Aneurisme Otak

Aneurisme Otak

Apakah itu Aneurisme Otak?

Aneurisme otak adalah gelembung kecil berisi darah, yang boleh pecah dan merosakkan sel-sel otak di sekelilingnya. Aneurisme otak biasanya menjejaskan arteri-arteri teras dalam otak, yang berjalan di bawah otak dan tapak tengkorak. Hampir sesiapa sahaja boleh diserang aneurisme otak, tetapi risiko aneurisme pecah semakin tinggi bagi orang berusia lebih 40 tahun, dengan wanita lebih cenderung diserang berbanding lelaki. 

Punca-punca
Aneurisme otak muncul dalam dinding arteri yang lemah, dan puncanya masih belum diketahui. Ia mungkin berkaitan dengan degenerasi, umur semakin naik, dan tekanan darah tinggi. Lebih kerap dikaitkan dengan penyakit saluran darah aterosklerosis, yang menyebabkan arteri mengeras akibat pengumpulan mendapan lemak pada sebelah dalam dinding arteri. Individu dengan masalah genetik spesifik, termasuk gangguan tisu penghubung dan penyakit buah pinggang polisistik adalah lebih cenderung diserang aneurisme otak. Lain-lain punca termasuk penyakit peredaran seperti malformasi arteriovena, penyalahgunaan alkohol dan ubat, trauma kepala, jangkitan dan tumor.
Simptom-simptom

Tanda dan simptom biasa selepas pembocoran atau pemecahan termasuk:

  • Penglihatan kabur dan pertuturan terganggu
  • Tiba-tiba hilang kesedaran atau pitam sekejap
  • Loya dan muntah
  • Sakit leher
  • Tiba-tiba lumpuh atau lemah pada sebelah bahagian badan
  • Sawan
  • Sakit kepala teruk

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital