General Surgery Deparment I Gleneagles Hospital

Pembedahan Am

Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pembiakan, pernafasan dan rangka otot.

Prosedur Pembedahan

1
Pembedahan Vaskular

Pembedahan vaskular yang lebih biasa mungkin termasuk:

- Angioplasti/stent - pemasukan belon atau stent untuk meluaskan arteri yang menyempit dan memperbaiki aliran darah

- Rawatan laser endovenous - untuk penyingkiran vena varikos melalui ultrasound, membunuh dinding vena dengan tenaga laser

2
Pembedahan hepatobiliari

Rawatan untuk hati dan sistem hempudu termasuk:

  • Pembuangan batu karang atau keseluruhan pundi hempedu
  • Pembuangan tumor seperti hemangioma dan hiperplasia nodular fokal
  • Rawatan dan/atau penyingkiran sista berisi cecair dalam hati
  • Rawatan kanser pankreas

3
Pembedahan Payudara

 

Dijalankan pada payudara untuk keadaan benigna dan/atau maligna, pembedahan payudara mungkin merangkumi prosedur yang tersenarai di bawah:

Lumpektomi - pembuangan gumpalan dalam payudara dan tisu di sekelilingnya tanpa mengubah penampilan asal payudara. Prosedur ini biasanya disarankan jika biopsi awal menunjukkan peringkat awal kanser payudara dengan tumor kecil, ataupun untuk membuang keabnormalan bukan maligna.

Mastektomi - pembuangan seluruh payudara, terutamanya bagi payudara dengan berbilang atau kawasan duktus karsinoma yang besar. Prosedur ini mungkin juga disarankan untuk menjauhkan kemungkinan kanser payudara berulang.

Augmentasi payudara - dijalankan untuk menyerlahkan penampilan payudara wanita melalui implan di atas atau di bawah otot dada pektoralis.

Pengecilan payudara - dijalankan untuk mengurangkan volum dan kontur payudara sambil mengekalkan sensasi dan fungsinya. Ini termasuk membuang kulit, lemak dan tisu kelenjar yang berlebihan, yang bermanfaat bagi mereka dengan masalah sakit tengkuk dan belakang dan kerengsaan kulit.

Rekonstruksi payudara - untuk membentuk semula payudara bagi mendapatkan penampilan, volum dan kontur yang diingini menggunakan implan atau tisu pesakit sendiri. Meskipun puting boleh dibentuk semula, sensasi payudara biasa dan keupayaan menyusu akan hilang kerana kelenjar dan duktus susu akan dibuang atau tercedera

4
Pembedahan kolon dan rektum (pembedahan kolorektum)

Terutamanya disarankan untuk mendiagnosis dan merawat pesakit dengan masalah usus dan masalah yang berkaitan seperti kanser kolorektum, kolitis berulser, penyakit divertikular, penyakit Crohn, dan pelbagai penyakit anorektum benigna termasuk hemoroid, dan fisur dalam dubur.

Antara pembedahan ini termasuk:

- Hemoroidektomi - pembuangan vena kembang dalam rektum bawah dan/atau dubur. Lain-lain kaedah mungkin merangkumi penggunaan laser, pengikatan atau pengikatan gelang getah

- Kolektomi separa - pembuangan sebahagian usus (kolon) untuk merawat kanser kolon dan kolitis berulser jangka panjang

5
Pembedahan Gastrousus

Pembedahan jenis ini membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit pembedahan berkaitan saluran gastrousus. Pembedahan ini meliputi pembedahan gastrousus atas dan juga pembedahan kolorektal (bawah).

6
Pembedahan Kepala dan Tengkuk

 

Pembedahan kepala dan tengkuk melibatkan diagnosis, pengurusan dan rawatan penyakit pada bahagian kepala dan tengkuk. Pasukan berbilang disiplin kami yang merangkumi ahli onkologi radiasi dan perubatan adalah berdedikasi dan terlatih dalam penggunaan kaedah yang rapi dan holistik untuk menilaikan, menguruskan dan merawat keadaan tumor benigna dan maligna.

Pakar-pakar kami berkemampuan untuk menguruskan dan merawat penyakit bagi:
- Mulut dan lidah
- Tekak
- Sinus
- Kulit pada kepala dan leher
- Tiroid dan paratiroid

Pembedahan biasa termasuk:
- Tonsilektomi - pembedahan untuk membuang satu atau kedua-dua tonsil bagi menguruskan dan/atau merawat tonsilitis

- Pembedahan sinus endoskopik - memeriksa dan membuang halangan dan/atau pertumbuhan ganjil dalam bukaan sinus

- Uvulopalatofaringoplasti - pembuangan tisu berlebihan daripada belakang tekak bagi merawat masalah apnea tidur

 

Apakah yang boleh dijangka apabila anda mengunjungi pakar bedah am

Setiap pelan rawatan akan disesuaikan mengikut keperluan pesakit. Namun, kunjungan anda untuk bertemu pakar bedah am mungkin akan merangkumi penilaian untuk memastikan pembedahan adalah pilihan terbaik untuk anda.

Pakar bedah juga akan menerangkan prosedur dan membantu anda membuat persediaan untuk pembedahan. Ini merangkumi:

  • Ujian lain yang mungkin perlu anda ambil sebelum pembedahan
  • Sama ada anda perlu menghentikan sebarang ubat
  • Sama ada anda perlu berpuasa sebelum prosedur.
  • Pengurusan selepas pembedahan

Pakar bedah juga akan memberitahu anda berapa lama anda perlu tinggal di hospital. Selain itu, anda juga boleh bertanya apa-apa soalan tentang pembedahan.

Kemudahan Pembedahan di Hospital Gleneagles

Di Gleneagles, kami komited untuk memastikan anda selamat dan mencapai hasil terbaik semasa pembedahan anda. Matlamat kami adalah memastikan kaedah pembedahan yang paling berkesan digunakan untuk pemulihan yang pantas. Teknologi canggih kami bertujuan untuk mendiagnosis dan merawat penyakit individu setiap pesakit untuk hasil yang terbaik sambil memastikan bahawa sebarang kesan sampingan dan masa pemulihan diminimumkan.

Kami percaya bahawa setiap pesakit adalah unik dengan jangkaan dan keperluan khusus tersendiri dan pasukan pakar bedah kami yang berdedikasi dan berpengalaman memastikan perkara ini melalui perbincangan terancang dan nasihat berpandu melalui bidang yang paling penting berkenaan rawatan.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital