Urologi Pediatrik
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Urologi Pediatrik

Urologi Pediatrik ialah subkepakaran Pembedahan Pediatrik yang memberikan tumpuan kepada merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah urin dan genital. Ahli urologi pediatrik ialah pakar bedah yang boleh mendiagnos, merawat dan mengendalikan penyakit-penyakit ini dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja.

Keadaan urologi dalam kanak-kanak biasanya berbeza daripada apa yang dialami oleh pesakit-pesakit dewasa. Ahli urologi pediatrik berkemahiran dalam mengendalikan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai dan selesa untuk kanak-kanak. Mereka menggunakan alat dan kemudahan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Pembedahan diperlukan bagi kebanyakan keadaan urologi dalam kanak-kanak yang mempunyai kecacatan kongenital. Sesetengah pembedahan urologi dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah invasif minimum seperti laparoskopik dan pembedahan yang dibantu oleh robot.

 

Keadaan Urologi Pediatrik yang Lazim

  • Jangkitan saluran kencing
  • Simptom-simptom jangkitan saluran kencing seperti kerap membuang air kencing, sakit semasa membuang air kencing, urin berbau berkaitan dengan demam panas, urin berdarah, masalah kencing tidur dan disfungsi-disfungsi pundi kencing lain.
  • Varikosele
  • Masalah testis
    • Masalah penurunan testis – testis tidak turun atau kehilangan testis
    • Kilasan testis
    • Kesakitan pada skrotum
  • Keabnormalan pada saluran renal
    • Sumbatan buah pinggang dan anomali duplikasi (buah pinggang dupleks)
    • Refluks vesico-ureterik
    • Keabnormalan ureter
    • Keabnormalan urakus
    • Keabnormalan pundi kencing 
  • Masalah zakar
    • Hipospadias
    • Megaprepus
    • Zakar terbenam
    • Fimosis dan kulup tidak boleh tarik ke belakang
    • Balanitis

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital