Psikologi
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Psikologi

Ahli psikologi mendiagnosis dan merawat gangguan emosi dan mental dalam pesakit. Ahli psikologi yang terlatih biasanya akan menganalisis, menyelidik serta menilaikan personaliti pesakit sebelum rawatan diberikan melalui berbagai kaedah psikologi seperti kaunseling, psikoterapi dan relaksasi.

Penilaian Psikologi

 

Penilaian kami disediakan secara spesifik untuk membantu semua pesakit memahami keadaan semasa mereka, dan cara untuk mengatasinya. Penilaian kami turut disesuaikan dengan soalan-soalan tertentu untuk menghasilkan profil yang betul dalam aspek yang perlu diperbaiki.

Ini akan memastikan penilaian dapat mengoptimumkan kekuatan pesakit kami sambil menangani kelemahan dalam aspek hidup mereka yang lain.

 

Pendekatan kami

 

Di Hospital Gleneagles, kami mengambil pendekatan yang lengkap dan bersepadu dalam penjagaan kesihatan mental. Disebabkan kesihatan mental seseorang boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti gen, persekitaran, perhubungan dan pilihan hidup, setiap pesakit akan diuruskan secara individu.

Pendekatan berbilang disiplin dan penyelidikan bersama digunakan dalam penyediaan rawatan, dengan memastikan setiap pesakit menjalani rawatan secara individu dengan meminta mereka menerangkan sejarah mental mereka, supaya kami dapat bekerjasama dengan mereka untuk mencapai keseimbangan fizikal, mental dan emosi.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital