Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori

Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori

Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori merakam tekanan darah dan kadar jantung pada selang masa yang tetap, sepanjang tempoh 24 jam sambil anda menjalankan rutin harian biasa. Tekanan darah anda berubah sepanjang hari, dan boleh dipengaruhi oleh jenis aktiviti dan keadaan emosi anda. Ini sebabnya pemeriksaan tekanan darah anda oleh doktor anda mungkin tidak menggambarkan ukuran yang sebenar. Namun, keputusan daripada penilaian ini dapat memberikan maklumat tentang perubahan yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam ia dipantau.

Mengapa kita perlukan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori?

Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori adalah penting bagi mereka yang menghidap tekanan darah tinggi. Doktor anda boleh menggunakannya untuk menilaikan keberkesanan perubatan tekanan darah tinggi anda. Ia juga berguna untuk menentukan hipertensi ringan yang mungkin telah terlebih didiagnosis berdasarkan satu ukuran tekanan darah sahaja. Keputusan ujian ini juga boleh menunjukkan tanda perubahan dalam tekanan darah, jika ada.

Doktor anda mungkin akan mencadangkan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori jika anda mengalami debaran jantung, loya, lesu dan denyutan jantung kencang. Ini membolehkan doktor anda memeriksa punca bagi simptom-simptom anda dan menentukan perkaitannya dengan tekanan darah tinggi.

Pakar kami

Perubatan Dalaman

Kardiologi Intervensi

Kardiologi

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital