang komponen (ramuan aktif atau pengantara, atau bahan yang terlibat dalam proses) vaksin tersebut atau vaksin-vaksin yang serupa, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin – sekurang-kurangnya sehingga lebih banyak data keselamatan diperoleh.

Patutkah anda mendapatkan vaksin jika anda menghidap penyakit kardiovaskular atau masalah jantung?
Ya, anda patut. Kementerian Kesihatan menasihatkan semua orang yang layak dari segi kesihatan, untuk mendapatkan vaksin. Ini kerana, semakin ramai orang telah divaksinasi, semakin lambat virus tersebut tersebar. Hasilnya, komuniti kita akan menjadi lebih selamat.

Bagaimanapun, jika anda masih bimbang tentang keselamatan vaksinasi ini, kami galakkan anda untuk bertanya dengan doktor anda. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami. Doktor kami boleh menilaikan sejarah perubatan dan alergi anda untuk menentukan kelayakan anda mengambil vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, jika anda masih ada kebimbangan, sila dapatkan nasihat daripada doktor perunding anda.

Rujukan

1. “Patutkah pesakit jantung mengambil vaksin COVID-19?”. Yayasan Jantung Singapura.
Diakses daripada https://www.myheart.org.sg/press-and-media/heart-news/heart-patient-and-covid19-vaccine/
2. “Kesan-kesan varian virus terhadap vaksin-vaksin COVID-19”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (1 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-effects-of-virus-variants-on-COVID-19-vaccines
3. Merschel, M. “What heart and stroke patients should know about COVID-19 vaccines”. Persatuan Jantung Amerika.
Diakses daripada https://www.heart.org/en/news/2021/01/15/what-heart-and-stroke-patients-should-know-about-COVID-19-vaccines
4. “VAKSINASI COVID-19”. Kementerian Kesihatan Singapura (n.d).
Diakses daripada https://www.moh.gov.sg/COVID-19/vaccination

Tiada seorang pun yang dapat menjangka kehidupan kita akan berubah apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia secara tiba-tiba. Kini, kita terpaksa menerima kehidupan dalam 'norma baharu'. Dan kita masih belum biasa melalui keadaan ini. Awal tahun ini, ada harapan baharu apabila beberapa syarikat farmaseutikal mula mengeluarkan vaksin COVID-19 yang sudah lama ditunggu-tunggu. Semakin hari berlalu, semakin banyak pengeluaran vaksin-vaksin ini.

Ini adalah langkah yang betul untuk diambil kerana ia dapat menyediakan kita untuk kembali kepada kehidupan normal dengan mencapai imuniti kelompok - iaitu populasi besar yang imun kepada sesuatu virus. Melalui imuniti kelompok, risiko berlakunya letusan besar-besaran –seperti yang berlaku pada tahun lepas – akan menurun dengan ketara. Bagaimanapun, masih ada dua soalan penting yang belum terjawab – bolehkah anda masih dijangkiti COVID-19 selepas mengambil vaksin, dan adakah anda layak mengambil vaksin jika pernah diuji positif untuk virus itu? Mari kita lihat jawapannya bersama-sama.

Bolehkah individu yang telah divaksinasi mendapat COVID-19?

Mula-mula, kita perlu faham bahawa vaksin-vaksin COVID-19 yang dikeluarkan telah didapati berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Tetapi, masih ada sedikit kemungkinan bahawa anda boleh dijangkiti COVID-19 meskipun telah divaksinasi. Kemungkinan ini adalah amat tipis dan memandangkan vaksinasi sedang dijalankan dengan pantas, risiko bagi jangkitan COVID-19 juga akan berkurangan.

Penting juga untuk kita sedari bahawa vaksin koronavirus mungkin belum sempat untuk menyediakan perlindungan yang penuh - dan bukan kerana ia tidak berkesan terhadap COVID-19. Ini sebabnya vaksinasi mRNA perlu diberikan dalam dua dos dan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mengaktifkan respons sistem imun kita sepenuhnya.

Jadi, meskipun seseorang itu telah mendapatkan vaksinasi, penting untuk terus mengamalkan penjarakan sosial atau fizikal selain menjaga kebersihan asas.

Bolehkah orang yang pernah didiagnosis dengan COVID-19 divaksinasi?

Individu tersebut boleh mengambil vaksin setelah sembuh daripada penyakit akut itu (jika terdapat gejala) dan telah memenuhi kriteria untuk hentikan pengasingan. Mengapa? Mengambil vaksin boleh menguatkan lagi respons sistem imun kepada jangkitan COVID-19 sebelumnya berbanding imuniti semula jadi yang dibekalkan oleh badan.

Malahan, mereka yang telah sembuh daripada COVID-19 didapati memiliki antibodi sehingga 10 kali lebih tinggi berbanding individu yang telah divaksinasi dan tidak didapati positif untuk COVID-19 sebelum ini. Tetapi, mereka yang mempunyai imuniti sedia ada telah mengalami kesan-kesan sampingan sistemik seperti lebih kerap berasa lesu, sakit kepala, rasa sejuk, demam, dan sakit otot serta sendi. Ini sebabnya kategori ini digalakkan mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.

Adakah kehidupan akan kembali normal bagi mereka yang telah divaksinasi?

Harap-harap, ia akan kembali normal. Perkara terpenting yang perlu dibuat sebagai warga yang baik adalah mendaftar untuk vaksinasi. Bagaimanapun, mendapatkan vaksinasi COVID-19 tidak patut dijadikan pengganti bagi langkah berjaga-jaga yang asas. Kita mesti ingat untuk sentiasa bekerjasama dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka apabila keluar, dan mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial. Dengan cara ini, kita semakin hampir untuk mengalahkan pandemik ini buat selama-lamanya.

Rujukan

1. “Penyakit Koronavirus (COVID-19): Vaksin-vaksin”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (28 Oktober 2020).
Diakses daripada https://www.who.int/news-room/q-a-detail/coronavirus-disease-(covid-19)-vaccines
2. “Maklumat tentang Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (4 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Pfizer-BioNTech.html
3. “Maklumat tentang Vaksin COVID-19 Moderna”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (4 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Moderna.html
4. “Perkara Penting untuk Diketahui Tentang Vaksin-Vaksin COVID-19”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (13 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/keythingstoknow.html
5. Wise, J. “Covid-19: Orang yang pernah dijangkiti mungkin hanya perlukan satu dos vaksin mRNA”. thebmj (2 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.bmj.com/content/372/bmj.n308

Menurut kajian, apa-apa virus biasanya akan berkembang menjadi varian-varian baharu. Ringkasnya, virus-virus ini boleh bermutasi selepas beberapa lama. Ini tidak bermakna ia adalah sejenis virus yang baharu, tetapi ia adalah sebahagian lain daripada virus yang sama.

Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah seperti sebahagian daripada keluarga yang sama. Buat masa ini, strain-strain baharu ini tidak banyak berbeza daripada apa yang kita sudah faham tentang virus asalnya. Meskipun ramai orang yang akan panik terutamanya kerana kita asyik mendengar berita tentang varian baharu COVID-19, kita perlu fahami dahulu cara mutasi ini berlaku.

Memang benar, strain baharu boleh menambahkan atau menurunkan risiko sesuatu virus menjadi berjangkit. Strain ini juga boleh menjejaskan keterukan atau tahap sesuatu jangkitan. Jadi, bagaimana strain baharu ini boleh menjejaskan keterukan gejala COVID-19? Adakah ia menjejaskan keberkesanan vaksin-vaksin berlainan yang sedia ada? Mari kita mendalami perkara ini.

Bolehkan strain virus baharu menyebabkan gejala COVID-19 yang lebih teruk?

Sebelum kita mendalaminya, penting untuk kita tahu bahawa strain virus berlaku disebabkan perbezaan dalam lokasi geografi. Anda mungkin bertanya, apa maknanya ini? Ini bermakna negara atau rantau yang berlainan mungkin menghadapi virus utama yang sama, tetapi strain virus yang baharu dan berlainan boleh muncul di tempat-tempat ini hanya atas sebab-sebab geografi. Contohnya, strain virus yang telah mula-mula dikesan di UK. Strain virus ini yang juga dikenali sebagai B117, telah didapati meningkatkan risiko kebolehjangkitan sebanyak 50% berbanding virus asal COVID-19. Wah!

Strain Afrika Selatan - B1351 - pula, didapati 50% lebih mudah berjangkit berbanding virus asal COVID-19. Begitu juga dengan strain virus P1 yang mula-mula dikesan di Brazil, dan mempunyai kadar kebolehjangkitan sebanyak 2.2 kali lebih tinggi daripada varian B117. Ini adalah agak serius, tetapi adakah risiko kebolehjangkitan yang lebih tinggi bermakna gejala COVID-19 akan bertambah teruk?

Sementara itu, B117 (UK) dan B1351 (Afrika Selatan) tidak didapati menjejaskan tahap gejala COVID-19 yang dialami. Bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk memahami tahap gejala COVID-19 yang dialami oleh mereka yang dijangkiti strain P1 (Brazil).

Baru-baru ini, strain yang didapati di India (B.1.617) telah meningkatkan jangkitan harian dalam negara tersebut dengan ketara, sepanjang beberapa minggu lepas. Meskipun masih terlalu awal untuk mengatakan strain ini yang telah menyebabkan penyebaran pantas di India, tetapi pakar-pakar melihatnya sebegitu. Ia turut digelar sebagai “mutasi besar” yang akan merebak ke seluruh dunia. Alamak! Strain ini telah dikesan di negara seperti Jerman, Belgium dan juga di U.K.

Itulah sebabnya penting untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga asas dan mendapatkan vaksin secepat mungkin. Dengan cara ini, anda dapat menjalankan kewajipan sivik anda sebagai warga yang bertanggungjawab dengan mencegah penyebaran strain baharu ini.

Bolehkah strain virus baharu menjejaskan keberkesanan vaksin-vaksin berlainan yang sedia ada?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada sebab untuk kita percaya bahawa strain-strain virus COVID-19 ini boleh menghilangkan keberkesanan mana-mana vaksin. Jadi, kita semua boleh rasa lega sekarang! Ini kerana vaksin COVID-19 dapat melindungi badan kita apabila ia bertindak dengan sistem imun kita, yang merupakan pertahanan semula jadi badan terhadap jangkitan virus. Melaluinya, pertahanan semula jadi badan kita akan meliputi berbagai jangkitan COVID-19, termasuk varian-varian baharu.

Berita baiknya pula adalah, vaksin-vaksin yang sedia ada mungkin boleh diubah supaya ia dapat melindungi kita daripada strain-strain virus COVID-19 yang berlainan1. Ini adalah penting jika selepas ini, data menunjukkan strain-strain baharu ini boleh menghilangkan keberkesanan vaksin-vaksin COVID-19. Tetapi, berita seperti ini belum lagi diterima. Alangkah leganya!

Apakah yang anda boleh buat untuk mencegah strain virus COVID-19?

Muktamadnya, penting untuk anda mengambil vaksin secepat yang mungkin bagi mencegah jangkitan COVID-19. Dengan mengurangkan penyebaran virus utama ini, anda boleh membantu menurunkan risiko menghasilkan strain-strain virus baharu di negara atau rantau anda. Mudah sahaja, bukan? Pada waktu yang sama, anda disarankan meneruskan mengamalkan langkah-langkah asas seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial di tempat-tempat awam. Ini akan dapat membantu mengurangkan kebolehjangkitan virus COVID-19 utama, sambil mengurangkan risiko strain virus COVID-19 sama sekali1. Anda boleh lakukannya!

Rujukan

1. “Kesan varian virus terhadap vaksin COVID-19”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (01 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-effects-of-virus-variants-on-covid-19-vaccines
2. Gambaran Keseluruhan dan Keselamatan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (21 Mei 2021).

