Radiotherapy Centre
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Pusat Radioterapi

Sebagai pusat onkologi yang terkemuka di Malaysia, Pusat Radioterapi di Hospital Gleneagles Pulau Pinang merawat lebih daripada seribu pesakit setiap tahun.

Ahli-ahli radioterapi kami dilatih untuk merawat kanser-kanser yang berikut:

 

  • Tumor otak
  • Kanser kepala & leher
  • Kanser payudara
  • Kanser paru-paru
  • Kanser gastrousus
  • Kanser genitourinari (termasuk kanser-kanser Ginekologi)
  • Sarkoma tisu lembut

 

 

Kemudahan dan Peralatan Rawatan Kami

Pusat Radioterapi menempatkan dua pemecut linear Elekta yang membolehkan kami menyediakan terapi kanser yang terkini seperti:

 

  • Terapi Radiasi Keamatan Termodulat (IMRT)
  • Terapi Radiasi Dipandu Imej (IGRT)
  • Terapi Arkus Isipadu Termodulat (VMAT)
  • Terapi Arkus Isipadu Termodulat (VMAT)
  • Radioterapi Stereotaktik (SRT)
  • Terapi Radiasi Tubuh Stereotaktik (SBRT)

 

Dilancarkan baru-baru ini pada 3hbDisember 2019, sistem Elekta Versa HD baharu adalah rawatan terapi radiasi terkini yang dibina untuk memperbaiki penjagaan pesakit dan merawat spektrum kanser yang luas.

Sistem Elekta Versa HD berkebolehan untuk menyampaikan radioterapi konvensional dan terapi-terapi terkini seperti radioterapi tubuh sterotaktik (SBRT) dan radiosurgeri (SRS). Sebagai komitmen kami untuk menyediakan rawatan yang terbaik mungkin bagi pesakit kanser kami, sistem baharu ini akan membantu pesakit kami menjalani radioterapi dalam masa lebih singkat, pulih lebih pantas, dan mendapatkan rawatan yang lebih disasarkan sambil mengurangkan kesan-kesan sampingan.

 

Pakar-Pakar Onkologi dan Radioterapi kami

Hospital Gleneagles Pulau Penang menawarkan salah satu pasukan pakar kanser terbesar di utara Malaysia. Pusat Kanser kami menempatkan pasukan pakar berbilang disiplin yang diketuai oleh pakar-pakar Onkologi & Radioterapi, dengan sokongan jururawat yang berpengalaman dan terlatih untuk menguruskan keperluan fizikal dan emosi pesakit kanser kami dengan penuh sensitiviti. Di samping itu, Lembaga Tumor telah ditubuhkan untuk memudahkan pasukan pakar kami menjalankan kajian kes secara tetap dan mendapatkan input sesama mereka tentang pilihan rawatan yang terbaik bagi pesakit kami.

 

Panduan bagi Radioterapi

Apakah itu Radioterapi?

Radioterapi adalah kaedah penggunaan x-ray bertenaga tinggi (dipanggil radiasi pengionan) untuk merawat kanser. Radioterapi disampaikan menggunakan mesin yang dipanggil pemecut lurus, yang menghalakan sinar radiasi untuk merawat kawasan kanser dan kawasan tisu-tisu normal di sekelilingnya.                

 

Bagaimana Radioterapi Berfungsi?

Radioterapi menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser, dan menahannya daripada membesar dan membahagi.

 

Apakah Tujuan Radioterapi?

  • Mematikan seberapa banyak sel kanser yang mungkin sambil mengurangkan kerosakan kepada tisu-tisu normal di sekeliling
  • Mengubati sesetengah kanser jika mungkin, digabungkan bersama dengan rawatan lain seperti kemoterapi dan pembedahan
  • Mengawal kanser dengan mengecutkan tumor atau menahannya daripada merebak
  • Jika penyembuhan tidak mungkin, radioterapi boleh digunakan untuk melegakan sakit/simptom-simptom

 

Apakah Proses untuk Memulakan Radioterapi?

Setelah anda membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan radioterapi, doktor anda akan menerangkan proses kepada anda untuk mempersediakan anda bagi rawatan.

Persetujuan anda akan diperoleh sebelum anda memulakan radioterapi. Doktor anda akan menerangkan proses rawatan, selain risiko dan manfaat bagi radioterapi. Penting untuk anda memahami maklumat yang diberikan sebelum menandatangani borang persetujuan. Sila bertanya dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Kas atau pelitup plastik mungkin perlu ditempah khas untuk anda. Ini akan membantu anda kekal pegun semasa rawatan.

 

Berapa Lama Masa untuk Rawatan?

Setiap sesi rawatan radioterapi akan mengambil kira-kira 10 - 20 minit. Tempoh penuh rawatan adalah mana-mana daripada 1 hari sehingga 9 minggu untuk dilengkapkan.

 

Apakah Kesan Sampingan bagi Radioterapi?

Kesan-kesan sampingan radioterapi adalah berbeza daripada satu individu ke individu yang lain. Kebanyakan kesan sampingan adalah sementara dan akan hilang lama-kelamaan dalam 4-6 minggu selepas rawatan. Juruterapi radiasi anda akan membincangkan kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami pada permulaan rawatan. Sila beritahu doktor atau juruterapi radiasi anda jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan.

Nota: Penting untuk anda bertanya doktor anda jika anda boleh gunakan sebarang ubat, krim atau penawar selain daripada yang dipreskripsikan kerana ia mungkin akan mengganggu rawatan radioterapi.

 

Apa Yang Patut Saya Makan Sepanjang Tempoh Rawatan Saya?

Anda disarankan mengambil diet yang seimbang dan minum banyak cecair sepanjang tempoh rawatan anda.

 

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik

Diagnostik Gastrousus

Diagnostik Kardiovaskular

ESWL / Pusat Rawatan Batu

Makmal Neurofisiologi

Kemudahan Umum

Bilik Bersalin & Bilik Kanak-kanak

ESWL / Pusat Rawatan Batu

Klinik Pediatrik Malam Harian

Makmal (termasuk perkhidmatan bank darah)

Makmal Katerisasi Kardiak

Pusat Hemodialisis

Pusat Pesakit Antarabangsa

Teater Pembedahan (termasuk dua teater pembedahan digital)

Unit Diagnostik Kardiak

Unit Penjagaan Rapi / Unit Penjagaan Koronari

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital