Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) | Hospital Gleneagles
First slide First slide
Kesihatan Kanak-kanak
Penjagaan Pencegahan

Cegah anak daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

19 Oktober 2022 · 10 mins read

Topics





Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan bayi. Ketahui cara untuk mencegah jangkitan HFMD.

Di Malaysia, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menjadi kebimbangan orang awam kerana penyakit endemik ini boleh mengakibatkan wabak besar dan kematian dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.

Sehingga 18 Jun 2022, kira-kira 106,477 kes-kes HFMD telah direkodkan. 89% daripada kes-kes yang direkodkan adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah manakala 9% dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

  • Selangor: 29,880 kes (28.1%)
  • Kuala Lumpur & Putrajaya: 11,687 kes (11%)
  • Perak: 10,938 kes (10.3%)
  • Johor: 7,052 kes (6.6%)
  • Kelantan: 6,532 kes (6.1%)

Kebanyakan wabak tersebut berlaku di:

  • Bilik asuhan dan prasekolah: 56%
  • Rumah: 40%
  • Pusat penjagaan harian: 3%

Tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan bayi. Penyakit ini biasanya ringan dan swamengehad. Gejalanya termasuklah demam, sakit tekak, sakit mulut dan ruam kulit dengan lepuhan pada tangan, kaki dan punggung.

HFMD berpunca daripada virus, dan individu yang dijangkiti HFMD boleh menjangkitkan penyakitnya. Virus merebak daripada satu orang kepada satu orang yang lain melalui tinja oral dan rembesan hidung dan tekak orang yang dijangkiti mengalir dari kuping atau lepuhan.

Individu yang dijangkiti HFMD paling mudah menjangkitkan penyakitnya semasa minggu pertama dia dijangkiti.

Bilakah kanak-kanak yang dijangkiti HFMD harus dibawa ke hospital

  • Apabila kanak-kanak itu kurang minum air
  • Apabila keadaan kanak-kanak itu tidak bertambah baik selepas 10 hari
  • Jika kanak-kanak itu mempunyai sistem imun yang lemah
  • Jika kanak-kanak itu mengalami gejala yang teruk seperti demam panas dengan seram sejuk
  • Jika kanak-kanak itu berumur di bawah 6 bulan 

Mencegah jangkitan HFMD

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
  • Gunakan pensanitasi berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air.
  • Bersihkan permukaan yang disentuh dan barangan yang sering dikongsikan.
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh.
  • Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang sakit.
  • Pastikan kanak-kanak itu duduk di rumah jika dia menunjukkan gejala.

Buat tempahan janji temu di Hospital Gleneagles

Jika anak anda mempunyai gejala HFMD, sila berjumpa doktor anak anda atau pakar pediatrik.

Suggested Artikel