3. CJuan C. Salazar, MD, MPH, FAAP.“Apakah Strain-strain Baharu COVID-19, dan Adakah Ia Lebih Mudah Menjangkiti Kanak-kanak?”. (01 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.connecticutchildrens.org/coronavirus/what-is-the-new-b117-strain-of-covid-19-and-does-it-more-easily-infect-kids/
4. Simon Clarke.“Varian koronavirus Brazil: apakah ini dan mengapa ia membimbangkan? Penerangan dari pakar”. (03 Mac 2021).
Diakses daripada https://theconversation.com/brazil-coronavirus-variant-what-is-it-and-why-is-it-a-concern-an-expert-explains-156234
5. “Varian COVID baharu dengan 5 mutasi telah dikenal pasti di California”. Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (12 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2021/02/new-covid-variant-5-mutations-identified-california
6. David Kennedy. “Perkara yang anda perlu tahu tentang varian-varian COVID-19 yang baharu”. (16 Januari 2021).
Diakses daripada https://theconversation.com/what-you-need-to-know-about-the-new-covid-19-variants-153366
7. “Klasifikasi dan Definisi bagi Varian SARS-CoV-2”. Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (25 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/cases-updates/variant-surveillance/variant-info.html
8. Gayathri Vaidyanathan. “Penyebaran Varian-varian Koronavirus di India — pemahaman ahli sains setakat ini”. (11 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.nature.com/articles/d41586-021-01274-7

Semasa pandemik ini, berjumpa dengan doktor untuk masalah ortopedik (sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf) boleh meresahkan anda. Lainlah kalau anda pergi ke sana untuk mendapatkan suntikan COVID-19. Mengapa, anda bertanya? Suntikan ini bermanfaat jika anda ada masalah kesihatan sedia ada, kerana anda lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 berbanding orang yang tiada masalah kesihatan. Jawapan yang mudah!

Oleh itu, penting untuk anda mempertimbangkan untuk segera mendapatkan vaksinasi jika anda layak. Anda mungkin akan bertanya: adakah ia selamat untuk memberikan vaksin COVID-19 kepada orang yang akan menjalani pembedahan ortopedik? Mari kita dapatkan jawapannya bersama-sama.

Adakah selamat bagi orang yang akan menjalani pembedahan ortopedik untuk mengambil vaksin COVID-19?

Umumnya, mengambil vaksin COVID-19 adalah selamat jika kesihatan anda membenarkannya. Namun, jika anda akan menjalani pembedahan, anda harus bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebelum divaksinasi. Kemungkinan besar, doktor akan menasihati anda untuk tidak mengambilnya sebelum pembedahan.

Ini kerana sebarang kesan sampingan daripada vaksin boleh menjejaskan hasil pembedahan tersebut. Contohnya, sebarang kesan sampingan biasa seperti demam atau sakit otot boleh melambatkan pemulihan atau memanjangkan masa penghospitalan. Sebaliknya, pesakit yang mengalami trauma fizikal (tulang retak, patah atau terkehel) akibat kemalangan kereta, terjatuh atau kecederaan sukan, mungkin akan ditanya semasa tiba di jabatan Kecemasan, sama ada mereka telah mendapat vaksinasi COVID-19.

Bagi penghidap penyakit tulang atau penyakit berkaitan darah (kanser tulang, osteoporosis, dan leukemia) yang teruk dan boleh menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut, mereka juga harus bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil vaksin COVID-19. Lebih baik kita berjaga-jaga daripada menyesal kemudian.

Adakah selamat untuk mengambil vaksin COVID-19 bersama dengan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan?

Ya, adalah selamat bagi seseorang yang telah diberikan ubat tahan sakit seperti steroid untuk sakit sendi atau keradangan, untuk mendapatkan vaksin COVID-192. Mereka juga disarankan bertanya dengan klinisian yang bertugas untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Berita baik ini pasti akan menggembirakan warga emas. Mengapa warga emas, anda bertanya? Pertama sekali, umur yang lanjut boleh menambahkan risiko kecederaan atau mendapat masalah ortopedik 3. Contohnya, masalah artritis yang perlu diberikan ubat bagi menguruskan kesakitan akibat sendi yang bengkak atau nyeri. Aduh!

Pada waktu yang sama, usia tua juga boleh melemahkan fungsi sistem imun (pertahanan semula jadi badan) dan meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti COVID-194. Sebab itu penting untuk warga emas mengutamakan vaksinasi mereka, kerana ia boleh membantu melindungi mereka daripada kesan yang memudaratkan akibat jangkitan COVID-194.

Jika anda tidak pasti tentang pengambilan vaksin COVID-19 semasa mengambil steroid, sila bercakap dengan pakar ortopedik kami terlebih dahulu supaya anda dapat membuat keputusan yang terbaik bagi anda.

Patutkah anda mengambil vaksin sebelum pembedahan ortopedik?

Ya. Tetapi, kami cadangkan anda bercakap dengan mana-mana doktor kami terlebih dahulu. Mereka yang paling layak untuk menentukan sama ada anda sesuai untuk mengambil vaksin COVID-19, atau berisiko untuk mengalami masalah kesihatan akibat vaksinasi. Keputusan doktor untuk tidak membenarkan anda mengambil vaksin bergantung pada perkara seperti sistem imun yang lemah, kiraan platelet di bawah 50,000, dan sejarah reaksi alergi yang teruk (juga dipanggil anafilaksis) kepada venom, makanan atau ubat tertentu5.

Akhir kata, semua orang perlu bekerjasama untuk mencapai imuniti penuh dalam komuniti kita. Mulakannya dengan mengutamakan vaksinasi dan langkah-langkah pencegahan yang lain seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan sosial.

Rujukan

1. Blouhos, K, dll. “Memahami Risiko Pembedahan Semasa Pandemik COVID-19: Rasional Di Sebalik Keputusan”. Terbaik dalam Pembedahan.
Diakses daripada https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fsurg.2020.00033/full
2. Chakarvarty, K, et al. “Cadangan dan Panduan untuk Terapi Suntikan Steroid dan Pengurusan Vaksin COVID-19 oleh American Society of Pain and Neuroscience (ASPN)”. Dovepress (5 Mac 2021). Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (21 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.dovepress.com/recommendations-and-guidance-for-steroid-injection-therapy-and-covid-1-peer-reviewed-fulltext-article-JPR
3. Anderson, A. S, MD dan Loeser, F. R, MD. “Mengapa Penyakit Osteoartritis ada Berkaitan dengan Umur?”. Perpustakaan Perubatan Negara AS (24 Februari 2010).
Diakses daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2818253/
4. “Perubahan imuniti akibat penuaan”. MedlinePlus.
Diakses daripada https://medlineplus.gov/ency/article/004008.htm
5. “VAKSINASI COVID-19”. Kementerian Kesihatan Singapura (n.d).
Diakses daripada https://www.moh.gov.sg/covid-19/vaccination
6. “Trombositopenia akan menyusuli vaksinasi Pfizer dan Moderna SARS-CoV-2 ”. Pusat Maklumat Bioteknologi Negara.
Diakses daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8014568/

1. Apakah jenis-jenis vaksin?

Antara vaksin koronavirus utama yang digunakan sekarang ini termasuk Moderna, Pfizer BioNTech, Sinovac Biotech dan Oxford AstraZeneca.

Meskipun vaksin-vaksin ini melindungi kita daripada COVID-19 yang bergejala, masih tidak jelas jika ia mampu menghentikan penyebaran virus SARS-CoV-2, iaitu punca bagi COVID-19. Jadi, meskipun anda telah mengambil vaksin COVID-19, anda masih patut terus berjaga-jaga untuk melindungi diri anda dan mereka di sekeliling anda.

Jenis-jenis vaksin mRNA Vektor virus Virus tak teraktif

Sumber maklumat: AKADEMI SAINS MALAYSIA

Teknologi dan vaksin COVID-19

Kedua-dua vaksin Moderna dan Pfizer BioNTech menggunakan teknologi mRNA (pengutus RNA) dan vaksin-vaksin mRNA ini belum pernah diluluskan penggunaannya untuk mana-mana penyakit. Namun, FDA telah memberikan kelulusan kecemasan untuk menggunakannya.

Bagi vaksin-vaksin mRNA, kepingan kod genetik virus tersebut akan disuntik ke dalam badan untuk merangsang sistem imun yang akan membolehkan badan melindungi dirinya daripada koronavirus.

mRNA dalam badan akan diuraikan sepenuhnya dalam masa 48 jam. Oleh kerana ia tidak memasuki nukleus manusia, maka ia tidak akan menjejaskan DNA manusia. Kedua-dua vaksin mRNA Moderna dan Pfizer memerlukan 2 dos untuk memberikan perlindungan yang mencukupi, dan dos-dos perlu diberikan dalam selang masa 3 dan 4 minggu.

Vaksin-vaksin Oxford AstraZeneca dan Sinovac Biotech menggunakan virus penghantar terubah suai (yang biasanya menyebabkan gejala seperti selesema) untuk memperkenalkan protein virus SARS-CoV-2 ke dalam sistem imun, seterusnya membentuk pelindung terhadapnya. Virus penghantar ini akan dilemahkan atau diubah suai supaya orang tersebut tidak akan mendapat selesema bila disuntik dengan vaksin ini.

2. Mengapakah vaksinasi COVID-19 adalah penting?
Mengapakah vaksinasi COVID-19 adalah penting?

Program imunisasi COVID-19 kebangsaan oleh kerajaan Malaysia membentuk langkah penting untuk menghentikan pandemik ini. Manfaat daripada program imunisasi termasuk;

  • Mencegah seseorang daripada dijangkiti COVID-19 atau sakit teruk akibat daripada COVID-19.
  • Menghentikan penyebaran COVID-19 kepada orang lain.
  • Untuk mencapai imuniti kelompok di mana sejumlah besar populasi telah dilindungi daripada virus dengan mengambil vaksin, bagi menyukarkan penyebaran penyakit tersebut.
  • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)
3. Adakah ia selamat untuk wanita hamil dan ibu yang menyusu anak?
Vaksinasi COVID-19 – Selamat untuk Wanita Hamil dan Ibu yang Menyusu Anak?

Kemas kini: Pada 25 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa hanya vaksin Pfizer yang dibenarkan untuk wanita yang hamil antara 14 dan 33 minggu, atau mereka harus menunda vaksinasi sehingga selepas bersalin. Vaksin AstraZeneca dan vaksin Sinovac tidak disarankan pada waktu ini. Bagi ibu yang menyusu anak, kedua-dua vaksin Pfizer dan AstraZeneca adalah sesuai untuk mereka. Pada masa ini, vaksin Sinovac tidak disarankan untuk wanita hamil disebabkan kekurangan data klinikal. Ibu yang menyusu anak dan ingin bertukar kepada vaksin Sinovac perlu bertanya dengan doktor pakar mereka terlebih dahulu sebelum divaksinasi.

Vaksin Ibu yang Hamil Ibu yang Menyusu

Sumber maklumat: Kementerian Kesihatan Malaysia

Badan kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia menggalakkan orang awam yang layak, untuk divaksinasi. Ini kerana, jika semakin ramai orang telah divaksinasi, kemungkinan berlakunya jangkitan akan menurun. Ini seterusnya akan menyukarkan lagi penyebaran virus, dan komuniti akan bertambah selamat jika lebih ramai orang telah divaksinasi.

Tetapi, bagaimana jika anda hamil atau sedang menyusu anak? Adakah mendapatkan vaksin COVID-19 (benar-benar) selamat?

Adakah selamat untuk anda dapatkan vaksin jika anda hamil?

Buat masa ini, data untuk menilaikan keselamatan vaksin-vaksin COVID -19 bagi wanita hamil dan ibu yang menyusu anak adalah amat terhad disebabkan kekurangan pengujian klinikal semasa menghasilkan vaksin COVID-19. Bagaimanapun, berdasarkan data keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin semasa di pasaran, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mendapati sebarang sebab untuk percaya akan adanya risiko spesifik yang lebih buruk daripada manfaat mengambil vaksin bagi wanita hamil. Malahan, beberapa kajian yang dijalankan tidak mendapati sebarang kesan mudarat terhadap pertumbuhan janin.

Selain itu, wanita hamil dan ibu yang menyusu anak juga pernah mengambil vaksin-vaksin lain seperti tetanus toksoid, influenza dan pertusis sebagai contoh. Jika anda masih ragu-ragu, kami cadangkan anda berjumpa dengan OB-GYN anda untuk mendapatkan nasihat dan membincangkan kesesuaian anda untuk mengambil vaksinasi COVID -19.

Adakah selamat untuk anda dapatkan vaksin jika sedang menyusu anak?

Meskipun hanya terdapat sedikit data tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin COVID -19 bagi wanita hamil atau ibu yang menyusu anak, tiada risiko vaksin COVID-19 terhadap ibu yang menyusu anak yang telah dikenal pasti.

Ini kerana vaksin-vaksin yang berada dalam pasaran sekarang ini adalah vaksin tak bereplikasi. Vaksin-vaksin tak bereplikasi boleh menghasilkan respons imun tetapi, tidak akan membiak dalam sel-sel perumah – ini bermakna vaksin itu tidak mungkin dapat disampaikan kepada anak anda melalui susu badan.

Jadi, adakah vaksinasi (benar-benar) selamat bagi wanita hamil dan ibu yang menyusu anak?
  • Wanita hamil atau ibu yang menyusu anak digalakkan untuk mempertimbangkan mengambil vaksin COVID -19 khususnya jika anda bekerja dalam barisan hadapan contohnya, pekerja penjagaan kesihatan atau anda ada masalah perubatan. Namun, keputusannya harus dibuat secara bersama oleh ibu dan perundingnya. Beliau patut mendapatkan kelulusan daripada perunding sebelum mempertimbangkan mendapatkan vaksin COVID-19.
  • Meskipun terdapat data terhad tentang potensi kesan-kesan daripada vaksin Covid-19 kepada ibu hamil dan ibu yang menyusu anak, Kementerian Kesihatan akan membenarkan mereka disuntik jika kebaikan divaksinasi melebihi risikonya. Bagaimanapun, keputusan untuk membenarkan atau melarang ibu-ibu ini mengambil suntikan vaksin mesti dibuat oleh seorang pakar, selepas risiko berpotensi baginya telah dinilaikan

Salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah wanita yang hamil dan juga daripada golongan yang disarankan menerima vaksin Covid-19, seperti pekerja penjagaan kesihatan, boleh memilih untuk divaksinasi selepas berbincang dengan doktor mereka.

Rujukan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (Dikemas kini pada Februari 2021) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Dikemas kini pada Februari 2021)

“Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi”. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diakses daripada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/panduan/panduan-vaksinasi-untuk-ibu-mengandung-dan-ibu-menyusukan-bayi

4. Adakah ia selamat untuk orang yang ada masalah jantung?
Vaksin COVID-19 – Selamat untuk orang yang ada masalah jantung?
Bolehkah individu yang mempunyai penyakit kardiovaskular atau masalah jantung mengambil vaksin COVID-19?

Ringkasnya, ya. Malahan, pesakit jantung amat digalakkan mengambil vaksin COVID-19 kerana ia boleh membantu melindungi mereka daripada dijangkiti virus itu. Ini sebabnya.

Menurut kajian, pesakit jantung berisiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan jika dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang tiada sejarah masalah jantung. Sebab itulah pesakit jantung termasuk dalam kumpulan orang yang diutamakan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bersama dengan penghidap penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan lain-lain.

Jadi, jika anda mempunyai masalah jantung, atau jika ahli keluarga anda adalah pesakit jantung, anda patut membawa atau menasihati ahli keluarga anda untuk mengambil vaksin COVID-19 – tindakan anda ini akan dapat melindungi diri anda dan juga mereka yang tersayang daripada COVID-19.

Kami faham jika anda bimbang tentang keselamatan vaksin COVID-19, khususnya jika anda atau mereka yang tersayang mempunyai masalah perubatan yang sedia ada. Adakah ia akan memburukkan lagi penyakit itu atau menyebabkan kesan-kesan sampingan yang lebih teruk?

Adakah penghidap penyakit kardiovaskular atau sakit jantung akan mengalami apa-apa kesan sampingan?

Vaksin COVID-19 mRNA yang ada di pasaran sekarang ini telah menunjukkan yang ia selamat untuk diambil oleh pesakit jantung. Ini kerana mereka yang ada masalah perubatan sedia ada seperti diabetes, masalah jantung, hipertensi dan kolesterol tinggi telah menjalani ujian klinikal awal. Maknanya, vaksin-vaksin telah dicuba dan diuji oleh orang yang mempunyai masalah perubatan yang sama dengan anda dan vaksin tersebut telah didapati bermanfaat bagi mereka.

Dari segi kesan sampingan, kebanyakan vaksin berkemungkinan untuk menghasilkan kesan sampingan. Penting untuk difahami bahawa kedua dua vaksin mRNA PfizerBioNTech dan Moderna ada membawa kesan-kesan sampingan biasa seperti sakit, kemerahan atau bengkak pada kawasan otot bahu di mana suntikan telah dicucuk, selain kelesuan, sakit kepala, sakit otot, rasa sejuk, demam dan loya. Gejala ini biasanya akan hilang dalam sehari dua. Jika gejala berpanjangan, sila bertanya dengan pakar kesihatan profesional untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Tetapi, jika anda ada sejarah reaksi alergi kepada sebarang komponen (ramuan aktif atau pengantara, atau bahan yang terlibat dalam proses) vaksin tersebut atau vaksin-vaksin yang serupa, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin – sekurang-kurangnya sehingga lebih banyak data keselamatan diperoleh.

Patutkah anda mendapatkan vaksin jika anda menghidap penyakit kardiovaskular atau masalah jantung?

Ya, anda patut. Kementerian Kesihatan menasihatkan semua orang yang layak dari segi kesihatan, untuk mendapatkan vaksin. Ini kerana, semakin ramai orang telah divaksinasi, semakin lambat virus tersebut tersebar. Hasilnya, komuniti kita akan menjadi lebih selamat.

Bagaimanapun, jika anda masih bimbang tentang keselamatan vaksinasi ini, kami galakkan anda untuk bertanya dengan doktor anda. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami. Doktor kami boleh menilaikan sejarah perubatan dan alergi anda untuk menentukan kelayakan anda mengambil vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, jika anda masih ada kebimbangan, sila dapatkan nasihat daripada doktor perunding anda.

Rujukan

1. “Patutkah pesakit jantung mengambil vaksin COVID-19?”. Yayasan Jantung Singapura. Diakses daripada https://www.myheart.org.sg/press-and-media/heart-news/heart-patient-and-covid19-vaccine/

2. “Kesan-kesan varian virus terhadap vaksin-vaksin COVID-19”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (1 Mac 2021). Diakses daripada https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-effects-of-virus-variants-on-COVID-19-vaccines

3. Merschel, M. “What heart and stroke patients should know about COVID-19 vaccines”. Persatuan Jantung Amerika. Diakses daripada https://www.heart.org/en/news/2021/01/15/what-heart-and-stroke-patients-should-know-about-COVID-19-vaccines

4. “VAKSINASI COVID-19”. Kementerian Kesihatan Singapura (n.d). Diakses daripada https://www.moh.gov.sg/COVID-19/vaccination

5. Adakah sistem imun anda akan melindungi anda daripada COVID-19 selepas divaksinasi?

Tiada seorang pun yang dapat menjangka kehidupan kita akan berubah apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia secara tiba-tiba. Kini, kita terpaksa menerima kehidupan dalam 'norma baharu'. Dan kita masih belum biasa melalui keadaan ini. Awal tahun ini, ada harapan baharu apabila beberapa syarikat farmaseutikal mula mengeluarkan vaksin COVID-19 yang sudah lama ditunggu-tunggu. Semakin hari berlalu, semakin banyak pengeluaran vaksin-vaksin ini.

Ini adalah langkah yang betul untuk diambil kerana ia dapat menyediakan kita untuk kembali kepada kehidupan normal dengan mencapai imuniti kelompok - iaitu populasi besar yang imun kepada sesuatu virus. Melalui imuniti kelompok, risiko berlakunya letusan besar-besaran –seperti yang berlaku pada tahun lepas – akan menurun dengan ketara. Bagaimanapun, masih ada dua soalan penting yang belum terjawab – bolehkah anda masih dijangkiti COVID-19 selepas mengambil vaksin, dan adakah anda layak mengambil vaksin jika pernah diuji positif untuk virus itu? Mari kita lihat jawapannya bersama-sama.

Bolehkah individu yang telah divaksinasi mendapat COVID-19?

Mula-mula, kita perlu faham bahawa vaksin-vaksin COVID-19 yang dikeluarkan telah didapati berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Tetapi, masih ada sedikit kemungkinan bahawa anda boleh dijangkiti COVID-19 meskipun telah divaksinasi. Kemungkinan ini adalah amat tipis dan memandangkan vaksinasi sedang dijalankan dengan pantas, risiko bagi jangkitan COVID-19 juga akan berkurangan.

Penting juga untuk kita sedari bahawa vaksin koronavirus mungkin belum sempat untuk menyediakan perlindungan yang penuh - dan bukan kerana ia tidak berkesan terhadap COVID-19. Ini sebabnya vaksinasi mRNA perlu diberikan dalam dua dos dan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mengaktifkan respons sistem imun kita sepenuhnya.

Jadi, meskipun seseorang itu telah mendapatkan vaksinasi, penting untuk terus mengamalkan penjarakan sosial atau fizikal selain menjaga kebersihan asas.

Bolehkah orang yang pernah didiagnosis dengan COVID-19 divaksinasi?

Individu tersebut boleh mengambil vaksin setelah sembuh daripada penyakit akut itu (jika terdapat gejala) dan telah memenuhi kriteria untuk hentikan pengasingan. Mengapa? Mengambil vaksin boleh menguatkan lagi respons sistem imun kepada jangkitan COVID-19 sebelumnya berbanding imuniti semula jadi yang dibekalkan oleh badan.
Malahan, mereka yang telah sembuh daripada COVID-19 didapati memiliki antibodi sehingga 10 kali lebih tinggi berbanding individu yang telah divaksinasi dan tidak didapati positif untuk COVID-19 sebelum ini. Tetapi, mereka yang mempunyai imuniti sedia ada telah mengalami kesan-kesan sampingan sistemik seperti lebih kerap berasa lesu, sakit kepala, rasa sejuk, demam, dan sakit otot serta sendi. Ini sebabnya kategori ini digalakkan mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.

Adakah kehidupan akan kembali normal bagi mereka yang telah divaksinasi?

Harap-harap, ia akan kembali normal. Perkara terpenting yang perlu dibuat sebagai warga yang baik adalah mendaftar untuk vaksinasi. Bagaimanapun, mendapatkan vaksinasi COVID-19 tidak patut dijadikan pengganti bagi langkah berjaga-jaga yang asas. Kita mesti ingat untuk sentiasa bekerjasama dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka apabila keluar, dan mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial. Dengan cara ini, kita semakin hampir untuk mengalahkan pandemik ini buat selama-lamanya.

Rujukan

1. “Penyakit Koronavirus (COVID-19): Vaksin-vaksin”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (28 Oktober 2020).
Diakses daripada https://www.who.int/news-room/q-a-detail/coronavirus-disease-(covid-19)-vaccines

2. “Maklumat tentang Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (4 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Pfizer-BioNTech.html

3. “Maklumat tentang Vaksin COVID-19 Moderna”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (4 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Moderna.html

4. “Perkara Penting untuk Diketahui Tentang Vaksin-Vaksin COVID-19”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (13 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/keythingstoknow.html

5. Wise, J. “Covid-19: Orang yang pernah dijangkiti mungkin hanya perlukan satu dos vaksin mRNA”. thebmj (2 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.bmj.com/content/372/bmj.n308

6. Bagaimanakah strain virus COVID-19 baharu boleh menjejaskan saya?

Menurut kajian, apa-apa virus biasanya akan berkembang menjadi varian-varian baharu. Ringkasnya, virus-virus ini boleh bermutasi selepas beberapa lama. Ini tidak bermakna ia adalah sejenis virus yang baharu, tetapi ia adalah sebahagian lain daripada virus yang sama.

Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah seperti sebahagian daripada keluarga yang sama. Buat masa ini, strain-strain baharu ini tidak banyak berbeza daripada apa yang kita sudah faham tentang virus asalnya. Meskipun ramai orang yang akan panik terutamanya kerana kita asyik mendengar berita tentang varian baharu COVID-19, kita perlu fahami dahulu cara mutasi ini berlaku.

Memang benar, strain baharu boleh menambahkan atau menurunkan risiko sesuatu virus menjadi berjangkit. Strain ini juga boleh menjejaskan keterukan atau tahap sesuatu jangkitan. Jadi, bagaimana strain baharu ini boleh menjejaskan keterukan gejala COVID-19? Adakah ia menjejaskan keberkesanan vaksin-vaksin berlainan yang sedia ada? Mari kita mendalami perkara ini.

Bolehkan strain virus baharu menyebabkan gejala COVID-19 yang lebih teruk?

Sebelum kita mendalaminya, penting untuk kita tahu bahawa strain virus berlaku disebabkan perbezaan dalam lokasi geografi. Anda mungkin bertanya, apa maknanya ini? Ini bermakna negara atau rantau yang berlainan mungkin menghadapi virus utama yang sama, tetapi strain virus yang baharu dan berlainan boleh muncul di tempat-tempat ini hanya atas sebab-sebab geografi. Contohnya, strain virus yang telah mula-mula dikesan di UK. Strain virus ini yang juga dikenali sebagai B117, telah didapati meningkatkan risiko kebolehjangkitan sebanyak 50% berbanding virus asal COVID-19. Wah!

Strain Afrika Selatan - B1351 - pula, didapati 50% lebih mudah berjangkit berbanding virus asal COVID-19. Begitu juga dengan strain virus P1 yang mula-mula dikesan di Brazil, dan mempunyai kadar kebolehjangkitan sebanyak 2.2 kali lebih tinggi daripada varian B117. Ini adalah agak serius, tetapi adakah risiko kebolehjangkitan yang lebih tinggi bermakna gejala COVID-19 akan bertambah teruk?

Sementara itu, B117 (UK) dan B1351 (Afrika Selatan) tidak didapati menjejaskan tahap gejala COVID-19 yang dialami. Bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk memahami tahap gejala COVID-19 yang dialami oleh mereka yang dijangkiti strain P1 (Brazil).

Baru-baru ini, strain yang didapati di India (B.1.617) telah meningkatkan jangkitan harian dalam negara tersebut dengan ketara, sepanjang beberapa minggu lepas. Meskipun masih terlalu awal untuk mengatakan strain ini yang telah menyebabkan penyebaran pantas di India, tetapi pakar-pakar melihatnya sebegitu. Ia turut digelar sebagai “mutasi besar” yang akan merebak ke seluruh dunia. Alamak! Strain ini telah dikesan di negara seperti Jerman, Belgium dan juga di U.K.

Itulah sebabnya penting untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga asas dan mendapatkan vaksin secepat mungkin. Dengan cara ini, anda dapat menjalankan kewajipan sivik anda sebagai warga yang bertanggungjawab dengan mencegah penyebaran strain baharu ini.

Bolehkah strain virus baharu menjejaskan keberkesanan vaksin-vaksin berlainan yang sedia ada?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada sebab untuk kita percaya bahawa strain-strain virus COVID-19 ini boleh menghilangkan keberkesanan mana-mana vaksin. Jadi, kita semua boleh rasa lega sekarang! Ini kerana vaksin COVID-19 dapat melindungi badan kita apabila ia bertindak dengan sistem imun kita, yang merupakan pertahanan semula jadi badan terhadap jangkitan virus. Melaluinya, pertahanan semula jadi badan kita akan meliputi berbagai jangkitan COVID-19, termasuk varian-varian baharu.

Berita baiknya pula adalah, vaksin-vaksin yang sedia ada mungkin boleh diubah supaya ia dapat melindungi kita daripada strain-strain virus COVID-19 yang berlainan1. Ini adalah penting jika selepas ini, data menunjukkan strain-strain baharu ini boleh menghilangkan keberkesanan vaksin-vaksin COVID-19. Tetapi, berita seperti ini belum lagi diterima. Alangkah leganya!

Apakah yang anda boleh buat untuk mencegah strain virus COVID-19?

Muktamadnya, penting untuk anda mengambil vaksin secepat yang mungkin bagi mencegah jangkitan COVID-19. Dengan mengurangkan penyebaran virus utama ini, anda boleh membantu menurunkan risiko menghasilkan strain-strain virus baharu di negara atau rantau anda. Mudah sahaja, bukan? Pada waktu yang sama, anda disarankan meneruskan mengamalkan langkah-langkah asas seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial di tempat-tempat awam. Ini akan dapat membantu mengurangkan kebolehjangkitan virus COVID-19 utama, sambil mengurangkan risiko strain virus COVID-19 sama sekali1. Anda boleh lakukannya!

Rujukan

1. “Kesan varian virus terhadap vaksin COVID-19”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (01 Mac 2021).
Diakses daripada https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-effects-of-virus-variants-on-covid-19-vaccines

2. Gambaran Keseluruhan dan Keselamatan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech”. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (21 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Pfizer-BioNTech.html

3. CJuan C. Salazar, MD, MPH, FAAP.“Apakah Strain-strain Baharu COVID-19, dan Adakah Ia Lebih Mudah Menjangkiti Kanak-kanak?”. (01 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.connecticutchildrens.org/coronavirus/what-is-the-new-b117-strain-of-covid-19-and-does-it-more-easily-infect-kids/

4. Simon Simon Clarke.“Varian koronavirus Brazil: apakah ini dan mengapa ia membimbangkan? Penerangan dari pakar”. (03 Mac 2021).
Diakses daripada https://theconversation.com/brazil-coronavirus-variant-what-is-it-and-why-is-it-a-concern-an-expert-explains-156234

5. “Varian COVID baharu dengan 5 mutasi telah dikenal pasti di California”. Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (12 Februari 2021).
Diakses daripada https://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2021/02/new-covid-variant-5-mutations-identified-california

6. David Kennedy. “Perkara yang anda perlu tahu tentang varian-varian COVID-19 yang baharu”. (16 Januari 2021).
Diakses daripada https://theconversation.com/what-you-need-to-know-about-the-new-covid-19-variants-153366

7. “Klasifikasi dan Definisi bagi Varian SARS-CoV-2”. Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (25 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/cases-updates/variant-surveillance/variant-info.html

8. Gayathri Vaidyanathan. “Penyebaran Varian-varian Koronavirus di India — pemahaman ahli sains setakat ini”. (11 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.nature.com/articles/d41586-021-01274-7

7. Vaksin COVID-19 dan masalah ortopedik

Semasa pandemik ini, berjumpa dengan doktor untuk masalah ortopedik (sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf) boleh meresahkan anda. Lainlah kalau anda pergi ke sana untuk mendapatkan suntikan COVID-19. Mengapa, anda bertanya? Suntikan ini bermanfaat jika anda ada masalah kesihatan sedia ada, kerana anda lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 berbanding orang yang tiada masalah kesihatan. Jawapan yang mudah!

Oleh itu, penting untuk anda mempertimbangkan untuk segera mendapatkan vaksinasi jika anda layak. Anda mungkin akan bertanya: adakah ia selamat untuk memberikan vaksin COVID-19 kepada orang yang akan menjalani pembedahan ortopedik? Mari kita dapatkan jawapannya bersama-sama.

Adakah selamat bagi orang yang akan menjalani pembedahan ortopedik untuk mengambil vaksin COVID-19?

Umumnya, mengambil vaksin COVID-19 adalah selamat jika kesihatan anda membenarkannya. Namun, jika anda akan menjalani pembedahan, anda harus bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebelum divaksinasi. Kemungkinan besar, doktor akan menasihati anda untuk tidak mengambilnya sebelum pembedahan.

Ini kerana sebarang kesan sampingan daripada vaksin boleh menjejaskan hasil pembedahan tersebut. Contohnya, sebarang kesan sampingan biasa seperti demam atau sakit otot boleh melambatkan pemulihan atau memanjangkan masa penghospitalan. Sebaliknya, pesakit yang mengalami trauma fizikal (tulang retak, patah atau terkehel) akibat kemalangan kereta, terjatuh atau kecederaan sukan, mungkin akan ditanya semasa tiba di jabatan Kecemasan, sama ada mereka telah mendapat vaksinasi COVID-19.

Bagi penghidap penyakit tulang atau penyakit berkaitan darah (kanser tulang, osteoporosis, dan leukemia) yang teruk dan boleh menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut, mereka juga harus bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil vaksin COVID-19. Lebih baik kita berjaga-jaga daripada menyesal kemudian.

Adakah selamat untuk mengambil vaksin COVID-19 bersama dengan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan?

Ya, adalah selamat bagi seseorang yang telah diberikan ubat tahan sakit seperti steroid untuk sakit sendi atau keradangan, untuk mendapatkan vaksin COVID-192. Mereka juga disarankan bertanya dengan klinisian yang bertugas untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Berita baik ini pasti akan menggembirakan warga emas. Mengapa warga emas, anda bertanya? Pertama sekali, umur yang lanjut boleh menambahkan risiko kecederaan atau mendapat masalah ortopedik3. Contohnya, masalah artritis yang perlu diberikan ubat bagi menguruskan kesakitan akibat sendi yang bengkak atau nyeri. Aduh!

Pada waktu yang sama, usia tua juga boleh melemahkan fungsi sistem imun (pertahanan semula jadi badan) dan meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti COVID-194. Sebab itu penting untuk warga emas mengutamakan vaksinasi mereka, kerana ia boleh membantu melindungi mereka daripada kesan yang memudaratkan akibat jangkitan COVID-194.

Jika anda tidak pasti tentang pengambilan vaksin COVID-19 semasa mengambil steroid, sila bercakap dengan pakar ortopedik kami terlebih dahulu supaya anda dapat membuat keputusan yang terbaik bagi anda.

Patutkah anda mengambil vaksin sebelum pembedahan ortopedik?

Ya. Tetapi, kami cadangkan anda bercakap dengan mana-mana doktor kami terlebih dahulu. Mereka yang paling layak untuk menentukan sama ada anda sesuai untuk mengambil vaksin COVID-19, atau berisiko untuk mengalami masalah kesihatan akibat vaksinasi. Keputusan doktor untuk tidak membenarkan anda mengambil vaksin bergantung pada perkara seperti sistem imun yang lemah, kiraan platelet di bawah 50,000, dan sejarah reaksi alergi yang teruk (juga dipanggil anafilaksis) kepada venom, makanan atau ubat tertentu5.

Akhir kata, semua orang perlu bekerjasama untuk mencapai imuniti penuh dalam komuniti kita. Mulakannya dengan mengutamakan vaksinasi dan langkah-langkah pencegahan yang lain seperti kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan sosial.

Rujukan

1. Blouhos, K, dll. “Memahami Risiko Pembedahan Semasa Pandemik COVID-19: Rasional Di Sebalik Keputusan”. Terbaik dalam Pembedahan.
Diakses daripada https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fsurg.2020.00033/full
2. Chakarvarty, K, et al. “Cadangan dan Panduan untuk Terapi Suntikan Steroid dan Pengurusan Vaksin COVID-19 oleh American Society of Pain and Neuroscience (ASPN)”. Dovepress (5 Mac 2021). Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (21 Mei 2021).
Diakses daripada https://www.dovepress.com/recommendations-and-guidance-for-steroid-injection-therapy-and-covid-1-peer-reviewed-fulltext-article-JPR
3. Anderson, A. S, MD dan Loeser, F. R, MD. “Mengapa Penyakit Osteoartritis ada Berkaitan dengan Umur?”. Perpustakaan Perubatan Negara AS (24 Februari 2010).
Diakses daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2818253/
4. “Perubahan imuniti akibat penuaan”. MedlinePlus.
Diakses daripada https://medlineplus.gov/ency/article/004008.htm
5. “VAKSINASI COVID-19”. Kementerian Kesihatan Singapura (n.d).
Diakses daripada https://www.moh.gov.sg/covid-19/vaccination
6. “Trombositopenia akan menyusuli vaksinasi Pfizer dan Moderna SARS-CoV-2 ”. Pusat Maklumat Bioteknologi Negara.
Diakses daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8014568/

Soalan-soalan Lazim (FAQ) tentang Vaksin COVID-19

Maklumat Umum Vaksin Covid-19

Gleneagles COVID-19 Self-Care Guide

10 perkara yang anda perlu tahu tentang vaksin COVID-19

Ketahui lebih lanjut
8 Important Steps To Hand Hygiene

Mitos dan salah tanggapan tentang vaksin COVID-19

Ketahui lebih lanjut
Myths on Coronavirus

Fakta Kuarantin Rumah COVID-19 Positif

Ketahui lebih lanjut
Your Safety Always Comes First

Jenis Vaksin

Ketahui lebih lanjut
How to Wear and Remove A Surgical Mask Correctly

Bolehkah anda mendapat COVID-19 dengan selamat selepas diberi vaksin?

Ketahui lebih lanjut
Do's and Don'ts to Reduce Risks of Respiratory Infection for Children

ibu mengandung atau menyusu

Ketahui lebih lanjut
Do's and Don'ts to Reduce Risks of Respiratory Infection for Children

Penyakit Kardiovaskular atau Masalah Jantung?

Ketahui lebih lanjut
Rujukan

Kementerian Kesihatan Malaysia
Akademi Sains Malaysia
Kemas kini terakhir pada Februari 2021

Untuk maklumat terkini tentang Vaksin COVID-19, sila layari Kementerian Kesihatan Malaysia.

corona-kv-thumbnail

dt-kv-thumbnail

ppv-kv-thumbnail

antibody-kv-thumbnail

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital