Neurology | Best Neurologist in Kuala Lumpur
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Neurologi

Ahli Neurologi adalah doktor pakar yang menilaikan pesakit, memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit neurologi berkenaan sistem saraf yang merangkumi selaput, saluran darah dan tisu otot penghubung. Mereka juga membantu menguruskan penyakit bagi pesakit. Jika pembedahan diperlukan, pesakit mungkin akan dirujuk kepada Pakar Bedah Saraf. Ahli neurologi umumnya merawat penyakit dan masalah seperti epilepsi dan sawan, demensia, kecederaan kepala, migrain, sklerosis berbilang, dan banyak lagi.

Perkhidmatan Neurologi

Ujian Diagnostik Neurologi

Ini merupakan sekumpulan ujian dan prosedur yang mengenal pasti penyakit yang betul. Setelah disahkan, pakar neurologi anda akan menentukan dan menyarankan rawatan serta penjagaan yang sesuai, dan merangka pelan tindakan untuk memastikan anda mendapat hasil pemulihan yang terbaik. Sebarang masalah kesihatan kronik akan dipertimbangkan dalam pelan rawatan anda.

Pembedahan Neurologi

Bagi pesakit dengan penyakit sistem saraf, proses diagnosis, rawatan, pemulihan dan rehabilitasi selepas surgeri akan ditemani oleh pasukan penjagaan kesihatan profesional yang berempati. Pakar neurologi, pakar bedah saraf, ahli psikiatri, pakar radiologi dan jururawat yang berkemahiran dan berdedikasi di Hospital Gleneagles akan memastikan pesakit menerima perkhidmatan yang terbaik.

Program Rehabilitasi Neuro

Program ini membentuk bahagian terpenting dalam proses pemulihan pesakit, dan ia dirangka untuk mengembalikan seberapa banyak fungsi harian dan kebolehan berdikari bagi pesakit, melalui pelan rawatan yang komprehensif, dan sesuai bagi mereka. Hospital Gleneagles turut menawarkan penjagaan lanjutan termasuk pemberian nasihat, kaunseling dan rawatan susulan.

Perubahan gaya hidup juga harus diutamakan, khususnya bagi pesakit demensia atau pesakit yang memerlukan penjagaan dan rawatan jangka panjang. Tetapi jangan bimbang, kerana pendekatan kami yang praktikal dan berempati akan memudahakan anda.

Saringan Diagnostik bagi Penyakit Neurologi

 

Mereka yang mengalami mana-mana simptom yang berkaitan dengan masalah neurologi, disarankan untuk segera mendapat pemeriksaan profesional. Intervensi awal untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan, termasuk kemungkinan pembedahan, boleh memastikan hasil yang positif dan berpanjangan. Jika anda atau orang tersayang menunjukkan mana-mana simptom di atas, hubungi Hospital Gleneagles secepat mungkin.

Disebabkan sifat penyakit neurologi ini sendiri, berbagai ujian diagnostik mungkin perlu dijalankan untuk memastikan keputusan saringan yang tepat.

Pasukan pengkhususan kami boleh menjalankan saringan bagi mana-mana penyakit melalui kaedah yang berikut:

 

Sejarah Perubatan Terperinci

Ini merangkumi gambaran terperinci tentang keadaan kesihatan pesakit sebelum ini dan sekarang ini, serta kejadian berkaitan perubatan termasuk sejarah perubatan keluarga mereka. Maklumat yang menyeluruh seperti ini adalah amat penting untuk membantu pakar kami membuat diagnosis yang tepat.

Ekokardiologi

Untuk menilaikan struktur jantung serta aliran darah, ultrabunyi digunakan bagi mendiagnosis penyakit berkaitan jantung.

Imbasan CT (Computed Tomography)

X-ray berkomputer digunakan untuk menyediakan imej-imej badan dalam pandangan keratan melintang, bagi mendapatkan keputusan diagnostik yang tepat untuk menentukan rawatan yang sesuai bagi tumor otak, bekuan darah, tulang patah, kanser dan lain-lain.

Ujian Kognitif dan Neuropsychologi

Ketajaman mental akan dinilaikan melalui satu siri ujian yang dirangka untuk mengukur ingatan, bahasa, kira-kira, visual dan pengecaman ruangan. Ujian-ujian ini dirangka secara spesifik untuk menentukan tahap kefungsian pesakit dan mengesan gangguan otak seperti demensia.

Analisis CSF (Cecair Serebrospina)

Cecair yang mengelilingi otak dan korda spina akan diuji untuk mencari bukti bagi gangguan otak seperti meningitis bakteria atau kanser.

MRI (Pengimejan Resonans Magnetik)

Penggunaan medan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk menghasilkan imej-imej beresolusi tinggi pada komputer, bagi mendiagnosis penyakit dan menentukan rawatan yang sesuai untuknya.

Pemeriksaan fizikal

Pesakit mungkin perlu menjalani pemeriksaan badan fizikal untuk lebih memahami kesihatan umum, dan masa respons motor mereka.

Angiogram Serebrum

Imej x-ray jantung dan vena dalam otak akan diambil melalui ujian diagnostik invasif minimum di mana kateter akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk menyuntik pewarna beriodin.

Simptom-simptom Penyakit Neurologi

  • Lemah otot
  • Kekeliruan
  • Kekejangan
  • Sawan
  • Kehilangan sensasi
  • Lumpuh
  • Daya ingatan atau penumpuan lemah
  • Pening
  • Menggigil
  • Koordinasi lemah
  • Masalah tidur
  • Sukar menelan atau makan
  • Masalah bertutur

Penyakit Neurologi

Berbanding dengan penyakit psikiatri, penyakit neurologi lebih cenderung untuk mempengaruhi sistem saraf manusia sementara penyakit psikiatri pula lebih kerap dikaitkan dengan gangguan kesihatan mental seperti angin, pemikiran dan tingkah laku.

Senarai bagi Penyakit Neurologi

  • Epilepsi
  • Pening/migrain
  • Alzheimer dan demensia lain
  • Penyakit Parkinson
  • Sklerosis berbilang (rawatan oleh Pakar Bedah Saraf)
  • Strok (strok iskemik atau strok berdarah)
  • Tumor otak (rawatan oleh Pakar Bedah Saraf)
  • Aneurisme otak (rawatan oleh Pakar Bedah Saraf)
  • Kecederaan kepala traumatik (rawatan oleh Pakar Bedah Saraf)
  • Jangkitan neurologi disebabkan bakteria, virus, kulat dan parasit
  • Distonia
  • Penyakit neuron motor

Ahli Neurologi di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital