Gangguan Neuro-oftalmologi

Gangguan Neuro-oftalmologi

Neuro-Oftalmologi membantu menangani isu-isu visual berkaitan sistem saraf. Gangguan visual boleh disebabkan oleh gangguan pada saraf optik, sistem saraf pusat (otak dan spina), pergerakan bola mata dan pupil.

Gangguan saraf optik merangkumi:

Tekanan
  • Gangguan pergerakan mata:
   - Penyakit berkaitan orbit mengganggu pergerakan
   - Penyakit berkaitan saraf dan otot menyebabkan kelemahan
   - Penyakit boleh menjejaskan penghantaran isyarat antara saraf dan otot
   - Penyakit boleh menjejaskan otot

   - Penyakit boleh menjejaskan bahagian otak yang mengawal pergerakan

  • Bekalan darah tidak mencukupi (Iskemia)
  • Keradangan
  • Kecederaan/trauma
  • Tekanan dalam otak bertambah
  • Tekanan dalam mata bertambah (Glaukoma)
Punca-punca
Gangguan Neuro-Oftalmologi bergantung pada punca gangguan tersebut seperti:

- Tekanan oleh tumor
- Bekalan darah tidak mencukupi kerana Hipertensi, Diabetes, Hiperlipidemia atau merokok
- Keradangan yang berpunca daripada penyakit lain seperti gangguan tisu penghubung dan sklerosis berbilang
Simptom-simptom
Seperti puncanya, simptom-simptom turut bergantung pada jenis gangguan:

Tekanan oleh tumor - Hilang penglihatan beransur-ansur tanpa rasa sakit
Gangguan pergerakan mata - Penglihatan berganda, penglihatan kabur, penglihatan tidak stabil (bergoyang), pening, jalan tidak stabil, sakit kepala dan lemah
Bekalan darah tidak mencukupi (Iskemia) kepada saraf optik - Hilang penglihatan dengan pantas tanpa rasa sakit
Keradangan - Hilang penglihatan dengan pantas dan masalah penglihatan warna; jika saraf optik terjejas, sakit mungkin dirasai di sebalik mata
Kecederaan/trauma - Simptom bergantung pada jenis dan di mana kecederaan terletak
Tekanan dalam otak bertambah - Sakit kepala, loya atau muntah, hilang penglihatan sementara, atau gangguan neurologi dalam bahagian badan yang lain (lemah atau hilang imbangan)
Simptom paling biasa bagi Gangguan Neuro-Oftalmologi adalah kehilangan atau gangguan penglihatan, penglihatan berganda, pupil tidak seimbang, serta kekejangan kelopak mata dan wajah.
Rawatan
Bergantung pada punca-punca dan simptom-simptom, pakar kami di Hospital Gleneagles akan mencadangkan rawatan yang betul untuk anda, atau merujuk anda kepada pakar neurologi atau pakar yang lain.

Pakar kami

Neurosurgery

Pembedahan Tulang Belakang

Pengurusan Kesakitan

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital