Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Gambaran Keseluruhan

Otorinolaringologi, lebih dikenali sebagai Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT) ialah kepakaran pembedahan yang merangkumi pengurusan pembedahan dan perubatan bagi keadaan yang berkaitan dengan telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.

Pakar perubatan yang mempunyai kepakaran perubatan ini adalah dirujuk sebagai pakar otorinolaringologi atau pakar otolaringologi, pakar bedah kepala dan leher atau pakar bedah ENT.

Pasukan Kami

Hospital Gleneagles Pulau Pinang menempatkan pasukan pakar yang komprehensif dalam otorinolaringologi (Telinga, Hidung, dan Tekak – ENT) yang berpengalaman dan berdedikasi dalam menyediakan penjagaan berkualiti tinggi untuk pesakit kami.

Pasukan pakar kami juga meliputi pelbagai subkepakaran, termasuk pembedahan Kepala & Leher, Rinologi & Pembedahan Pangkalan Tengkorak Anterior; membolehkan kami merawat pelbagai jenis keadaan serta memenuhi keperluan pesakit kami yang berbeza.

Perkhidmatan Otorinolaringologi (ENT)

Otologi (Telinga)

Diagnosis, rawatan (perubatan dan pembedahan), dan pengurusan keadaan yang berkaitan dengan telinga yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Jangkitan telinga
  • Penyakit luar telinga
  • Penyakit telinga tengah seperti kolesteatoma dan kanser
  • Hilang pendengaran
  • Tinitus
  • Vertigo/ Pening kepala

Rinologi (Hidung)

Diagnosis, rawatan (perubatan dan pembedahan), dan pengurusan keadaan yang berkaitan dengan hidung yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Septum hidung yang membengkok (septoplasti, turbinoplasti dll)
  • Tumor intranasal dan kanser
  • Alahan hidung
  • Polips hidung
  • Pembedahan septum hidung termasuk turbinoplasti
  • Penyakit sinus paranasal
  • Rinosinusitis
  • Gangguan bau dan rasa

Laringologi (Tekak)

Diagnosis, rawatan (perubatan dan pembedahan), dan pengurusan keadaan yang berkaitan dengan tekak yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Jangkitan tekak termasuk pembedahan tonsil
  • Gangguan menelan dan suara
  • Penyakit laring
  • Kanser tekak

Kepala & Leher

Diagnosis, rawatan (perubatan dan pembedahan), dan pengurusan keadaan yang berkaitan dengan kepala & leher yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Pembedahan pangkalan tengkorak anterior (invasif minimum) termasuk pembedahan pituitari
  • Penyakit adenoid dan tonsil
  • embedahan endokrin kepala & leher
  • Tumor kepala & leher dan kanser
  • Gangguan Apnea Tidur
  • Penyakit kelenjar air liur

Kemudahan Komprehensif

Rawatan yang berjaya dan berkesan didahului dengan diagnosis yang tepat dan siasatan yang sesuai. Diagnosis keadaan dengan betul untuk menentukan pelan rawatan yang berkesan untuk pesakit kami adalah penting.

Dengan kemudahan moden termasuk suite MRI 3T, pengimbas CT 640-Slice, dan pelbagai lagi, kami menjamin hasil klinikal yang terbaik untuk pesakit kami, sambil berusaha untuk menjadikan perjalanan mereka lebih selesa.

MRI 3 Tesla (3T) ialah pengimbas pengimejan resonans magnetik (MRI) lanjutan yang membolehkan diagnosis yang lebih tepat kerana imbasannya yang lebih cepat, lebih terperinci, serta imej yang lebih jelas.

Pengimbas CT Toshiba Aquilion One 640-slice ialah salah satu pengimbas CT volum dinamik yang paling canggih dan pertama di dunia ini boleh didapati di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Kemudahan serba canggih ini membantu pakar Telinga, Hidung Tekak (ENT) kami dalam diagnosis mereka dan rawatan untuk pelbagai keadaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital