Punca Hipertensi tidak dapat diketahui dalam lebih daripada 95% pesakit. Bagi 5% yang selebihnya, punca yang diketahui boleh dikaitkan dengan penyakit buah pinggang, aterosklerosis dan ketidakseimbangan hormon. Punca-punca lain yang meningkatkan risiko mendapat hipertensi termasuk diabetes, obesiti, dan sejarah tekanan darah tinggi yang lama.
Tekanan darah boleh berubah menurut jenis aktiviti yang dilakukan, dan sesetengah aktiviti seperti besenam, atau stres boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Namun, tekanan darah seperti ini mungkin tidak memerlukan rawatan perubatan. Jika tekanan darah tinggi berpanjangan, jumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.
Individu yang mengalami Hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Penyakit ini boleh merosakkan organ lama-kelamaan, dan ini termasuk:
- Sakit kepala dan pening (dalam kes teruk)
- Serangan jantung
- Kegagalan jantung
- Penyakit buah pinggang
- Strok
Rawatan bergantung pada keterukan penyakit anda. Rawatan ini boleh merangkumi:
- Mengubah gaya hidup bagi memperbaiki kesihatan umum
- Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
- Menjaga pengambilan garam, kolesterol, dan semua jenis lemak, dan makan lebih banyak serat
- Mengelakkan minum terlalu banyak alkohol
- Berhenti merokok
- Menjaga tekanan darah di rumah
- Menjalani pemeriksaan tetap untuk memantau penyakit, dan mengelakkan potensi komplikasi
Bagi kes yang lebih teruk, ubat anti-hipertensi mungkin akan dipreskripsikan, dan pastikan pengambilan dilakukan menurut dos dan jadual yang disarankan.
- Penyakit jantung (penyakit jantung koronari)
- Kegagalan jantung
- Penyakit arteri periferi
- Kegagalan Ginjal
- Strok