Penyakit Berjangkit

Penyakit Berjangkit

Mikroorganisma patogenik (patogen) seperti bakteria, virus, parasit dan kulat boleh menyebabkan penyakit berjangkit, yang boleh disebarkan secara langsung atau tidak langsung daripada satu orang kepada orang yang lain.

Cara penyakit berjangkit tersebar

Ada banyak cara penyakit berjangkit boleh tersebar.

  1. Titisan dan/atau partikel aerosol dalam udara

    Ada banyak cara penyakit berjangkit boleh tersebar.

    Menyentuh mulut, mata dan hidung anda (tanpa membasuh tangan yang dicemari oleh titisan) boleh menyebabkan anda dijangkiti.

  2. Kontak rapat dengan orang yang dijangkiti

    Jangkitan boleh tersebar secara langsung melalui kulit atau kontak membran mukus dengan orang yang dijangkiti. Membran mukus adalah lapisan lembap pada hidung, mulut, tekak dan alat kelamin seseorang.

    Jangkitan juga boleh tersebar apabila darah atau cecair badan seperti air liur, semen, rembesan vagina orang yang dijangkiti, bersentuhan dengan orang yang lain apabila mereka berciuman atau melakukan aktiviti seksual (kontak seksual).

    Jangkitan boleh berlaku apabila perkakas dan barang peribadi orang yang dijangkiti dikongsi dengan orang lain.

  3. Sentuhan tidak langsung dengan permukaan tercemar

    Kuman yang berada pada objek seperti tombol pintu, perkakas, permukaan meja dan sebagainya juga boleh tersebar secara tidak langsung. Menyentuh permukaan-permukaan ini dan kemudian menyentuh mulut, mata dan hidung (tanpa membasuh tangan) boleh menyebabkan anda dijangkiti.

  4. Pencemaran makanan dan air

    Sesetengah penyakit berjangkit akan tersebar apabila kuman memasuki badan manusia melalui makanan dan air yang tercemar dengan partikel najis daripada orang yang dijangkiti.

  5. Gigitan serangga

    Sesetengah jangkitan bergantung pada serangga pembawa (selalunya nyamuk) yang membawa patogen seperti malaria, virus denggi dan virus Zika untuk berpindah daripada satu hos kepada hos yang lain. Pembawa ini dipanggil vektor.

Penyakit berjangkit biasa
Penyakit berjangkit biasa yang disebabkan oleh virus:
  • Selesema
  • COVID-19
  • Influenza (flu)
  • Cacar air
  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
  • Virus kurang daya tahan manusia (HIV/AIDS)
  • Papilomavirus Manusia (HPV)
  • Beguk, demam campak, rubela
  • Virus Sinsitium Pernafasan (RSV)
  • Kayap
  • Gastroenteritis viral
  • Hepatitis viral
  • Meningitis viral
Penyakit berjangkit biasa yang disebabkan oleh bakteria:
  • Meningitis bakteria
  • Kolera
  • Difteria
  • Jangkitan E.Coli
  • Leptospirosis
  • Jangkitan resistan-methicillin staphylococcus aureus (MRSA)
  • Pertusis (Batuk Kokol)
  • Pneumonia
  • Jangkitan pseudomonas
  • Jangkitan salmonela
  • Penyakit hubungan jenis (STD) seperti Gonorea dan Sifilis
  • Sakit tekak akibat jangkitan bakteria
  • Tetanus
  • Tuberkulosis
Faktor risiko penyakit berjangkit

Ada faktor risiko tertentu yang akan menambah risiko seseorang untuk mendapat penyakit berjangkit.

  • Orang yang mengambil ubat-ubatan penahan imun atau steroid
  • Orang yang mempunyai sistem imun yang dikompromi atau lemah seperti penghidap HIV/AIDS
  • Orang yang tidak divaksinasi terhadap penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus
  • Anak kecil, ibu mengandung dan warga emas (umur melebihi 60 tahun)
Tanda dan gejala penyakit berjangkit

Tanda dan gejala bagi penyakit berjangkit bergantung pada organisma yang menyebabkan jangkitan tersebut, tetapi demam dan lesu adalah tanda dan gejala yang paling biasa bagi penyakit berjangkit. Selain itu, tanda dan gejala umum termasuk cirit-birit, sakit otot dan batuk.

Anda harus segera dapatkan rawatan perubatan jika anda:

  • Mengalami demam yang berpanjangan (melebihi 5 hari) atau demam tanpa sebab, dengan atau tanpa pening
  • Mengalami batuk berpanjangan (melebihi 7 hari)
  • Mengalami sakit otot yang berterusan
  • Mengalami cirit-birit yang berterusan
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Mengalami masalah penglihatan secara tiba-tiba
  • Mengalami ruam atau bengkak
  • Telah digigit oleh haiwan
Komplikasi penyakit berjangkit

Penyakit berjangkit selalunya akan sembuh tanpa komplikasi yang serius jika rawatan segera diperoleh.

Bagaimanapun, jangkitan tertentu seperti AIDS, meningitis dan pneumonia boleh mengancam nyawa.

Ada juga jangkitan tertentu yang dikaitkan dengan komplikasi jangka panjang dan penyakit serius:

  • Papilomavirus manusia - boleh menyebabkan kanser servikal
  • Helicobacter pylori - boleh menyebabkan kanser perut
  • Hepatitis B dan C - boleh menyebabkan kanser hati
Rawatan penyakit berjangkit

Rawatan penyakit berjangkit bergantung pada mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan itu.

  • Jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik
  • Jangkitan virus selalunya dirawat dengan jagaan sokongan seperti berehat, mengambil cecair dan rawatan untuk demam
  • Jangkitan kulat dan parasit dirawat dengan ubat-ubatan antikulat dan antiparasit seperti Fluconazole, Mebendazole

Doktor anda akan menilaikan gejala yang anda alami dan membuat keputusan untuk rawatan seterusnya.

Pencegahan penyakit berjangkit

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

Elakkan berkongsi item peribadi seperti berus gigi, sikat, pisau cukur, tuala, gelas minuman dan perkakas makan.

Selain itu, dapatkan vaksinasi dan amalkan seks yang selamat untuk mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital