Central Auditory Processing Disorder (CAPD)

Central Auditory Processing Disorder (CAPD)

Gangguan Proses Auditori Pusat (CAPD) merangkumi berbagai gangguan pendengaran di mana otak individu yang mempunyai paras pendengaran normal, tidak dapat memproses sebarang maklumat audio untuk memahami apa yang didengari oleh mereka.

CAPD boleh dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak, yang menyukarkan mereka untuk memahami bahasa disebabkan gangguan isyarat auditori tertentu. Ciri-ciri utama CAPD dalam kanak-kanak adalah ketidakupayaan mereka untuk membezakan pertuturan daripada persekitaran bising dengan jelas, yang menyukarkan mereka untuk mengikut arahan dan perbualan, lemah dalam pentafsiran, mudah terganggu dan sukar untuk belajar.
Punca-punca
Meskipun tidak dapat diketahui sepenuhnya, CAPD didapati boleh berlaku disebabkan keabnormalan dalam keupayaan otak untuk memproses maklumat auditori. Ini boleh melambatkan perkembangan sistem auditori pusat. Kadang-kadang, keabnormalan perkembangan tertentu turut dikaitkan dengan CAPD seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD), Gangguan Spektrum Autisme (ASD), Disleksia dan kelemahan bahasa.

Bukti menunjukkan kanak-kanak dengan gangguan neurologi, trauma kepala dan jangkitan telinga kronik boleh mengalami CAPD.
Simptom-simptom

CAPD menunjukkan beberapa jenis tanda dan simptom sederhana hingga teruk. Ini mungkin merangkumi:

  • Pertuturan dan pembentukan bahasa tertangguh
  • Kesukaran menumpukan perhatian dan memahami pertuturan cepat atau tidak jelas
  • Kesukaran menjawab soalan
  • Terganggu dan kurang penumpuan
  • Kerap meminta maklumat diulangi
  • Keupayaan mendengar yang lemah
  • Prestasi lemah dalam kumpulan yang besar
  • Harga diri berkurangan dan keresahan
  • Susah membaca, menulis dan mengeja
  • Sensitif kepada bunyi yang kuat
  • Susah menentukan sumber bunyi
  • Susah membezakan bunyi
  • Susah mendengar dan memahami pertuturan dalam persekitaran yang bising
  • Susah mengingati maklumat yang telah didengari
Rawatan

Meskipun tiada penyembuh bagi CAPD sekarang ini, Hospital Gleneagles menawarkan semua pesakit kami pilihan rawatan berlainan yang khusus, untuk memperbaiki penyakit ini. Juruterapi pertuturan boleh menilaikan penyakit ini dan mencadangkan rawatan yang sesuai, menurut keterukan gangguan anda.

Rawatan mungkin merangkumi:

  • Sesi terapi pertuturan individu untuk menggalakkan dan melatih laluan memproses pendengaran
  • Intervensi untuk mengawal persekitaran akademik dan pembelajaran kanak-kanak , yang merangkumi:
  • Menetapkan tempat duduk yang jauh daripada tingkap dan gangguan lain
  • Menetapkan tempat duduk berhampiran dengan cikgu di dalam bilik kelas
  • Mengurangkan bunyi latar di mana boleh
  • Menggunakan alat bantu dengar untuk menguatkan isyarat pertuturan terus ke dalam telinga pelajar
  • Menggunakan alat bantu visual seperti diagram untuk membantu kanak-kanak tersebut mengikuti pembelajaran

Pakar kami

Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Pediatrik

Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Pembedahan Kepala dan Leher

Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Pembedahan Kepala dan Leher

Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Pembedahan Kepala dan Leher

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital