Pusat Kardiovaskular & Paru-paru
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Pusat Kardiovaskular & Paru-paru

Mengenai Pusat Kardiovaskular & Paru-paru

Pusat KardioVaskular & Paru-paru Hospital Gleneagles Kota Kinabalu menyediakan rangkaian komprehensif perkhidmatan jantung, paru-paru dan vaskular untuk pesakit, kedua-dua orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Pasukan kami terdiri daripada Pakar Kardiologi Intervensi yang cekap dan berpengalaman, Pakar Bedah Kardiotorasik, Pakar Pulmonologi, Pakar Kardiologi Pediatrik Pelawat, Pakar Bedah Vaskular Pelawat, Pakar Radiologi, Pakar Perfusi dan Juruteknik Jantung.

Kami dilengkapi dengan dewan bedah jantung dan toraks khusus, suite katerisasi jantung (angiografi) 24 Jam dan unit rawatan rapi. Menawarkan perkhidmatan sehenti sekaligus dalam servis; ujian diagnostik, teknologi pengimejan, prosedur invasif minima, diagnostik dan prosedur pulmonologi intervensi lanjutan; pembedahan jantung, toraks dan vaskular, pemulihan jantung dan kaunseling selepas pembedahan merangkumi spektrum penuh penjagaan pakar. Kami komited untuk menyediakan penjagaan yang lancar, berkualiti dan susulan jangka panjang kepada pesakit.

 

Perkhidmatan & Pakej Ditawarkan

Pasukan pakar di Pusat Kardiovaskular & Paru-paru kami sangat terlatih dan berpengalaman dalam pelbagai kaedah pembedahan. Antara perkhidmatan komprehensif kami adalah:

Pakej Pemeriksaan Jantung:

  • Penyakit jantung mempengaruhi kesihatan banyak orang. Penyakit jantung dapat dikesan dan diatasi lebih awal untuk mencegah komplikasi lebih lanjut. Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan Pakej Pemeriksaan Jantung yang disesuaikan untuk memberikan penilaian menyeluruh mengenai jantung anda. Pakej ini merangkumi ujian yang dapat menemui keadaan yang mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala, yang membolehkan diagnosis dan rawatan lebih awal.

Angiogram Koronari:

  • Ujian X-ray khas dilakukan untuk mengetahui sama ada arteri koronari anda tersumbat atau menyempit, di mana dan berapa banyak. Angiogram boleh membantu doktor anda melihat sama ada anda memerlukan rawatan seperti angioplasti atau stent, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari (CABG) atau terapi perubatan.

Angioplasti Koronari:

  • Arteri jantung anda boleh tersumbat atau menyempit daripada pengumpulan kolesterol, sel atau bahan lain (plak). Angioplasti membuka arteri yang tersumbat dan memulihkan aliran darah normal ke otot jantung anda. Ia bukan pembedahan besar. Ia dilakukan dengan memasukkan kateter (tiub nipis) melalui tusukan kecil pada arteri kaki atau lengan ke jantung. Arteri yang tersumbat dibuka dengan meniup belon kecil di dalamnya.

Pembedahan Pintasan Arteri Koronari (CABG):

  • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari (CABG) ialah pembedahan jantung. Ia menggunakan saluran darah yang diambil dari bahagian lain badan anda untuk mengelilingi atau "memintas" arteri koronari (jantung) yang tersumbat atau menyempit. Pintasan membolehkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otot jantung.

Hubungi Kami - Pusat Kardiovaskular & Paru-paru

Ketahui apa yang jantung anda perlukan, untuk temu janji dan pertanyaan mengenai perkhidmatan Pusat Kardiovaskular & Paru-paru kami, hubungi kami di:

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital