Individu yang mendengar bunyi berdengung dalam satu atau kedua-dua telinga, yang tidak berpunca daripada perangsang luar, mungkin mengalami Tinitus. Biasanya, terdapat juga simptom bagi penyakit lain seperti Presbikusis (hilang pendengaran akibat penuaan) atau trauma pada telinga.
Tinitus adalah gangguan biasa yang menjejaskan kira-kira 20% golongan dewasa, dan ia sering meliputi bunyi menderam yang rendah dan bunyi tinggi yang nyaring. Meskipun agak menjengkelkan, ia biasanya bukan masalah serius, dan boleh dirawat dengan berkesan.
Punca-punca
Sering dianggap sebagai tanda pendengaran hilang, ia mungkin berlaku kerana proses penuaan biasa atau trauma pada telinga, termasuk koklea. Umumnya, apabila koklea berhenti menghantarkan isyarat kepada otak, bunyi mungkin akan dijanakan sendiri oleh otak untuk mengimbangi kehilangan isyarat bunyi normal.
Kebanyakan gangguan Tinitus berlaku kerana:
- Kerosakan pada saraf pendengaran dalam telinga, yang berfungsi untuk mendengar dengan tajam
- Terdedah kepada bunyi yang terlampau kuat di kelab dan konsert, atau daripada alat muzik mudah alih, yang boleh menyebabkan tinitus sementara atau kekal. Ini dianggap sebagai punca utama bagi tinitus dalam dewasa muda, dan sering menyebabkan kerosakan pendengaran
- Masalah perubatan lain seperti penyakit meniere, gangguan peredaran, kanser, diabetes, tiroid terlampau aktif, kecederaan leher dan kepala, serta alergi
- Penyakit tersembunyi, termasuk jangkitan telinga tengah, penembusan gegendang telinga, atau pengumpulan cecair dalam telinga tengah
Simptom-simptom
Individu dengan Tinitus sering mengalami:
- Pening
- Hilang pendengaran
- Bunyi berdengung atau menderam dalam satu atau kedua-dua telinga
Rawatan
Hospital Gleneagles menawarkan berbagai rawatan berlainan bagi Tinitus. Pasukan ENT kami akan menilaikan keadaan anda untuk menentukan punca gangguan, dan mencadangkan rawatan yang paling sesuai. Rawatan ini boleh merangkumi:
- Ubat untuk memperbaiki peredaran darah kepada koklea, dan untuk merawat kemurungan yang berkaitan. Ini boleh merangkumi antibiotik, ubat antimurung, aspirin dan ubat antiradang.
- Keyakinan, yang mungkin adalah memadai jika rawatan tidak diperlukan.
- Senaman bertenang untuk mengawal otot dan peredaran dalam seluruh badan
- Penggunaan alat bantu dengar bagi mengawal tinitus ketika memakai alat bantu dengar
- Penggunaan bunyi saingan yang lain seperti detikan jam atau aliran air untuk mengurangkan bunyi berdengung