Pemantauan Holter

Pemantauan Holter

 

Pemantauan Holter adalah ujian diagnostik tidak invasif, yang menggunakan alat mudah-alih yang dikenali sebagai monitor holter. Aktiviti elektrik jantung anda akan dapat dipantau bagi tempoh yang lama, secara berterusan selama 24 hingga 48 jam. Anda mesti memakai monitor holter ini sepanjang waktu anda menjalankan aktiviti harian anda untuk menyimpan rekod yang jelas. Bacaan anda akan disemak oleh pakar kardiologi anda, yang akan menilaikan keputusan daripada pemantauan holter tersebut. Ujian ini membantu pakar kardiologi menentukan keabnormalan kadar jantung, dan mengesan tanda serta simptom penyakit.

Mengapa anda perlukan Pemantauan Holter?

Doktor anda mungkin akan mencadangkan Pemantauan Holter, untuk menentukan perkaitan antara rentak jantung anda dengan simptom-simptom bagi gangguan debaran, pengsan dan pening. Ujian ini membantu doktor anda mengesan gangguan rentak jantung sementara. 

Selepas serangan jantung, pakar kardiologi anda mungkin akan mencadangkan Pemantauan Holter untuk memantau aktiviti elektrik dalam jantung anda semasa melakukan aktiviti biasa. Ini dapat membantu mendiagnosis sebarang keabnormalan rentak jantung (termasuk aritmia serius), dan memantau kesan-kesan perubatan jantung yang baharu. Ujian ini berguna untuk memantau rentak jantung dengan rapi selepas prosedur jantung tertentu.

Pakar kami

Perubatan Dalaman

Kardiologi Intervensi

Kardiologi

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital