Cardiology Services | Best Cardiologists in Penang
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Cardiology Services | Meet the Best Cardiologist in Penang

Sepintas Lalu

Jantung Anda Sangat Penting

Kardiologi adalah bidang kepakaran perubatan yang berkaitan dengan masalah jantung serta organ-organ dalam sistem kardiovaskular. Bidang perubatan ini merangkumi diagnosis dan rawatan masalah seperti kecacatan jantung kongenital, penyakit arteri koronari, kegagalan jantung, penyakit injap jantung dan ritma denyutan jantung tidak normal (elektrofisiologi). Doktor-doktor yang pakar dalam bidang kardiologi, iaitu salah satu cabang perubatan dalaman, dikenali sebagai pakar kardiologi. Pakar bedah yang mengkhususkan dalam pembedahan kardiak, merupakan salah satu cabang pembedahan am, dikenali sebagai pakar bedah kardiak.

Perkhidmatan Rawatan Jantung Berkualiti

Sebagai peneraju dalam bidang kardiologi dan pembedahan kardiak, kami menawarkan perkhidmatan penjagaan jantung dari peringkat awal pengesanan, diagnosis dan juga rawatan.

Hospital Gleneagles Penang mempunyai pakar-pakar kardiak yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, di mana mereka berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kardiovaskular serta mengendalikan keperluan penjagaan kesihatan para pesakit dari semua peringkat usia. Pakar-pakar kardiak kami berpengetahuan luas dan mahir dalam pelbagai prosedur perubatan. Mereka memiliki ijazah perubatan lanjutan dan kelayakan dari institusi-institusi pengajian tinggi di London, Edinburgh, Glasgow, Singapura, Australia dan kota-kota besar yang lain.

Perkhidmatan Kardiak

Perkhidmatan kardiak adalah merupakan salah satu pusat kecemerlangan yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh dalam diagnosis dan rawatan pelbagai keadaan kardiovaskular. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Gleneagles Penang merangkumi teknik tidak invasif sehingga ke prosedur invasif.

Perkhidmatan kami juga merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

Ujian kardiak tidak invasif
  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Ujian Latihan Tekanan
  • Ekokardiografi Dwidimensi Warna Doppler
  • Ekokardiografi Latihan Tekanan
  • Ekokardiografi Tekanan Dobutamine
  • Ekokardiografi Transoesofageal
  • Pemantauan Holter 24 jam
  • Pemantauan Tekanan Darah 24 jam
Ujian dan terapi kardiak invasif
  • Angiografi Diagnostic Koronari (Kateterisasi Kardiak Jantung Kanan & Kiri)
  • Intervensi Koronari Translumen Perkutaneus
    • Angioplasti Belon
    • Prosedur Sten Koronari
    • Litotripsi Gelombang Kejut Intravaskular (IVL)
    • Aterektomi Koronari Berputar (ROTA)
    • Simpanan Alir Berperingkat (FFR)
    • Ultrabunyi Intravaskular (IVUS)
    • Tomografi Kekoherenan Optik Intravaskular (OCT)
  • Implan Perentak Jantung Sementara dan Kekal
    • Implan Defibrilator Intra Kardiak (ICD)
  • Terapi Sinkronisasi Semula Kardiak (CRT)
  • Kajian Elektrofisiologi
    • Ablasi Radiofrekuensi Kardiak
  • Rekonstruksi Endovaskular Aneurisme Aorta dan Diseksi
    • Aneurisme Toraks dan Diseksi (TEVAR)
    • Aneurisme Aorta Abdomen dan Diseksi (EVAR)
  • Terapi Injap Transkateter
    • Penggantian Injap Transkateter Aorta
    • Klip Mitral
    • Penggantian Injap Transkateter Pulmonari
    • Pelbagai intervensi injap dan struktur yang rumit
  • Prosedur Intervensi Penyakit Jantung Kongenital Dewasa
    • Penutupan ASD
    • Penutupan PDA
    • Penutupan PFO dalam strok kriptogenik
  • Valvuloplasti Mitral, Aorta dan Pulmonari Perkutaneus
  • Oklusi Peranti bagi Duktus Arteriosus Terbuka & Kecacatan Septum Atrium
  • Ablasi Septum Myokardium Translumen Perkutaneus (PTSMA)
  • Penyahsarafan Renal bagi Hipertensi Kalis Ubat
  • Angioplasti Periferi dan Implan Sten
    • Implan Sten Karotid
    • Implan Sten Renal
    • Implan Sten Subklavia
    • Implan Sten Ilium, Femur dan Arteri Femur Superfisial (SFA), dan angioplasti bawah lutut
    • Angioplasti Ateriovena Fistula dan Implan Sten

Pembedahan Kardiotoraks

Dengan pasukan profesional yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi, kami berupaya menyediakan perkhidmatan terbaik yang bertaraf dunia dalam semua aspek pembedahan jantung dan bahagian dada bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembedahan Graf Pintas Arteri Koronari
  • Pembedahan Injap
  • Pembedahan aorta
  • Pembedahan penyakit jantung kongenital
  • Pembedahan paru-paru
  • Pembedahan mediastinum

Selain daripada itu, kami juga merupakan salah sebuah hospital di Pulau Pinang dan diantara sesetengah pusat perubatan di Malaysia yang berupaya melakukan rawatan yang sangat rumit seperti rekonstruksi endovaskular.

Perkhidmatan Kardiologi Pediatrik

Hospital Gleneagles Penang merupakan antara pusat rujukan bagi perkhidmatan kardiologi untuk kanak-kanak. Kami menawarkan rawatan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital seperti:

  • Kecacatan Septum Atrium (ASD)
  • Kecacatan Septum Ventrikel (VSD)
  • Tetralogi Fallot (TOF)
  • Transposisi Arteri Utama (TGA)

Perkhidmatan pembedahan kardiak pediatrik yang ditawarkan oleh hospital juga merupakan antara yang terbesar di bahagian Utara Malaysia.

Kemudahan Yang Komprehensif

Rawatan yang berjaya dan berkesan dimulakan dengan diagnosis yang tepat. Adalah penting untuk mendiagnosis sesuatu keadaan dengan tepat bagi menentukan pelan rawatan yang berkesan untuk para pesakit.

Hospital Gleneagles Penang merupakan antara peneraju dalam bidang kardiologi yang dilengkapi dengan kemudahan yang moden termasuk:

  • Unit khas untuk diagnostik kardiak
  • Pelbagai makmal katerisasi kardiak
  • Dewan khas untuk pembedahan kardiak
  • 3T MRI
  • Mesin pengimbas CT 640 imej
  • Unit Rawatan Separa Rapi / Unit Rawatan Rapi / Unit Rawatan Koronari

Hospital Gleneagles Penang juga turut mempunyai unit khas untuk diagnostik kardiak di mana semua aspek berkaitan diagnosis kardiovaskular boleh dilakukan. Kemudahan sehenti ini direkabentuk untuk memudahkan urusan merawat kesihatan para pesakit.

Dengan pelbagai makmal katerisasi kardiak yang disediakan, proses rawatan menjadi lebih pantas dan berkesan. Hospital kami juga menampilkan makmal katerisasi kardiak bersayap kembar yang menyediakan khidmat pengimejan 3D yang pantas dan tepat sekaligus membolehkan pakar-pakar memberikan rawatan yang terbaik untuk para pesakit.

MRI 3 Tesla (3T) merupakan pengimbas pengimejan resonan magnetik (MRI) yang canggih membolehkan diagnosis yang lebih tepat, hasil imbasan yang lebih pantas dan terperinci serta imej yang lebih jelas. Dengan pengimbas 3T MRI yang terkini, ia mampu mengatasi segala cabaran yang timbul dalam imbasan MRI abdomen menggunakan teknologi FREEZEit, iaitu ciri-ciri yang membolehkan pemeriksaan pernafasan bebas bagi mereka yang mempunyai masalah menahan pernafasan.

Pengimbas 640 imej CT Toshiba Aquilion One ditempatkan di Jabatan Pengimejan adalah merupakan salah satu pengimbas CT yang diantara paling dinamik dan berevolusi pada masa kini. Selain melakukan pemeriksaan rutin, pengimbas tersebut juga boleh melakukan angiografi CT (CTA) bagi membantu pakar kardiologi menilai arteri dan juga fungsinya.

Kemudahan perkhidmatan revolusi ini membantu pakar kardiologi dan pakar bedah kardiotoraksi dalam mendiagnosis dan merawat pelbagai keadaan penyakit.

Cardiologists di Gleneagles Hospital Penang

Explore to choose the best cardiologist in Penang that suits your specific heart health needs.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital