Jadual Imunisasi Kanak-kanak di Malaysia | Hospital Gleneagles

Jadual Imunisasi Kanak-kanak di Malaysia

Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia memastikan setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia akan mendapat akses kepada vaksinasi percuma untuk mencegah beberapa penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak.

Program Imunisasi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

12 jangkitan utama kanak-kanak dilindungi dengan perlindungan imunisasi di Malaysia. Berikut adalah vaksin yang diberikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia.

Vaksin

Huraian

BCG (Bacillus Calmette–Guérin)

Vaksin BCG diberikan semasa lahir untuk memberi perlindungan daripada jangkitan tuberkulosis.

Hepatitis B

Vaksin Hepatitis B dapat melindungi tubuh daripada jangkitan yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati kronik.

DTap

DTap ialah gabungan vaksin untuk melindungi daripada difteria, tetanus dan pertusis (batuk kokol).

Haemophilus influenzae jenis B (Hib)

Vaksin Haemophilus influenzae jenis B (Hib) melindungi tubuh daripada jangkitan pada paru-paru (pneumonia) dan keradangan membran otak (meningitis).

Vaksin polio (IPV)

Vaksin polio (IPV) melindungi tubuh daripada virus polio yang menyebabkan lumpuh akibat jangkitan pada otak.

MMR

MMR ialah gabungan vaksin untuk melindungi daripada campak, beguk dan rubella.

Human Papilomavirus (HPV)

Vaksin human papillomavirus (HPV) melindungi tubuh daripada kanser serviks pada kanak-kanak perempuan.

JE

Vaksin JE melindungi diri daripada Japanese Encephalitis, jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk yang menyebabkan kerosakan otak. Vaksin ini hanya disediakan di Sarawak.

Vaksin pneumokokal (PCV)

Vaksin pneumokokal (PCV) melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia yang merebak melalui titisan pernafasan.

Berikut ialah vaksin pilihan yang boleh dipilih oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak mereka:

  • Vaksin rotavirus (RV): Diberi secara oral untuk melindungi tubuh daripada jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-birit dan muntah.
  • Vaksin influenza (selesema): Diberi setiap tahun untuk melindungi daripada jangkitan influenza yang menyebabkan demam dan batuk.
  • Vaksin cacar air (Varicella): Untuk melindungi daripada jangkitan virus varicella-zoster yang sangat menular.
  • Vaksin konjugat meningokokus: Untuk melindungi daripada meningitis (keradangan lapisan otak) yang disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitides.

Atur janji temu di Hospital Gleneagles

Hubungi kami untuk mengatur janji temu  dengan Pakar Pediatrik untuk rundingan di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau soalan tentang imunisasi atau vaksinasi untuk anak anda.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital