Pembedahan Bariatrik
  • Saluran umum
    +6221-2789 9788
  • WhatsApp
    +6221-2789 9788

Pembedahan Bariatrik

Pembedahan bariatrik boleh mengubah kehidupan seseorang – khususnya jika dilakukan untuk menangani isu obesiti yang sudah lama. Namun, ia bukannya penawar yang ajaib kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka bagi membantu mengekalkan penyusutan berat mereka. Enam hingga dua belas bulan selepas prosedur adalah waktu paling penting di mana pesakit perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori baharu mereka dan mengekalkan mahupun menambahkan penyusutan berat mereka. Pesakit juga perlu mengamalkan rutin senaman bagi menggalakkan keberkesanan pembedahan ini.

Manfaat Pembedahan Bariatrik

  • Mengurangkan pengambilan makanan
  • Meningkatkan paras tenaga
  • Memperbaiki keadaan fizikal dan gaya hidup
  • Menambahkan harga diri dan nilai diri
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit yang mengancam nyawa

Jenis Pembedahan Bariatrik

Pintasan Gastrik

Pembedahan pintasan gastrik mendorong penyusutan berat dengan mengecilkan saiz perut secara ketara untuk membenarkan jumlah makanan yang kecil dimakan pada satu masa. Prosedur ini merangkumi dua langkah: membahagikan perut dan membentuk semula saluran gastrousus.

Pertamanya, kantung kecil saiz ibu jari akan dihasilkan daripada perut atas menggunakan kokot pembedahan. Proses ini akan menghentikan fungsi bahagian perut yang lebih besar.

Keduanya, usus kecil akan dibahagikan kepada dua bahagian. Satu hujungnya akan disambungkan kepada kantung perut. Hujung lagi satu yang masih bersambung kepada bahagian perut yang tidak lagi berfungsi, akan disambungkan semula kepada saluran usus untuk menyalirkan jus perut.

Dengan prosedur ini, makanan akan melangkau kebanyakan bahagian perut dan sebahagian usus kecil, untuk mengurangkan pengambilan makanan dan mengawal penyerapan kalori.

Gastrektomi Kantung Perut

Pembedahan gastrik kantung perut atau gastrektomi separa, mengurangkan saiz perut kepada kira-kira 25% daripada saiz asalnya. Perut yang lebih kecil akan mengurangkan selera dan memuaskan (rasa kenyang) lebih cepat bagi memastikan penyusutan berat yang stabil. Pembedahan ini hanya dijalankan pada perut; usus tidak akan disentuh.

Prosedur ini memerlukan dua pertiga perut dikeluarkan untuk menjadikannya seperti tiub yang panjang atau lengan baju, dan bukannya seperti kantung. Tiub perut yang lebih kecil dibiarkan bersambung kepada usus bagi memastikan proses pencernaan yang biasa dan penyerapan nutrien yang betul.

Pembedahan gastrik kantung perut boleh dijalankan sebagai prosedur tersendiri, atau sebagai peringkat pertama dalam prosedur pintasan perut, dan biasanya mempunyai lebih sedikit komplikasi berbanding pembedahan pintasan gastrik.

Gelung Omega Pintasan Perut (Pintasan Gastrik Mini)

Gelung omega pintasan perut, atau pintasan gastrik mini adalah alternatif yang lebih ringkas berbanding prosedur Roux en-Y, dengan lebih sedikit komplikasi dan lebih berkemungkinan untuk mengekalkan penyusutan berat.

Prosedur ini merangkumi dua langkah: pengecilan perut dan penggelungan usus kecil untuk disambungkan kepada bahagian perut lebih kecil.

Pertamanya, bahagian kiri perut akan dikeluarkan untuk menghasilkan tiub yang panjang dan sempit. Kemudian, gelung pada usus kecil akan dinaikkan dan disambungkan kepada tiub perut. Proses ini akan melangkau bahagian atas usus sambil masih menyalirkan jus perut daripada bahagian perut yang ditanggalkan.

Prosedur gelung perut ini memberi kesan yang serupa dengan pembedahan pintasan gastrik standard, tetapi mengurangkan kira-kira separuh daripada komplikasinya

Pengikatan Kantung Perut

Pembedahan pengikatan kantung perut menggunakan pita boleh kembung untuk mengurangkan saiz perut. Ia bertujuan untuk melambatkan dan mengehadkan jumlah makanan yang boleh dimakan pada satu masa untuk mendorong penyusutan berat secara beransur-ansur. 

Dalam prosedur ini, pita boleh kembung diletakkan di sekeliling bahagian atas perut untuk mengecilkan kantung perut. Prosedur ini tidak akan mengganggu masa pengosongan perut, tetapi ia akan mengehadkan pengambilan makanan, mengurangkan selera dan melambatkan pencernaan. 

Pita ini akan mengecilkan saiz bahagian atas perut supaya ia hanya dapat menampung 100 milimeter makanan sahaja pada satu masa. Ia dipenuhi dengan cepat, dan melambatkan pergerakan makanan melalui saluran pencernaan. Kepenuhan akan ditentukan oleh bahagian atas perut. Oleh itu, mengecilkan bahagian perut tersebut akan mengurangkan kekerapan rasa lapar, sambil mengenyangkan lebih cepat, dan lebih lama. 

Untuk kekal berkesan, pita perlu dilaraskan seiring dengan penyusutan berat pesakit. Ini dilakukan dengan menambahkan larutan bergaram melalui liang akses kecil di bawah permukaan kulit.

Pembedahan penyusutan berat ini adalah yang paling tidak invasif dan boleh dibalikkan sepenuhnya. Namun, ia mungkin tidak sesuai bagi pesakit yang terlampau obes, mempunyai isu perubatan yang rumit, atau yang pernah menjalani pembedahan abdomen.

Penukaran Duodenum

Pembedahan penukaran duodenum menyekat pengambilan makanan sambil mengurangkan penyerapan kalori untuk mendorong penyusutan berat. Ia juga mempunyai kadar "pemulihan" 98% bagi diabetes jenis 2.

Prosedur ini agak rumit di mana saiz perut akan dikecilkan, pundi hempedu akan dikeluarkan, dan usus akan dihalakan semula - 4 langkah kesemuanya:

1. Kira-kira 70% daripada sebelah kiri perut akan dikeluarkan untuk menghasilkan kantung berbentuk silinder yang menyambungkan esofagus kepada usus kecil.

2. Bahagian atas usus kecil kemudiannya akan dipotong, dan bahagian duodenum (di mana kebanyakan pencernaan bahan kimia berjalan) dibiarkan bersambung kepada perut, dan pundi hempedu akan dikeluarkan.

3. Kemudian, bahagian bawah usus kecil akan dipotong kira-kira 1 meter dari mana ia bersambung kepada usus besar. Duodenum kemudiannya akan disambungkan kepada bahagian yang masih bersambung kepada usus besar.

4. Akhir sekali, bahagian hujung usus kecil yang terlepas akan disambungkan kepada bahagian usus kecil yang menyambungkan duodenum kepada usus besar. Ini akan membolehkan jus perut bercampur dengan makanan daripada perut dalam bahagian hujung usus kecil.

Prosedur ini boleh dijalankan sebagai pembedahan terbuka atau laparoskopik. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil pelengkap vitamin seumur hidup mereka.

Pasukan Bariatrik Berbilang Disiplin

Pasukan pakar Bariatrik di Hospital Gleneagles termasuk:

  • Penyelaras jururawat bariatrik
  • Pakar perubatan dalaman
  • Pakar endokrinologi
  • Pakar bedah laparoskopik
  • Pakar diet
  • Jurufisioterapi
  • Ahli psikologi
  • Pakar anestesia
  • Ahli gastroenterologi
  • Pendidik diabetes
  • Juruterapi kardiopulmonari
  • Ahli farmasi

Jika Anda memiliki pertanyaan, kirimkan pertanyaan kepada kami

Ajukan pertanyaan
Kontak darurat
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Gawat Darurat
+603 4141 3018
Pilih Rumah Sakit