Pusat Pembedahan Invasif Minimal
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Pusat Pembedahan Invasif Minimal

Apakah itu Pembedahan Invasif Minimum (MIS)?

MIS, atau pembedahan laparoskopik/ pembedahan "lubang kunci", adalah teknik surgeri moden di mana pembedahan dijalankan melalui insisi kecil (biasanya 0.3–1.5 cm) berbanding insisi lebih besar dalam prosedur surgeri tradisional. Sebelum ini, pembedahan dijalankan menerusi insisi besar bagi memudahkan akses dan kebolehlihatan. Namun, MIS telah berkembang kepada peringkat lanjutan dan kini, setiap prosedur terbuka boleh dilakukan menggunakan teknik MIS.

MIS menawarkan beberapa kelebihan:

  • Memendekkan penginapan hospital
  • Pemulihan lebih pantas
  • Hasil kosmetik lebih baik
  • Kurang sakit
  • Kurang kehilangan darah
  • Berkesan kos

Kami menawarkan pembedahan invasif minimum merentasi berbilang disiplin termasuk:

PengkhususanJenis-jenis Pembedahan
Pembedahan Bariatrik (Obesiti)
  • Belon Intragastrik
  • Pengikatan kantung perut
  • Gastrektomi Kantung Perut
  • Plikasi Gastrik
  • Pintasan Gastrik
THT & Pembedahan Saraf
  • Pembedahan Pituitari Endoskopik
Pembedahan Am
  • Gastrousus Benigna & Kanser (Esofagus, Perut, Apendiks, Usus Besar & Kecil)
  • Hernia (Dinding Abdomen, Groin & dll.)
  • Pembedahan Pankreas Hepatobiliari (Batu Hempedu, Batu CBD, Pseudosista Pankreas & dll.)
  • Limpa
  • Pembedahan Tiroid Endoskopik
  • Gastrostomi Endoskopik Perkutaneus (PEG)
  • Prosedur Diagnostik (Biopsi, dll.)
Ginekologi
  • Laparoskopi Diagnostik + Insuflasi Pewarna
  • Penebukan Ovari Laparoskopik
  • Salpingektomi/ Salpingotomi Laparoskopik
  • Sistektomi, Ooforektomi, Miomektomi Ovari Laparoskopik
  • Histerektomi Vagina Dibantu Laparoskopik, Histerektomi Laparoskopik
Pembedahan saraf
  • Pembedahan dibantu Komputer
  • Kraniotomi
  • Ventrikulostomi, Biopsi
Ortopedik
  • Rekonstruksi & Pembaikan Sendi, Ligamen
Pembedahan Pediatrik
  • Usus
  • Tumor
  • Apendisitis
  • Hernia
Urologi Pediatrik
  • Masalah testis
  • Varikosele
Onkologi Pembedahan
  • Pankreatektomi Distal
  • Kolektomi Laparoskopik
  • Reseksi Mesorektum
  • Pemetaan Nodus Sentinel Bagi Kanser Payudara & Kolon
  • Stent Kolon Bagi Tumor
Pembedahan Toraks
  • Surgeri Torakoskopik dengan Bantuan Video (VATS)
Urologi
  • Tumor, Varikosele

Akses dan Pemantauan

Rongga (dada, abdomen atau sendi) diakses menerusi liang kecil dan rongga akan dikembungkan dengan karbon dioksida (selamat dan tidak memudaratkan) untuk memberikan pandangan yang besar dan tidak terhalang oleh organ yang dibedah, kerana organ-organ lain akan dijauhkan daripada tapak pembedahan.

Trokar (silinder tiub 5-10 mm) dimasukkan menerusi liang saiz ibu jari, dan skop gentian optik dengan kanta (kamera video pembesar berlampu) di hujungnya, akan dimasukkan melalui salah satu trokar ini. Ini akan menghantarkan imej-imej masa nyata (definisi tinggi) ke monitor TV yang boleh dilihat oleh semua orang dalam bilik pembedahan sementara pakar bedah menjalankan surgeri menggunakan pelbagai instrumen lain. Pemegang jarum panjang (sutur), gunting, instrumen pencekam/diseksi, pisau bedah, hujung sedutan, dll., dimasukkan menerusi liang-liang yang lain. Imej-imej struktur pada monitor akan kelihatan 5 kali lebih besar daripada saiz biasa, untuk memudahkan pembedahan.

Pemulihan

Selepas surgeri, pesakit akan dibawa ke bilik pemulihan sementara menunggu kesan anestesia mereda, sebelum diwadkan untuk penjagaan selepas pembedahan. Penilaian dan rawatan sebelum kanser merangkumi vulvoskopi, kolposkopi dan eksisi gelung.

Jika diperlukan, pesakit boleh meminta ubat melegakan sakit seperti:

  • Perubatan oral/ intravena
  • Analgesia kawalan jururawat atau pesakit (NCA atau PCA). (Jumlah pereda sakit yang diperlukan boleh dilaraskan oleh jururawat atau pesakit.)

Selepas surgeri, pesakit mungkin tidak dapat makan atau minum selama beberapa jam dan akan menggunakan titisan intravena.

Tempoh pemulihan mungkin berbeza menurut jenis surgeri, tetapi kebanyakan pesakit akan rasa cukup sihat untuk melakukan aktiviti normal dan kembali bekerja dalam masa seminggu selepas surgeri. Doktor anda akan menasihati bila anda boleh menjalankan aktiviti lebih lasak dan bersukan.

Susulan

Pesakit akan diminta datang kembali untuk pemeriksaan susulan selepas keluar dari hospital. Sila berjumpa dengan doktor jika mana-mana simptom berikut didapati:

  • Sakit teruk (yang tidak dapat dilegakan dengan ubat)
  • Tapak luka kelihatan merah, meradang dan rasa panas di sekitar kulit tersebut
  • Lelehan daripada tapak luka

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik

Diagnostik Gastrousus

Diagnostik Kardiovaskular

ESWL / Pusat Rawatan Batu

Makmal Neurofisiologi

Kemudahan Umum

Bilik Bersalin & Bilik Kanak-kanak

ESWL / Pusat Rawatan Batu

Klinik Pediatrik Malam Harian

Makmal (termasuk perkhidmatan bank darah)

Makmal Katerisasi Kardiak

Pusat Hemodialisis

Pusat Pesakit Antarabangsa

Teater Pembedahan (termasuk dua teater pembedahan digital)

Unit Diagnostik Kardiak

Unit Penjagaan Rapi / Unit Penjagaan Koronari

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital