- Persetujuan
 Notis PDP ini bertujuan bagi memaklumkan mengenai data peribadi anda yang akan
                                    diproses oleh kami atau bagi pihak kami. Dengan memberikan kami data peribadi anda atau
                                    terus berkomunikasi dengan pihak kami, kami beranggapan bahawa anda bersetuju
                                    denganpemprosesan data tersebut menurut Notis PDP ini. Sekiranya kami meminta
                                    sebarang maklumat tertentu bagi mengenal pasti diri anda sebagai seorang individu,
                                    yakinilah bahawa maklumat tersebut hanya akan digunakan mengikut kehendak yang
                                    tertulis di dalam Notis PDP ini.
                                 
- Sumber Data Peribadi
 Kami mengumpul data peribadi anda secara langsung atau melalui maklumat yang telah
                                    dikumpul semasa berurusan dengan pihak kami melalui platform luar talian atau dalam
                                    talian. Ini termasuk data yang anda berikan melalui pihak ketiga, media sosial, pusat
                                    panggilan, applikasi mudah alih, alat teks dan pemesejan atau sumber awam.
                                    Selain daripada itu, kami mungkin memerlukan bantuan anda untuk mendapatkan
                                    persetujuan pihak ketiga mengenai data peribadi mereka yang disediakan oleh pihak anda
                                    kepada kami, dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk
                                    membuat sedemikian. 
- Jenis Pengumpulan Data Peribadi
 Data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami mungkin termasukatau berkaitan dengan:
                                    nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau pasport, nama majikan/syarikat, alamat
                                    rumah dan pejabat, nombor telefon/bimbit, nombor faks, alamat e-mel, pekerjaan, umur,
                                    jantina, status perkahwinan, berat badan, ketinggian, foto, bangsa, kewarganegaraan,
                                    agama, maklumat keluarga dan/atau waris terdekat, maklumat imbuhan, nombor KWSP,
                                    nombor SOCSO, nombor cukai pendapatan, butiran perbankan, latar belakang pendidikan,
                                    latihan yang dihadiri, pengalaman kerja, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod
                                    perubatan, diagnosis perubatan, maklumat kesihatan peribadi, data biometrik, rakaman
                                    imej/suara/video melalui kamera CCTV/kamera web, sejarah jenayah, keputusan siasatan,
                                    butiran insurans dan sebarang data peribadi yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan
                                    dalam Perkara no 4 di bawah (dirujuk sebagai “Data Peribadi”). 
- Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
 Data Peribadi anda mungkin diproses bagi tujuan berikut tetapi ianya tidak terhad kepada
                                    tujuan-tujuan berikut: a. untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan; b. untuk memudahkan keperluan peribadi pesakit (contohnya, lanjutan penginapan untuk
                                    pelancong kesihatan); c. untuk mewujudkan dan mengurus rekod perubatan dan laporan perubatan; d. untuk memudahkan proses pembayaran, bil, invois dan pemulihan hutang berkaitan
                                    dengan pesakit; e. untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan, termasuk tinjauan
                                    untuk meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan; f. untuk mentadbir dan memberi respons kepada permintaan, pertanyaan, aduan,
                                    penyiasatan dan isu yang berkaitan dengan undang-undang; g. untuk memudahkan aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja; h. untuk penyerahan dan pendaftaran borang yang berkaitan, lesen kepada pihak
                                    berkuasa yang berkaitan dan/atau pihak ketiga di bawah undang-undang yang
                                    mengawal industri pernjagaan kesihatan; i. untuk menyediakan pemasaran, pengiklanan, program keahlian, skim ganjaran, tawaran
                                    dan/atau promosi produk dan perkhidmatan kami; dan/atau j. menggunakan Data Peribadi untuk menghasilkan data yang telah ditanggalkan
                                    maklumat pengenalpastian, dikumpulkan dan/atau dijaga anonimitinya supaya Subjek
                                    Data yang berkenaan tidak akan dapat dikenal pasti, dengan mengeluarkan komponen
                                    yang boleh dikenal pasti, mengaburi, menggunakan nama samaran, menjaga anonimiti,
                                    atau sebarang cara lain; k. Membuat keputusan secara automatic, termasuk pemprofilan selaras dengan undang-
                                    undang yang tertentu; l. untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan bagi mengendalikan, mengekalkan dan
                                    menguruskan perniagaan, keselamatan dan hubungan anda dengan pihak kami dengan
                                    lebih baik,(secara kolektif, "Tujuan"). Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada pelbagai borang melalui luar dan dalam
                                    talian yang tersedia, suara rakaman dari pusat panggilan, semasa lawatan anda ke laman
                                    sesawamg IHH MY, media sosial, applikasi mudah alih, alat teks dan pemesejan, senarai
                                    tetamu sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau sebarang acara yang dianjurkan
                                    oleh pihak kami (seperti yang ditakrifkan sebelum ini) dan/atau mana-mana Kumpulan IHH. Pemprosesan Data Peribadi anda mungkin wajib atau sukarela, bergantung pada Tujuan di
                                    mana Data Peribadi anda dikumpulkan. Sekiranya wajib untuk anda memberikan Data
                                    Peribadi tersebut kepada pihak kami, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan
                                    data tersebut kepada kami, atau anda tidak bersetuju dengan mana-mana perkara di atas
                                    seperti yang termaktub di dalam Notis PDP ini, pihak kami mungkin tidak akan dapat
                                    menyediakan perkhidmatan kami atau meneruskan urusan dengan anda. 
- Perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak lain
 Merujuk kepada Senarai Penzahiran Pihak Ketiga, Data Peribadi anda mungkin dikongsi
                                    dengan Sekutu kami pada IHH MY, profesional penjagaan Kesihatan yang terlibat dan pihak
                                    luar yang dibenarkan, merangkumi: a. penyedia perkhidmatan, vendor, pembekal: kami bekerjasama dengan pihak atau
                                    syarikat luar yang diberi kuasa untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada
                                    kami, seperti keselamatan dan sokongan teknologi maklumat, tinjauan pelanggan,
                                    pemulihan hutang, penggajian dan sokongan perbelanjaan kakitangan, serta
                                    pentadbiran manfaat dan ganjaran; b. pihak berkuasa awam dan kerajaan: jika dituntut oleh undang-undang, atau demi
                                    melindungi hak-hak kami, Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan dengan
                                    pihak berkuasa awam dan kerajaan yang mengawasi atau berkuasa atas kami; c. penasihat profesional dan lain-lain: kami bekerjasama dengan dan menerima
                                    sokongan daripada penasihat profesional tertentu seperti bank, syarikat insurans,
                                    juruaudit, peguam, akauntan, dan penasihat daftar gaji; dan/atau d. pihak lain berkaitan dengan urus niaga korporat: dari masa ke masa, Data
                                    Peribadi anda mungkin akan dikongsikan untuk tujuan urus niaga korporat, seperti
                                    penjualan seluruh atau sebahagian perniagaan kepada syarikat lain, penyusunan
                                    semula, penyatuan, usaha sama, atau pelupusan perniagaan, aset atau saham kami. 
- Pemindahan Data Peribadi Merentasi Sempadan
                                
 Disebabkan kehadiran antarabangsa kami, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan
                                    kepada atau diakses oleh Syarikat Bersekutu kami dan pihak luar yang dibenarkan dari
                                    berbagai negara di seluruh dunia, untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini
                                    dan mematuhi syarat-syarat pada PDPA untuk pemindahan data peribadi rentas sempadan. 
- Langkah Keselamatan
 Langkah-langkah sesuai akan diambil untuk melindungi Data Peribadi anda, dan pihak luar
                                    juga akan diminta untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Data Peribadi anda. kami
                                    mengambil langkah-langkah fizikal, teknikal dan pengurusan untuk mencegah Data Peribadi
                                    anda daripada dihapuskan, dihilangkan, disalahgunakan, diubah, dan didedahkan atau
                                    diakses tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga keselamatan kata laluan anda dan tidak
                                    mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pelanggaran data. 
- Tempoh Penyimpanan
                                
 Sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh pihak kami akan dimusnahkan dan/atau
                                    dipadamkan daripada rekod dan sistem kami mengikut dasar penyimpanan kami sekiranya
                                    data tersebut tidak lagi diperlukan untuk Tujuan seperti yang telah dinyatakan di atas. 
- Akses dan Kemas Kini Data Peribadi
                                
 Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan bahawa Data Peribadi yang kami proses
                                    tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang
                                    perubahan pada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi yang ada
                                    dalam simpanan kami mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau
                                    tidak terkini, sila hubungi pihak kami supaya kami dapat mengambil langkah-langkah
                                    tertentu untuk mengemaskini data peribadi anda.
                                 Jika anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda, pindah Data Peribadi anda atau
                                    tarik balik kebenaran anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, sila hubungi pihak
                                    kami. Kami mengesyorkan agar anda membuat permintaan secara bertulis atau muat turun
                                    Borang Permintaan Akses Data Peribadi dari IHH MY entiti laman sesawang untuk
                                    mengakses data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami. Kami akan mengambil
                                    langkah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi
                                    sebarang permintaan untuk mengakses data peribadi anda mengikut Polisi PDP IHH dan
                                    peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi. 
- Untuk menghubungi pihak kami
 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau komen berkaitan dengan
                                    Notis ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui saluran-saluran berikut: - E-mel: [email protected]
                                    
- Komunikasi bertulis boleh dihantar kepada:
 Pegawai Perlindungan Data, IHH Healthcare Malaysia Pantai Medical Centre Sdn Bhd,
                                        Level 33A, Mercu Aspire, No.3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur.
 
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Notis PDP versi Bahasa Inggeris dan
                            versi Bahasa Malaysia ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.