Degenerasi Makula

Degenerasi Makula

 

Keadaan di mana penglihatan pusat hilang kerana kerosakan pada makula (bahagian pusat retina) akibat penyakit mata kronik, biasanya dipanggil Degenerasi Makula. Jenis paling biasa adalah Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD), yang kerap dialami individu 50 tahun ke atas. Individu dengan Degenerasi Makula mungkin mendapati sukar untuk membaca, mengecam muka dan memandu. Namun, penglihatan di luar kawasan pusat pandangan seseorang, akan membolehkan mereka terus menjalankan aktiviti harian lain.

 

Jenis-jenis Degenerasi Makula
Degenerasi Makula merangkumi dua jenis:

Degenerasi Makula Kering - Mendapan lemak berwarna kuning (drusen) dalam retina, dan sedikit kehilangan penglihatan mungkin berlaku (kadang-kadang terdapat titik buta dalam penglihatan pusat), tetapi ia jarang menyebabkan kerosakan mata teruk atau buta

Degenerasi Makula Basah - Jenis lebih serius di mana salur darah baharu di bawah retina pecah dan mengeluarkan darah atau cecair. Penglihatan menjadi kabur atau terganggu, dan titik buta mungkin terbentuk. Meskipun Degenerasi Makula Basah boleh mengakibatkan hilang penglihatan yang teruk, ia jarang menyebabkan buta total, dan sedikit pandangan sisi (periferi) masih dikekalkan.
Punca-punca
Punca-punca biasa bagi Degenerasi Makula adalah:
- Umur
- Sejarah keluarga
- Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
- Paras kolesterol tinggi
- Kekurangan vitamin dan mineral tertentu (antioksidan)
- Pendedahan mata kepada cahaya matahari tanpa perlindungan dalam jangka lama
- Menghisap tembakau
Simptom-simptom
Tanda dan simptom biasanya akan muncul awal. Semakin penyakit berkembang, individu mungkin akan mengalami:
- Kesukaran membaca, menonton TV dan mengecam wajah
- Hilang penglihatan pusat
- Satu atau lebih banyak titik buta
- Garisan yang lurus kelihatan bengkok
Rawatan
Bergantung pada keterukan penyakit, Hospital Gleneagles menawarkan beberapa pilihan rawatan bagi Degenerasi Makula:
Terapi Ubat - Ubat boleh disuntik ke dalam mata untuk menutup sebarang salur darah baharu
Fotopengentalan Laser - Prosedur surgeri yang menggunakan laser panas
Terapi Fotodinamik - Laser bertenaga rendah (sejuk) dan ubat peka cahaya untuk menutup sebarang salur darah baharu

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital